CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fattah Amin sangat profesional dan menjaga batas – Lim Mei Fen

9-10-2024 12:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 38821| Komen: 44

 


Pernah digandingkan dalam sebuah drama, aktres berbangsa Cina Lim Mei Fen memuji pelakon Fattah Amin yang disifatkan sebagai profesional di set penggambaran sebelum ini.

Mei Fen, 37, berkata, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin juga merupakan seorang lelaki yang sangat menjaga batas pergaulan dengan individu lain.


“Fattah Amin, semoga cepat sembuh ya.Dia ini kalau tiada babak, memang akan berehat dalam kereta hitam miliknya.

“Di lokasi penggambaran, dia profesional, jaga jarak dan batas.

“Semoga Allah SWT permudahkan urusan kamu, jaga diri,” katanya dalam aplikasi X.

Menerusi perkongsian tersebut, Mei Fen turut memuat naik foto bersama Fattah yang dipercayai dirakam Ketika mereka menjalani penggambaran bersama sebelum ini.

Sejak disahkan bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Nur Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari semalam, Fattah dihujani dengan sokongan daripada orang ramai termasuk rakan selebriti.


Antara yang menitipkan kata-kata semangat ialah Pekin Ibrahim, Elyana dan juga beberapa pengamal undang-undang.

Semalam, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan terbabit sah bercerai apabila Fattah cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Sole.

Mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan aktres berkenaan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.


Sumber  -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penmerah 8-10-2024 11:34 PM
Manis juga nyonya cainis ni
Kenal sorang je nyonya cainix yakni Elizabeth tan. Manis juga lah

Dah kawen ke belum?
Akak rela lagi nyonya ni beratur mengejas fatah sbb ucapannya manis berseri berbanding ceri

Quote Acik2kepam 8-10-2024 11:38 PM
semuanya cuma kenal di lokasi hakikatnya hanya pasangan memasing je yg bebetul kenal tahu luar dalam.

Quote penmerah 8-10-2024 11:46 PM
Acik2kepam replied at 8-10-2024 11:38 PM
semuanya cuma kenal di lokasi hakikatnya hanya pasangan memasing je yg bebetul kenal tahu luar dalam ...

Benar belaka sis
Quote likilu 8-10-2024 11:54 PM
Calon terbaru cinta lokasi ke
Quote Manusiabesa 8-10-2024 11:59 PM
Menarik gila kes fatfaz.
Pelbgai plot twist boleh predict.... kejap rasa team fattah. Kejap pulak rasa team faz. So kiranya aku team lalang lg for now. Tgok round 2 nt jd cmna lak ehh.

Yg pasti meloya tekak aku kt tt ada yg ship fattah ngn irma hasmie.

Cetek betul otak. Apa ingt retis nk kawen mesti sesama retis je ke. Belambak belori2 pempuan kt luar yg bukan retis lg layak. MK elok je pilih hajar yg bukan retis pon.
Smoga fatah xpilih retis lg utk buat bini
Quote imransulaiman 9-10-2024 01:08 AM
Dah alang-alang cakap curang tu, dedahkan saja dia curang dengan siapa...
Quote surihatilara 9-10-2024 02:30 AM
Acik2kepam replied at 8-10-2024 11:38 PM
semuanya cuma kenal di lokasi hakikatnya hanya pasangan memasing je yg bebetul kenal tahu luar dalam ...

Quote ezacbee 9-10-2024 03:20 AM
Acik2kepam replied at 8-10-2024 11:38 PM
semuanya cuma kenal di lokasi hakikatnya hanya pasangan memasing je yg bebetul kenal tahu luar dalam ...

Itulah. Semua cite pasal luaran. Yg tau peel sebenar wife sendiri. Aku bukan team faz ke sesiapa.

Reality hidup. Ada spesis pijak semut x mati. Ytjt.

