CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Haram Burukkan Pasangan Lepas Cerai, Fazura Harus Bertaubat” – Ustaz Abu Syafiq

8-10-2024 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16701| Komen: 75

 


Menerusi video dikongsikan di TikTok, pendakwah dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq telah memberi penjelasan tentang hukum apabila seseorang itu membuka aib bekas suami selepas perceraian.

Video tersebut dibuat khas untuk menegur tindakan aktres Fazura yang berbuat sebegitu selepas sah bercerai talak satu dengan Fattah Amin, semalam.

Katanya, pelakon wanita berusia 41 tahun itu perlu bertaubat kerana apa yang telah dia lakukan semalam adalah haram.

“Haram tradisi memburukkan pasangan setelah bercerai. Berlaku sekarang ini (trend) isu di Malaysia perceraian antara suami dan isteri, artis atau yang lainnya, kemudian menceritakan keburukan pasangan masing-masing,” katanya menerusi video itu."

Ustaz Abu Syafiq juga turut berkongsi dan berdakwah tentang hadis Rasulullah SAW tentang memburukkan pasangan.


Sejak semalam, isu tentang perceraian Fazura dan Fattah menjadi bualan hangat di media sosial dan bukan sahaja netizen tetapi rakan artis juga turut memberi respon berhubung berita tersebut.

Ada yang memberikan semangat dan mendoakan agar kedua-dua mereka kuat dan sesetengah individu mengulas tentang dakwaan bahawa Fattah berlaku curang dan tidak kurang juga netizen yang menghentam tindakan Fazura membuka aib bekas suami.


Sumber – Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 8-10-2024 04:34 PM
Fazura ko nk saman Ustaz ni x
Quote miss_strangers 8-10-2024 04:36 PM
Halah halah terpaling setadz pon gigih..ko gi ceramah dulu geng lebai yg bermasalah tu.....
Quote Thunderclouds 8-10-2024 04:44 PM
Asal retis je setad masuk nk enteprem.
Kalo geng sendri pakat² xbkutik lari masuk gua.
Ptuih!
Quote sleepandream 8-10-2024 04:52 PM
jadi tak best sebab dah cerai jadi musuh...
dulu fattah kentut pun wangi
Quote Supersirap 8-10-2024 04:53 PM
Ustaz sudah mula bersuara
Quote riyadhK 8-10-2024 04:55 PM
Diam la kau labuu
Quote ezacbee 8-10-2024 04:57 PM
Nak try le tu..

Quote captainQUE 8-10-2024 05:02 PM
Laju pula setad ni komen Isu ni, pegi komen Dulu Isu said dengan azman yg dah dijatuhkan hukuman penjara tu… loser betullah
Quote jiwakacau06 8-10-2024 05:43 PM
puihhh....masa kes rogol & pa syed aqmal dgn azman tu...menikus puak2 ni. ...
skrg suka2 sruh org taubat...kunci syurga dekat korang kr
Quote Barebow77 8-10-2024 05:52 PM
Tunggu kot2 Ustazah Asmak nak mencemar duli memberi sepatah dua kata..
Quote cik_Sally 8-10-2024 06:00 PM
Kenapa ustaz tak suruh ngai bertaubat?
Ngai siap tuduh ex-nya berzina dan ada bukti dia menfitnah.

Adakah ngai terlalu whoareyous?
Quote penmerah 8-10-2024 06:41 PM
Muka setat ni tak memberansangkan...
Mcm tak pecaya je for this so called setat

Ada sorang Dr pengajar universiti yg ajar agama ke apentah
Yg tu aku suka sebb muka ada nur dan bila kupas persoalan dikaitkan dgn hadis Nabi
Quote Orix 8-10-2024 06:50 PM
lajuuuu... bila geng sendiri merogol n gay n pedo senyap x berkutik pulak ko
Quote kucim 8-10-2024 06:54 PM
Edited by kucim at 9-10-2024 02:04 PM

.
.
.
Quote imanjannah 8-10-2024 06:54 PM
ustad ni.. emmm
Quote makcik_d 8-10-2024 06:58 PM
Seterok PSL marah si Sol yg jelas curang, dia masih boleh senyum2 & bergelak ketawa dgn Sol lepas cerai
Quote Hypothetically 8-10-2024 07:04 PM
sapa yg sibuk buka aib pada netizen skg every tom dick n harry rasa they can hv an opinion. Bodoh jgn di cari.
Quote OsHiN_hOnEy 8-10-2024 07:06 PM
ya awlohhh kalo si lebai ni bersuara
flip jer lar segala tudung dlm koleksi tu faz

Quote jejaka_hensem 8-10-2024 08:14 PM
Nak tutup malu kaum laki kan,terus guna agama nak tutup malu.camtulah laki nak lari dari masalah,guna agama sikit,alim2 sikit terus dipuja.terus lupa point2 kesalahan yg si laki ni buat.
Bertabahlah kaum wanita.

Ini iols cakap secara keseluruhan ye,bukan pasal kes cerai retis ke apa.japg ada yg ss send sana sini cakap fitnahhh

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.051188 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top