KHABAR angin tentang keretakan rumah tangga pelakon Indonesia, Baim Wong akhirnya terjawab apabila aktor itu memfailkan cerai terhadap isterinya,Paula Verhoeven, semalam. Perkara tersebut disahkan peguam yang mewakili Baim dan memaklumkan bahawa permohonan perceraian tersebut telah dibuat di Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia. “Ya, betul Baim ada failkan perceraian,” katanya ringkas. Sebelum ini, kemelut rumah tangga pasangan ini menjadi topik hangat netizen apabila melihat Paula menunaikan ibadah umrah bersendirian tanpa kehadiran suami.
Bagaimanapun, pasangan itu enggan memberikan sebarang respons terhadap khabar angin yang bertebaran. Lebih menguatkan andaian apabila pemilik nama lengkap Muhammad Ibrahim, 43, mengakui sudah jarang pulang ke rumah dan sering tidur di pejabat. Baim dan Paula telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang baru berusia dua tahun. Sumber – KOSMO! ONLINE |
makita replied at 9-10-2024 07:53 PM
Meols nampak kt fb, baim ni gunjal2 kan kepala dia kat bini raffi ahmad. Si raffi tu tgh berckp dgn ...
SalenaGomez replied at 9-10-2024 03:29 PM
Konoha ni one thing kan, kadang susah nak agak dr nama tu agama apa. Tu je nak komen
alesandra replied at 9-10-2024 09:34 PM
retis indon dgn dadah mmg benda normal eh?bukan retis sendu2 bbnu pun. yg dah tua bangka pun amik ...
gideoncross replied at 10-10-2024 01:25 AM
Nia Ramadhani tu join laki dia dulu
ADVERTISEMENT