Menerusi video dikongsikan di TikTok, pendakwah dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq telah memberi penjelasan tentang hukum apabila seseorang itu membuka aib bekas suami selepas perceraian. Video tersebut dibuat khas untuk menegur tindakan aktres Fazura yang berbuat sebegitu selepas sah bercerai talak satu dengan Fattah Amin, semalam. Katanya, pelakon wanita berusia 41 tahun itu perlu bertaubat kerana apa yang telah dia lakukan semalam adalah haram. “Haram tradisi memburukkan pasangan setelah bercerai. Berlaku sekarang ini (trend) isu di Malaysia perceraian antara suami dan isteri, artis atau yang lainnya, kemudian menceritakan keburukan pasangan masing-masing,” katanya menerusi video itu." Ustaz Abu Syafiq juga turut berkongsi dan berdakwah tentang hadis Rasulullah SAW tentang memburukkan pasangan.
Sejak semalam, isu tentang perceraian Fazura dan Fattah menjadi bualan hangat di media sosial dan bukan sahaja netizen tetapi rakan artis juga turut memberi respon berhubung berita tersebut. Ada yang memberikan semangat dan mendoakan agar kedua-dua mereka kuat dan sesetengah individu mengulas tentang dakwaan bahawa Fattah berlaku curang dan tidak kurang juga netizen yang menghentam tindakan Fazura membuka aib bekas suami. Sumber – Beautifulnara |
ADVERTISEMENT