CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum

10-10-2024 09:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27721| Komen: 25|Original author: YgBenar

 



Baru-baru ini, seorang ibu sanggup melakukan perkara sama apabila gigih mengayuh basikal meredah gelap malam untuk menjemput ambulans yang ingin mengambil anaknya yang sedang sakit di rumah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Danial Haikal di TikTok, kelihatan sebuah ambulans sedang mengekori sebuah basikal yang ditunggang oleh seorang wanita untuk menunjukkan arah rumahnya yang terletak di Kampung Charok Kudung, Pendang, Kedah.

Ambulans sukar kesan lokasi rumah menyebabkan si ibu terpaksa jemput
Wanita yang juga seorang ibu itu difahamkan menjemput pihak ambulans untuk mengambil anaknya yang sedang sakit selepas pihak berkenaan sukar mengesan lokasi rumah.

Namun apa yang menjadi perhatian, ketika dalam perjalanan ke rumah wanita berkenaan kelihatan jalan yang dilalui wanita tersebut gelap gelita tanpa sebarang cahaya lampu.

“Terima panggilan kecemasan dari hospital (dipercayai pesakit mengalami sawan). Tibanya di lokasi kami maklumkan kepada caller untuk jemput kami di tempat tersebut sebab nak cari rumah caller susah.

“Dalam masa yang agak lama hampir 15-20 minit tunggu caller datang, kami agak terkejut sebab ibu ini datang dengan berbasikal sambil tercungap-cungap dan berkata ‘maaf lambat’.

“Lalu ia tunjukkan kami jalan ke rumahnya. Saya cuba pujuk dia untuk naik ambulans dan saya akan bawa basikal itu tapi dia tidak mahu,” jelas Haikal.

Cuba tawar wanita untuk naik ambulans, rumah jauh di dalam ladang kelapa sawit
Malah wanita itu turut mengatakan dia boleh mengayuh basikal terbabit sambil pihak ambulans mengikutinya dari belakang.

Kata Haikal rumah wanita berkenaan agak jauh kerana ia terletak di dalam ladang kelapa sawit, namun melihat kesungguhan si ibu membuatkan dia berasa sebak.

“Saya yang di dalam ambulans ni sebak tengok ibu ini sanggup kayuh dalam gelap untuk anak yang tengah sakit.”



Melihat di ruangaan komen, video tersebut membuatkan ramai sebak apabila terkenangkan pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.

Malah ada yang mengatakan wanita itu merupakan seorang ibu yang hebat buat anak-anaknya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riyadhK 10-10-2024 10:08 AM
Pengorbanan seorang ibu.. semoga Allah permudahkan urusan keluarga ini.
Quote bpbbppbp 10-10-2024 10:20 AM
Sebak jugaklah. Sbb naik basikal. Kalau moto xdelah sebak sgt. Moga anknya berjaya dunia akhirat.
Quote cap_ayam 10-10-2024 10:21 AM
Semoga anaknya cepat sihat..
Quote ezacbee 10-10-2024 10:26 AM
Jauh tul umah. Tabahnya.
Quote cantthinkofany 10-10-2024 01:28 PM
Edited by cantthinkofany at 10-10-2024 01:30 PM

kenapa tak naik ambulance tu?.....sbb nak buat content?....time is of an essence to save human lifes....kalau tunggu dia kayuh, lambat la sampai...
Quote supernaturalee 10-10-2024 01:37 PM
riyadhK replied at 10-10-2024 10:08 AM
Pengorbanan seorang ibu.. semoga Allah permudahkan urusan keluarga ini.

amin



Quote supernaturalee 10-10-2024 01:39 PM
cantthinkofany replied at 10-10-2024 01:28 PM
kenapa tak naik ambulance tu?.....sbb nak buat content?....time is of an essence to save human lifes ...

