Pelakon Lana Nodin dilihat tampil menyelar tindakan Nur Fazura yang dianggap membuka aib bekas suami kepada umum ketika sidang media usai perceraian mereka semalam. Tulis Lana di satu hantaran akaun Instagram portal hiburan, dia menasihatkan Fazura untuk tidak membuka aib Fattah dan seharusnya bersikap lebih matang. "Jika kau cukup matang lebih baik kau tutup mulut daripada membuka aib bapa kepada anak kau sendiri." "Nanti bila budak tu dah besar dia tengok buat malu sahaja. Kata nak berpisah cara baik tapi kenapa nak buat penjelasan dan buka aib. Nanti bila orang buka aib kau baru tahu." Tambahnya lagi, tindakan untuk membuka aib dan cerita kepada umum mungkin menunjukkan Fazura bukanlah mangsa dalam episod perceraian ini. Sebelum ini, pelakon Salina Saibi turut dilihat meminta Fazura untuk dia daripada terus membuka aib bekas suami. Terdahulu, Fazura dan Fattah telah bercerai talak satu semalam di Mahkamah Syariah Petaling, Subang Bestari setelah 7 tahun berkahwin. Sumber – Beautifulnara |
emera replied at 8-10-2024 03:50 PM
Terganggu betul aku tgk hidung dia ni
honeystar_11 replied at 8-10-2024 03:54 PM
Laaa..rival since zaman gol & gincu ke ni
Berebut kan si pierre tp tu dlm drama
noor2 replied at 8-10-2024 04:02 PM
Rasanya ramai side fatah bukan bermakna mereka benci Fazura tp tindakan Fazura tu x kena..
alieyrina replied at 8-10-2024 04:10 PM
Teruk dorg bash paz seolah2 konfem rumahtangga masing2 takkan ada masalah in future ?
Belum kena ba ...
caprut replied at 8-10-2024 04:13 PM
Sbb dorang lebih kena fakezura tu mcm mana
ADVERTISEMENT