CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga pelajar UiTM Dungun maut, seorang parah dirempuh wanita disyaki ada masalah mental

10-10-2024 09:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 49222| Komen: 269|Original author: antikorok

 

 

 

TIGA pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Dungun, Terengganu dilaporkan maut, manakala seorang lagi parah selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) pada Rabu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku berhampiran universiti berkenaan kira-kira pukul 8.00 malam.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan di laman media sosial, SUV yang merempuh mangsa dipandu oleh seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an dan dipercayai mengalami masalah mental.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Khairil Anwar Jamaludin, Ku Adib Aizad Ku Azmi, masing- masing berusia 20 tahun dan Mohd Akmal Tukirin, 25.

Seorang lagi mangsa yang cedera parah dan dilaporkan kritikal ialah Amar Danish Mohd Ridwan, 20.

Difahamkan sewaktu kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke kampus selepas makan malam.

Mayat mangsa kini berada di Jabatan Forensik Hospital Daerah Dungun.

Polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu setakat ini.

Sementara itu, berdasarkan satu posting di Facebook Pika Messo memaklumkan kesemua mangsa berasal dari luar Terengganu dengan salah seorang daripadanya meninggal ketika kedua-dua ibu bapa dalam perjalanan ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Mangsa tersebut, Ku Adib merupakan atlet merentas desa SUTAMA sepanjang persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama.

Perkara tersebut dikongsikan bekas guru mangsa yang memaklumkan di group Telegram Kelab Olahraga Elit 2024/2025.

"Al-fatihah (dibaca) buat Ku Adib Aizad Ku Azmi. Moga diampunkan segala dosanya ketika di dunia dan dicucuri rohnya," tulis hantaran tular itu. 


Sumber — Majoriti
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 10-10-2024 01:13 AM
Edited by antikorok at 10-10-2024 02:59 PM

[youtube]TkYAVYYWW6A[/youtube]

[fbp]https://m.facebook.com/watch/?v=1580796242793745&vanity=VideoViralMalaysia[/fbp]
Quote antikorok 10-10-2024 01:15 AM
Pemandu wanita rempuh 4 penuntut UiTM Dungun sudah ditahan polis

Oleh Bernama - 10 October 2024



Pemandu SUV yang dikatakan merempuh empat penuntut UiTM i hadapan kampus Dungun sudah ditahan polis, Gambar sosial media


KUALA TERENGGANU – Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut manakala seorang lagi parah dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Sura di sini malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Sharizal Shamsudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.26 malam sebelum menggerakkan 10 anggota ke lokasi nahas.


Beliau berkata, laporan awal mendapati nahas itu melibatkan motosikal  jenis Yamaha LC135 dan Yamaha Y15 yang ditunggang mangsa berusia lingkungan 20-an dan kereta Honda CRV dipandu seorang wanita.

“Kereta berkenaan merempuh kedua-dua motosikal itu dari arah belakang ketika dalam perjalanan ke universiti. Satu daripada motosikal itu terseret hampir 60 meter.


“Kedua-dua penunggang dan pembonceng Yamaha LC135 maut manakala seorang yang menaiki Yamaha Y15 cedera dan seorang lagi meninggal dunia.


“Semua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian setelah disahkan petugas perubatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, pemandu wanita berkenaan yang ada menunjukkan tanda-tanda masalah mental difahamkan telah dibawa ke balai polis untuk dirakam keterangan.

“Mangsa yang cedera dihantar ke hospital manakala mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA


https://malaysiagazette.com/2024 ... udah-ditahan-polis/
Quote MarryPottet 10-10-2024 01:24 AM
Edited by MarryPottet at 10-10-2024 03:08 AM

Allahu Akbar

Semuanya orang luar & ada sorang parents baru berlepas utk tunaikan umrah
Masa kejadian mereka masih dlm flight & tak boleh bayangkan perasaan mereka bila dapat perkhabaran duka ini

Ya Allah, tempatkanlah mereka semua dikalangan para syuhada, dimasukkan ke syurga tanpa hisab. Aamin.
Mereka dibunuh dgn kejam oleh seorang perempuan celaka ketika mereka bermusafir menuntut ilmu, ya Allah

Salam takziah buat semua keluarga & moga diberikan kesabaran serta dipermudahkan segala urusan. Aamiin
Quote MarryPottet 10-10-2024 01:41 AM
Edited by MarryPottet at 10-10-2024 03:27 AM