cer baca dulu habis2

gelap2 ceruk2 gitu xde maknanya nk konten2
kecemasan kot



Quote imthegirl 10-10-2024 01:59 PM
Kalau aku as mak, aku naik ambulance tu. Lagi cepat ambulance sampai rumah lagi tinggi peratusan anak aku selamat.
Quote makkenits 10-10-2024 02:23 PM
imthegirl replied at 10-10-2024 01:59 PM
Kalau aku as mak, aku naik ambulance tu. Lagi cepat ambulance sampai rumah lagi tinggi peratusan ana ...

cannot blame dia gak.. dlm keadaan kecemasan mcm tu, mungkin dia x blh berfikir sgt.. org pujuk pun x jln sbb dlm kepala otak cuma ingat anak je..

Quote darkness 10-10-2024 02:37 PM
Moga dipermudahkn urusan buat keluarga ni
Quote Herlina 10-10-2024 02:46 PM
Bagus gak tindakan mak ni.

Daripada dia naik ambulan, tersasul2, tersalah guide nak ke rumah dia akibat cemas pikio pasal anak..baik la dia suruh ambulan tu ikut je dia
Quote yusryimran 10-10-2024 02:57 PM
makkenits replied at 10-10-2024 02:23 PM
cannot blame dia gak.. dlm keadaan kecemasan mcm tu, mungkin dia x blh berfikir sgt.. org pujuk pu ...

betul you ckp dlm keadaan kecemasan kadang mmg tak boleh nak fikir dengan waras.
Quote Skuau 10-10-2024 03:07 PM
dh mende jadi malam...gelap la...awat kegigihan seseorng itu diukur drp gelap/terang....
Quote makkenits 10-10-2024 03:20 PM
yusryimran replied at 10-10-2024 02:57 PM
betul you ckp dlm keadaan kecemasan kadang mmg tak boleh nak fikir dengan waras.

i was in that situation.. anak patah tgn kat rumah masa husband outstation, so kena handle 2 toddlers by myself.. x pikir panjang, terus drive gi hospital dgn anak patah tgn n berdarah kat kepala, yg sorg lg muntah2 sbb tkejut tgk abg dia sakit.. park keta btl2 dpn emergency room dan terus lari dukung anak sambil heret sorg lg masuk ER.. tinggal keta dgn enjin n pintu x tutup, muntah anak penuh atas kerusi.. sampai org buat announcement ubah keta pun dah x ingat yg tu keta sendiri..
Quote cantthinkofany 10-10-2024 03:41 PM
Edited by cantthinkofany at 10-10-2024 03:44 PM
supernaturalee replied at 10-10-2024 01:39 PM
cer baca dulu habis2

gelap2 ceruk2 gitu xde maknanya nk konten2

sbb gelap la aku bertanya...nape dibiarkan makcik tu mengayuh dalam gelap gelita tu....yes, she refuses...tapi kalau dia yg tersungkur sbb ngayuh dalam gelap....dah jadi dua kes....ambulance nak kejarkan yg mane?....kena logic la....rationalize with her....dia tak nak....ko biarkan...pastu buat content....

lepas tu....ambulance bergerak ikut kelajuan makcik tu mengayuh....kira2 sampai cepat seperti yg diharapkan ke?

jgn salah anggap....mmg aku tak nafikan pengorbanan ibu...tapi sekarang nak selamatkan nyawa anak dia....
Quote shernazz 10-10-2024 07:20 PM
Iols dah sebak.plak.maghrib2 ni...
Quote ninja boy 10-10-2024 07:30 PM
Korang jenis x keluar rumah pagi2 ka jam 6 mesti ada punya org naik basikal pergi kerja dan hantar budak naik basikal, bukan xde motor bolehjadi motor kena curi penduduk sekitar, bukan xde kereta mungkin kereta dirosakkan penduduk sekitar
Quote edayildiz 10-10-2024 08:28 PM
kesiannya..hrp ank dia kembali sht hendaknya
Quote BawangCaramel 10-10-2024 09:14 PM
Kasih ibu sampai ke syurga

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.084777 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top