CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

CFO Affin Bank Joanne Rodrigues dinobat `Wanita Paling Berkuasa di Asia' oleh majalah Fortune

10-10-2024 09:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30276| Komen: 6

 


KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Affin Bank, Joanne Rodrigues dinobatkan sebagai 'Fortune's Most Powerful Women Asia 2024' oleh majalah Fortune.

Sebagai salah seorang daripada empat wanita Malaysia yang disenaraikan dalam penarafan tahun ini, penyertaan Joanne menonjolkan kepimpinan yang cemerlang, pandangan strategik dan peranannya yang penting dalam transformasi pertumbuhan bank serta menekankan komitmen bank terhadap pemerkasaan wanita.

Kepakaran kewangan dan visi strategik Joanne telah membimbing Affin Bank melalui landskap ekonomi yang dinamik dan memacu pertumbuhan yang ketara, kata bank itu dalam kenyataan di sini semalam.

Sebagai pendukung kemajuan teknologi, beliau telah mengetuai pemodenan infrastruktur bahagian kewangan, bagi memastikan syarikat berkembang pesat dalam persekitaran digital yang berubah dengan cepat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Bhd, Datuk Wan Razly Abdullah berkata pengiktirafan daripada Fortune ini menekankan sumbangan penting Joanne kepada Affin Bank.

"Penglibatan beliau dalam inisiatif transformasi bank, Pelan AFFIN Axelerate 2028 (AX28), telah memainkan peranan penting dalam menyelaraskan tonggak strategik bank serta perkhidmatan pelanggan, kepimpinan digital dan perbankan bertanggungjawab dengan impak.

"Sebagai salah seorang daripada empat wanita Malaysia dalam senarai berprestij ini, pencapaian beliau menjadi inspirasi kepada pemimpin wanita yang bercita-cita tinggi di seluruh industri," katanya.

Pada Jun 2024, Affin Bank telah disenaraikan buat kali pertama dalam senarai 'Fortune Southeast Asia 500' yang julung kali diterbitkan, membuktikan pertumbuhan luar biasa bank dan komitmen teguh terhadap inovasi di rantau ini.

Bank perdagangan ini juga baharu memperoleh pemegang saham besar baharu iaitu kerajaan negeri Sarawak yang dijangka merancakkan lagi pertumbuhan bank tersebut. 

Sumber - DagangNews.com, Astro Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izwan_izi 10-10-2024 09:25 PM
Affin bank...lepas ni boleh la urang Sarawak bangga dgn Affin Bank selepas saham Affin dibeli oleh kerajaan Sarawak beberapa minggu yg lepas...

Quote imransulaiman 11-10-2024 12:01 AM
Berapa RM lah gaji dia ye?
Quote Skuau 11-10-2024 12:19 AM
TERNYATA....Joanne ni asalnya dari negara kohona-Bapak Nusaraya
Quote Akalditipumata 11-10-2024 12:39 AM
imransulaiman: Berapa RM lah gaji dia ye?
ni jgk dlm kpla otak aku.. mesti 6angka..
Quote Heydidle 11-10-2024 01:08 AM
Sorry mls google
Sarawakian ke ceo ni
Quote gigahertz 11-10-2024 02:43 AM
imransulaiman: Berapa RM lah gaji dia ye?


kalau ikut graf ni fresh CFO RM 98k per year. kalau ada pengalaman 300k per year.
sebelum dengan affin dia lama dengan CIMB Private equity. dia masuk affin pada 31 mac 2020

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.037463 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top