Dah bertebar banyak video pompuan celaka ni masa datang gila dia, dia suka lepak area pantai kat uitm tu
Alamatnya hukuman sekadar dihantar ke wad gila utk rawatan jelah
Kenapalah keluarga celaka lehnat ni biar anak yg tak siuman bebas bawak kereta sampai bunuh 3 nyawa yg tak berdosa tehadap mereka
Dressing & bersiap macam typical founder timbang kilo, drive H baru tapi rupanya wayar putus
Hanat betul
Screenshot_20241010-013018.jpg
Quote karipap_sadin 10-10-2024 01:43 AM
iolls nmpak gamba acik ni version clear kt fb tadi. Uish seram muka dia. Kesian nya lah budak2 ni alfatihah
Quote nirose 10-10-2024 01:47 AM
Kesian kat parents yg meninggal ni.. mesti arwah semua anak harapan ibu bapa dia..
pempuan mental kenapa tak kena ikat kat rumah oleh suami..
Quote becir 10-10-2024 01:56 AM
MarryPottet replied at 10-10-2024 01:41 AM
Dah bertebar banyak video pompuan celaka ni masa datang gila dia, dia suka lepak area pantai kat uit ...

macam si jumanji la kan..cuma lucky belum ada yg hilang nyawa lagi
Quote alieyrina 10-10-2024 03:08 AM
Ya allah. Gila betul perempuan ni. Mcm mana boleh telepas kandang ek
Quote Carcosa 10-10-2024 03:21 AM
Aku sikit tak simpati kat betina gila ni. Keluarga kau mana, betina??? Menyusahkan betul hidup kau ni.
Kang keluar la statement Depression is real guys, dia xsedar guys. Ahhh nak pikir kan hal engkauu je. Tu, hal family 4 lagi bebudak tu nak letak kat mana?? Hanjing punya betina gila
Quote MarryPottet 10-10-2024 03:23 AM
becir replied at 10-10-2024 01:56 AM
macam si jumanji la kan..cuma lucky belum ada yg hilang nyawa lagi

Dia pun dah ke arah itu
Tapi untouchable, tak faham kenapa
Tunggu ada mangsa yg mati mcm ni kot baru nak ambik tindakan

Bila berlaku kejadian ni, tersebar cerita konon dia curi kunci kereta masa suaminya tengah solat maghrib
Walhal pompuan ni selalu je org sana jumpa bebas drive
Kalau hari ni je terlepas sebab curi kunci, takdelah bersepah bukti video orang awam rakam dia tengah menggila & dia drive sendiri ke lokasi2 tu
Sahlah family & suaminya lansung tak control dia
Quote noor2 10-10-2024 04:30 AM
Perempuan gila ni ada suami?. Loser sungguh laki dia bela bini gila dan x hantar ke tanjung rambutan.  Elokla ditembak mati terus Perempuan gila ni
Quote mehmet 10-10-2024 07:02 AM
Set2 adeline.
Quote zehra2 10-10-2024 07:03 AM
family yg ada ahli keluarga mental ni mmg payah nk ngaku.. malu ke.
nmpk mcm elok je bersiap.
cuba lh bwk berubat kat tg rambutan sana
Quote mehmet 10-10-2024 07:03 AM
Siapa dia ini cabel besar ke sampai terlepas senang2.

Doa org teraniaya kau tunggulah.
Quote Moyangkucing 10-10-2024 07:20 AM
Innalillahi wainna ilaihi roji'un
Sedih berita ini.
Quote asudau 10-10-2024 07:20 AM
ke pompuan ini hisap dadah? kalau dah tahu ada orang gila dalam rumah suka curi kereta, cabut la bateri kereta ke apa...

dah jadi macam ni baru nak mengelabah..elok saman je keluarga orang gila ni atas dasar kecuaian.

Semoga roh adik-adik yang meninggal dicucuri rahmat Allah
Quote pearl.silver 10-10-2024 07:24 AM
Tolonglahh ada sapa2 bantu family mangsa saman family org gila ni
Sbb family pompuan ni biar dia bawa kereta, nyawa org lain melayang
Sah xmkn ubat ni
Ke mmg xbawa berubat pun?
Iols nk family pompuan ni kedepan minta maaf dgn family mangsa
Quote supernaturalee 10-10-2024 08:03 AM
caj pengabaian kt laki die blh tak
yg dia klu btl2 sah mental
ke tg moktan je lah
lesen besar
tapi....klu doktor test2 masa kejadian tu die normal...hah siap kau
caj manslaughter terusssssss



Quote adawiyah_hakim 10-10-2024 08:04 AM
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Salam takziah buat semua keluarga & moga diberikan kesabaran serta dipermudahkan segala urusan. Aamiin..

Lihat semua komen(269)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.071132 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top