MELAKA: Sebuah kedai menjual popia terkenal di Jalan Munshi Abdullah di sini antara tiga premis makanan diarah tutup serta-merta selama 14 hari kerana lokasi penyediaan makanan sangat kotor termasuk terdapat najis tikus dan terletak di sebelah tong sampah. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem, berkata tindakan penutupan itu dibuat selepas anggota penguat kuasa mendapati premis berkenaan tidak mengambil berat tahap kebersihan premis itu. Beliau berkata, selain keadaan dapur yang kotor, bahan mentah untuk membuat makanan terbabit dibiarkan terdedah dan berselerak. Katanya, arahan penutupan premis itu dibuat selepas operasi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dilakukan malam tadi. "Premis itu diarahkan tutup selama 14 hari susulan pemeriksaan mendapati keadaan tidak suci apabila makanan disediakan diletakkan atas lantai dan bahan mentah pula diletakkan bersebelahan tong sampah.
"Selain itu, tauhu basah diletakkan atas lantai dan tempat membungkus popia berselerak di sekitar dapur serta bercampur bahan yang boleh menyebabkan pencemaran kepada makanan. "Pemeriksaan kami juga mendapati semua pekerja tidak memakai apron ketika mengendali makanan, selain pekerja wanita memakai perhiasan diri yang sangat ketara," katanya selepas menyertai Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Rokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) di Bukit Baru, di sini. Mengulas lanjut, Hee Sem berkata, lima notis dengan nilai RM1,600 dikeluarkan JKN kepada pemilik premis terbabit. "Kedai popia itu antara 24 premis menjual makanan di daerah Melaka Tengah diperiksa, namun hanya tiga yang diarahkan tutup bagi membolehkan kerja pembersihan dibuat. "Selain premis popia itu, terdapat dua lagi diarahkan tutup kerana tahap kebersihan tidak memuaskan adalah gerai jualan sarapan pagi. Tindakan diambil mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983," katanya. Dalam operasi itu, sebanyak 56 notis mengikut Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009, dikeluarkan dengan nilai tawaran kompaun RM16,200. "Justeru, saya mengingatkan pengusaha premis untuk sentiasa menjaga kebersihan memandangkan Melaka adalah negeri pelancongan," katanya. Sumber: BH |
Leonclay: Ayat tulis kedai.. tak bgtau k ...
Decaffeinated: Sila lah check kedai makan mel ...
anony-mous replied at 12-10-2024 06:26 PM
Rasanya ni 1st time tgk kedai cina yg kena. Biasanya kena kedai melayu / mamak
riyadhK replied at 12-10-2024 10:26 PM
Kalau jalan munshi abdullah tu macam tahu je kedai mana tapi famous ke masalahnya?
CikHasanah replied at 13-10-2024 06:38 AM
Maaf OOT. Ada kedai makan cina, biasanya pekan2 kecil yang biarkan stray dog masuk kedai. Anjing tak ...
ADVERTISEMENT