Quote amyfaha 9-10-2024 04:48 AM
Edited by amyfaha at 9-10-2024 04:52 AM

Meols team si bini. Iols ade kawan yg belajar human psychology. Katanya muka si laki lebih pada muka tak puas hati yg kecewa. bukan muka total bersedih. manusia kalau jenis diam tak berkutik,tiba2 defensiv. Maksudnye something wrong. Bila si bini dihina dicaci di medsos, diam tak bertelur si suami. Bini baru jentik sikit,terus defensive. kalu x,manjang no coment. Manjang doa yg baik2.  jika si laki betul bagus seperti diperkatakan, xdela dia juga 2x5 bagi hint tahu pasal rahsia si bini. Dan minta bini syukur nusyuzz x difailkan. Kemudian,perjanjian juga ditawarkan dari pihak lelaki dimana tawaran tersebut berkaitan aib.  

Lagi satu, kata si laki dia ada bukti itu ini. So mana bukti tu? Hanya sebabkan mulut si laki menyebut 'ada bukti' semua makhluk sebenua da percaya dia tanpa lihat bukti apa yg dia ada. Hehehe, no wonderrr lah malaysia jadi tempat scammer bersarang, org2 malaysia mmg senang kena game asalkan mulut pandai goreng
Quote amyfaha 9-10-2024 04:59 AM
Hadiah kereta yg dimaksudkan si bini mungkin dia yg keluarkan deposit. Deposit Range roverr sah sah lah beratus ribu. Si laki hanya bayar bulan2 sahaje da mmg dia guna. Wajib la kau keluar duit selain benih. Duit raya dimasudkan pula bukanlah duit raya semata. Si bini bercakap pasal persiapan raya. Baju raya,makanan etc. semuanya ditanggung si bini. Nafkah pula mungkin bukti yg laki ade cuma takat bayarkan itu ini. Sedangkan si bini maksudkan si laki x pernah beri duit belanja kat tgn. Gituwwww. Sbb iols bnyk jerrr jumpa jantan2 kaya yg kedekut. Duit dia,dia simpan. Duit kita,dia perabiss. Semua benda kita bayarkan gitewww
Quote Sachacha 9-10-2024 05:06 AM
Cina bukit mana plk ni
Quote Tiggybiru 9-10-2024 05:54 AM
Acik2kepam: semuanya cuma kenal di lokasi  ...
Acik2kepam: semuanya cuma kenal di lokasi  ...
betul sesangat..haiyaa tak tidur sekatil, mana la nk tau perangai orang tu mcm mn [em:12:] [em:12:][em:29:]
Quote fanaz82 9-10-2024 08:04 AM
wow, ramai artis team fattah ni.
Quote nisako 9-10-2024 08:06 AM
sape pulak ni
Quote zuriey 9-10-2024 08:18 AM
Elyana pun sibuk nak post gmbr bersama abdol
Sebanrnya kwn2 ni org luar je yg tak tahu pun apa jadi dlm rumah agam mereka
Setakat ko kenal dkt lokasi hai hai bye bye je
Quote airmineral 9-10-2024 09:12 AM
au team nyamma
pls mommy daddy look at me!
Quote makadek 9-10-2024 09:16 AM
Manusiabesa replied at 8-10-2024 11:59 PM
Menarik gila kes fatfaz.
Pelbgai plot twist boleh predict.... kejap rasa team fattah. Kejap pulak ra ...

lagi melungai nk ng jahhh eh babinyaaaa fmly jah tu toxic
Quote taji2906 9-10-2024 09:21 AM
agak2 nelofa side team mana ye kalau ditanya? hahaha
Quote anilanil 9-10-2024 09:26 AM
Ramai btol la penunggang kes fattzura. Acik fen ni nak promote diri sendiri kat market penonton melayu je.
Ini lah yg dimaksudkan oleh kakafaz. Saat dia dihencap netizen & di cyberbully rakan retis, bamtah mmg notelo. At least dia patut ckp ini battle between both of them je, yg lain takyah masuk campur. Ini dia diam je sampai ke sudah. Mmg dna solident ada terpalit kat bamtah.
Ko sabar je la kakafaz. Dulu PSL pon kena hencap. Ko mmg ada aib. Tapi yg pelik sampai sudah takde org nak report. Ko nak skandal ngan vvip pon baik fikir byk kali. Umo dah 40, nak beranak lagi sempat ke? Pastu monopaus. Baik vvip tu skandal ngan bbnu. Tapi kalo ada vvip nak sambar, ko grab je la. At least dpt duit raya.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.159087 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top