CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29392|Reply: 2

‘Ya, dia failkan perceraian’ – Paula Verhoeven dedah dicerai Baim Wong

[Copy link]
Post time 8-10-2024 10:18 PM | Show all posts |Read mode
  





KHABAR angin tentang keretakan rumah tangga pelakon Indonesia, Baim Wong akhirnya terjawab apabila aktor itu memfailkan cerai terhadap isterinya,Paula Verhoeven, semalam.


Perkara tersebut disahkan peguam yang mewakili Baim dan memaklumkan bahawa permohonan perceraian tersebut telah dibuat di Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia.


“Ya, betul Baim ada failkan perceraian,” katanya ringkas.







Sebelum ini, kemelut rumah tangga pasangan ini menjadi topik hangat netizen apabila melihat Paula menunaikan ibadah umrah bersendirian tanpa kehadiran suami.


Bagaimanapun, pasangan itu enggan memberikan sebarang respons terhadap khabar angin yang bertebaran.


Lebih menguatkan andaian apabila pemilik nama lengkap Muhammad Ibrahim, 43, mengakui sudah jarang pulang ke rumah dan sering tidur di pejabat.


Baim dan Paula telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang baru berusia dua tahun.




Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 08:56 AM | Show all posts
dapnya mas baim....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 10:37 AM | Show all posts
selingkuh kah ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.433052 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list