TAIPEI: Kebanyakan rakyat Taiwan percaya China berkemungkinan besar tidak akan menyerang pulau itu dalam tempoh lima tahun akan datang. Bagaimanapun, menurut tinjauan dikeluarkan oleh badan pemikir tertinggi tentera, Taiwan masih menganggap China sebagai ancaman besar kepada pulau itu yang mengamalkan demokrasi. Sejak lima tahun lalu, tentera China meningkatkan aktiviti ketenteraannya di sekitar Taiwan dengan ketara. Beijing melihat Taiwan sebagai wilayahnya sendiri walaupun terdapat bantahan daripada kerajaan di Taipei, manakala China tidak pernah menolak untuk menggunakan kekerasan dalam membawa pulau itu berada di bawah kawalannya. Tinjauan pendapat ke atas 1,200 orang yang dilakukan September lalu oleh Institut Penyelidikan Pertahanan dan Keselamatan Negara (INDSR), mendapati sebanyak 61 peratus individu berpendapat bahawa "tidak mungkin atau sangat tidak mungkin" China akan menyerang Taiwan dalam tempoh lima tahun akan datang.
"Kebanyakan orang tidak berfikir bahawa cita-cita wilayah China akan terwujud dalam bentuk serangan terhadap Taiwan," kata penyelidik INDSR, Christina Chen. Beliau juga menyatakan, rakyat Taiwan turut bimbang mengenai ancaman lain dari China, termasuk latihan ketenteraan dan kempen propaganda. Chen menambah, kebanyakan orang melihat cita-cita wilayah China sebagai ancaman serius. Tinjauan itu menunjukkan, perbezaan berbanding amaran oleh ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan pada tahun 2023 bahawa Presiden China Xi Jinping mengarahkan tenteranya bersiap sedia untuk melancarkan serangan ke atas Taiwan menjelang 2027. "Itu bermakna rakyat Taiwan sedar akan ancaman berkenaan, tetapi kekal tenang dan rasional dengan jangkaan bahawa peperangan tidak akan berlaku dalam masa terdekat," kata INDSR. Lebih daripada 67 peratus responden tinjauan menyatakan bahawa mereka akan melawan jika China menyerang, tetapi pandangan mereka terbahagi hampir sama rata sama ada angkatan tentera Taiwan mampu mempertahankan pulau itu, dengan separuh yakin dan sebahagiannya lagi tidak yakin. Tinjauan itu juga menunjukkan perbezaan pendapat mengenai sama ada AS akan membantu mempertahankan Taiwan. Kira-kira 74 peratus percaya bahawa kerajaan AS berkemungkinan membantu Taiwan secara "tidak langsung" dengan menyediakan makanan, bekalan perubatan dan senjata, tetapi hanya 52 peratus berpendapat bahawa tentera AS akan menghantar angkatan bersenjata mereka untuk campur tangan, menurut tinjauan itu. Sumber – Berita Harian |
gigahertz replied at 10-10-2024 10:51 AM
Sekarang ada masa utk serang China....serang je la.
lepas 5 tahun angkatan China dah besar buat apa ...
Dwdrum replied at 10-10-2024 11:49 PM
Bila pula taiwan kata mahu serang china?...
gigahertz replied at 10-10-2024 10:09 PM
Baik taiwan serang china sekarang.selepas 5 tahun China unstopable
Dwdrum replied at 11-10-2024 06:49 AM
Taiwan tidak ingin buat land expansion ke china... But china mahu taiwan... If taiwan serang china ...
gigahertz replied at 10-10-2024 11:41 PM
Taiwan tak perlu tawan seluruh China. Dapat shenzhen & beijing dah mencukupi.
Dwdrum replied at 12-10-2024 01:53 AM
Sebab depa bukan ko... Kuat merepek
gigahertz replied at 11-10-2024 07:57 PM
kita tengok la nanti.
Jangan terkejut China ada missile Iran.
gigahertz replied at 12-10-2024 11:57 AM
kita tengok la nanti.
Jangan terkejut China ada missile Iran.
Dwdrum replied at 12-10-2024 05:10 AM
Who care china or iran ada apa... Kenapa tidak bedil israel saja... Or special di design untuk gun ...
zuuu replied at 12-10-2024 05:15 AM
Adakah lepas 5 tahun baru China akan serang Taiwan???atau dia akan target negara lain pulak???
gigahertz replied at 11-10-2024 09:50 PM
Teknologi Missile Iran tu dapat dari Korea Utara. Korea utara dapat dari China.
North Korea & Chin ...
Dwdrum replied at 12-10-2024 10:54 PM
Actually... Ko tahu kenapa statement begini keluar?
gigahertz replied at 12-10-2024 07:59 PM
Banyak banyak membaca la sis.
Dalam tempoh 24-48 bulan ni sesuatu akan jadi
pada Mekah & Madinah. ...
Dwdrum replied at 13-10-2024 04:56 AM
Reliable or fitnoh source aku kena baca?... Di mana
gigahertz replied at 12-10-2024 09:14 PM
free images app
SOurce houthi tembak mekkah 2016
Dwdrum replied at 13-10-2024 06:54 AM
Kenapa mossad perlu bomb mecca and medina sedang kan territorial dispute di antara irael-palestini ...
gigahertz replied at 13-10-2024 12:05 AM
Semenjak arab kalah perang dengan Israeltiada satu pun negara di dunia ambil tindakan pada Israel.
...
ADVERTISEMENT