View: 62797|Reply: 26
|
Kedai popia popular di Melaka kotor ada najis tikus, bahan mentah diletak tepi tong sampah diarah tutup serta merta
[Copy link]
|
|
MELAKA: Sebuah kedai menjual popia terkenal di Jalan Munshi Abdullah di sini antara tiga premis makanan diarah tutup serta-merta selama 14 hari kerana lokasi penyediaan makanan sangat kotor termasuk terdapat najis tikus dan terletak di sebelah tong sampah.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem, berkata tindakan penutupan itu dibuat selepas anggota penguat kuasa mendapati premis berkenaan tidak mengambil berat tahap kebersihan premis itu.
Beliau berkata, selain keadaan dapur yang kotor, bahan mentah untuk membuat makanan terbabit dibiarkan terdedah dan berselerak.
Katanya, arahan penutupan premis itu dibuat selepas operasi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dilakukan malam tadi.
"remis itu diarahkan tutup selama 14 hari susulan pemeriksaan mendapati keadaan tidak suci apabila makanan disediakan diletakkan atas lantai dan bahan mentah pula diletakkan bersebelahan tong sampah.
"Selain itu, tauhu basah diletakkan atas lantai dan tempat membungkus popia berselerak di sekitar dapur serta bercampur bahan yang boleh menyebabkan pencemaran kepada makanan.
"emeriksaan kami juga mendapati semua pekerja tidak memakai apron ketika mengendali makanan, selain pekerja wanita memakai perhiasan diri yang sangat ketara," katanya selepas menyertai Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Rokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) di Bukit Baru, di sini.
Mengulas lanjut, Hee Sem berkata, lima notis dengan nilai RM1,600 dikeluarkan JKN kepada pemilik premis terbabit.
"Kedai popia itu antara 24 premis menjual makanan di daerah Melaka Tengah diperiksa, namun hanya tiga yang diarahkan tutup bagi membolehkan kerja pembersihan dibuat.
"Selain premis popia itu, terdapat dua lagi diarahkan tutup kerana tahap kebersihan tidak memuaskan adalah gerai jualan sarapan pagi. Tindakan diambil mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983," katanya.
Dalam operasi itu, sebanyak 56 notis mengikut Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009, dikeluarkan dengan nilai tawaran kompaun RM16,200.
"Justeru, saya mengingatkan pengusaha premis untuk sentiasa menjaga kebersihan memandangkan Melaka adalah negeri pelancongan," katanya.
Sumber: BH |
|
|
|
|
|
|
|
Famous sgt ke kedai popiah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau area sini x silap ada satu gerai popiah cina dekat depan madam king's.
Celah Madam King's tu pun, tepi longkang, ada gerai kerang rebus cina. Tikus & lipas bersepah2. Ramai je dok makan situ, melayu pun ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Sila lah check kedai makan melayu sekali. Bukan cina ja berhak makan makanan bersih. Restoran cina rata2 aku tengok memang dah bersih pun. Lantai berkilat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayat tulis kedai.. tak bgtau kedai cina ke melayu ke india.. nk kena tanya chatgpt kedai apa yg jual popiah famous kt melaka ni |
|
|
|
|
|
|
|
X pernah tahu pn ad kedai popia femes kt melaka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Leonclay: Ayat tulis kedai.. tak bgtau k ... Ikut gbr diatas, rupa mcm kedai popiah lemak babi ("The Best Pork Lard Popiah in Melaka"), dan tempat tu byk pula siganage "No Photos" , ini sebabnya agaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated: Sila lah check kedai makan mel ...
Rasanya ni 1st time tgk kedai cina yg kena. Biasanya kena kedai melayu / mamak |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau jalan munshi abdullah tu macam tahu je kedai mana tapi famous ke masalahnya? |
|
|
|
|
|
|
|
sebab restoran cina jarang yang kotor, even kedai kopi pun bersih.
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Maaf OOT. Ada kedai makan cina, biasanya pekan2 kecil yang biarkan stray dog masuk kedai. Anjing tak haram untuk non muslim, yes. Tapi tak geli ke makan dengan anjing kurap yang lalu bawah meja? |
|
|
|
|
|
|
|
SG google juga kedai popiah kat jalan tu, nama kedai tu sejenis bunga …dlm google review byk komen kata kotor jual popiah lard |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 12-10-2024 11:53 PM
yang ini ka?
Yes. Hibiscus |
|
|
|
|
|
|
|
kenapalah yg bukak kedai ni pengotor ek |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf OOT. Ada kedai makan melayu, kebykkan kedai tk kira kt pekan atau bandar yang biarkan stray kucing masuk kedai. Kucing tak haram untuk muslim, yes. Tapi tak geli ke makan dengan kucing berpenyakit atau kurap yang lalu bawah meja?
kesimpulannya tak kisah haiwan apa pun, sama je kes. |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai tomyam tak gi ambush plak. Kotor nam mampos. Satu lagi kedai Indon |
|
|
|
|
|
|
|
oh kedai cina tak kisah la bkn pergi pun |
|
|
|
|
|
|
| |
|