CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis tahan wanita Russia mabuk, halang lalu lintas di Setia Alam. Tiada pengenalan diri sah, datang melancong tak balik sejak 4 tahun lalu

12-10-2024 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 62804| Komen: 46

 


SHAH ALAM: Polis menahan seorang wanita warga Russia yang berkelakuan tidak senonoh dan menghalang lalu lintas di Jalan Setia Perdana Seksyen U13, Setia Alam, di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata wanita gelandangan berusia 32 tahun itu juga didapati tiada pengenalan diri.

Beliau berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan jam 4.50 petang kelmarin berhubung kejadian itu dan anggota unit kereta peronda bergegas ke lokasi.

"Sebaik tiba, didapati wanita itu bersama seekor anjing miliknya berada dalam keadaan mabuk dan bertindak agresif sebelum ditahan.

"Pemeriksaan mendapati wanita itu tiada dokumen pengenalan diri yang sah untuk tinggal di negara ini. Dia datang ke Malaysia sejak empat tahun lalu untuk melancong dan gagal untuk pulang ke negara asal kerana pandemik COVID-19, selain tidak mempunyai simpanan wang secukupnya untuk pulang," katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohd Iqbal berkata, wanita itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, manakala anjingnya diserahkan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk tindakan lanjut.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati wanita itu positif dadah jenis THC dan dia direman 14 hari sehingga 22 Oktober ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Sarjan Mohammad Shamsul Md Salleh di talian 017-5453234," katanya.



Sumber: BH
 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sesuatu… 12-10-2024 12:37 PM
Pergh foreign tourist overstay smpi jd homeless, ade anjing, xde duit nk balik tp positif dadah. Mcm2 shah aley setia aley lo ni
Quote Perawankota 12-10-2024 02:15 PM
Mana dpt duit beli dadah
Quote Aiira 12-10-2024 02:19 PM
Tourist yang datang Malaysia tak perlu beli return ticket ke? Boleh pulak extend stay up to 4 years, post covid.
Quote Aiira 12-10-2024 02:21 PM
Lagi satu sempat lagi bela anjing peliharaan bawak dari kampung ke?
Quote newyork 12-10-2024 02:27 PM
Takutnya ..camni senang masuk..
Quote orangbiasaje 12-10-2024 03:39 PM
Aiira: Lagi satu sempat lagi bela anj ...


Sama-sama stray / homeless kot.
Quote Freezies 12-10-2024 03:41 PM
Tk cukup duit nak balik?tpi mampo pulak beli dadih?
Quote Freezies 12-10-2024 03:45 PM
orangbiasaje replied at 12-10-2024 03:39 PM
Sama-sama stray / homeless kot.

Baka Pomeranian.dh tentu la maintenance tinggi.
Quote kakikuDibibirmu 12-10-2024 03:55 PM
Freezies replied at 12-10-2024 03:41 PM
Tk cukup duit nak balik?tpi mampo pulak beli dadih?

Harga dadih Malaysia lagi murah ketimbang harga tiket kapal terbang

nuklear jangan tak nuklear! uraaaaaa...
Quote Decaffeinated 12-10-2024 04:28 PM
Wartawan cari takde whatsapp group.
Quote orangbiasaje 12-10-2024 05:29 PM
Freezies replied at 12-10-2024 03:45 PM
Baka Pomeranian.dh tentu la maintenance tinggi.

Oh laa...mahal ke? sorry, xtau sgt bab baka2 ni. Bagiku anjing semua sama je, beza garang besar kecik
Quote makadek 12-10-2024 06:33 PM
camtu je lepas bebas senang nya hidup korang eh
Quote anony-mous 12-10-2024 06:34 PM
Baru rusia, belum cek hat dari china bangladesh indon
Quote doubleA 12-10-2024 08:30 PM
Senang2 overstay geladangan positif dadih mabul bagai. Penguatkuasaan sgt lemah
Quote oggy 12-10-2024 09:09 PM
Kalau tak silap dia stranded tak boleh balik masa PKP hari tu
Quote Heydidle 13-10-2024 01:50 AM
doubleA replied at 12-10-2024 08:30 PM
Senang2 overstay geladangan positif dadih mabul bagai. Penguatkuasaan sgt lemah

Well…double standard
Ingat indon bangla je PATI
Kokesen pun ada je ni lah slh 1 contoh
Quote Heydidle 13-10-2024 01:51 AM
Drug dealer perhaps
Quote kakikuDibibirmu 13-10-2024 01:53 AM
[youtube]GUVT1NZtZPo[/youtube]
Quote lucky_peace 13-10-2024 10:16 AM
Xde duit nak balik tapi mampu lak bela anjing mahal, beli dadah.. dan ai x rasa dia ni xde rumah, mesti la menyewa gak kt mane2.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.036081 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top