CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan taasub guna bahasa Inggeris, Bahasa Melayu tetap bahasa rasmi berdasarkan perlembagaan" – PM

7-10-2024 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17273| Komen: 39

 


IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur segelintir kelompok elit yang taasub menggunakan bahasa Inggeris sehingga meremehkan bahasa kebangsaan negara.

Anwar turut hairan dengan keghairahan kelompok itu yang menganggap kejayaan dan kepintaran hanya boleh dicapai dengan penguasaan bahasa Inggeris kerana ia adalah tanggapan salah.

“Saya tidak mewakili pendapat yang mahu mengurangkan (penguasaan) bahasa Inggeris, tetapi saya juga tidak mewakili sikap yang mempunyai fobia terhadap bahasa sendiri.

“Mereka mungkin dibesarkan di London, tetapi saya ingatkan, hidup mereka di Malaysia, mesti mewakili hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” katanya sebelum merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 (BBK 2024) di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini hari ini.

Katanya lagi, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi perlembagaan dan digunakan sebagai lingua franca yang dipertutur secara meluas di negara ini.


“Bahasa Melayu tetap bahasa rasmi berdasarkan perlembagaan tetapi zaman digital, teknologi kecerdasan buatan (AI), perindustrian dan tenaga kerja memang kepentingan bahasa Inggeris jadi tidak perlu dipertikaikan lagi.

“Namun, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan harus diberi penekanan dan itu komitmen kerajaan,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanilacup 7-10-2024 09:45 AM
Dalam X (Twitter) ramai sgt guna Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Malaysia..
Cara nak melancarkan tatabahasa dan vocab BI tu yg selalu tulis dlm English berbanding BM..
Quote hyie 7-10-2024 10:39 AM
iols lebih rela dengar diorang cakap BI daripada cakap BM yang tunggang langgang pastu apa pun aku tak paham dia nak cakap apa
Quote Decaffeinated 7-10-2024 11:11 AM
BM ni masih low level. Bila PMX cuba guna BM setaraf BI selalu kena nganjeng. Sebut tatakelola pun kena gelak what do you expect.

Serah pada indon ja lah bahasa melayu ni. Best giler bila communicate dengan dorang. Memang terasa bahasa melayu tu boleh pergi jauh.
Quote BeskotCekelat 7-10-2024 01:52 PM
Decaffeinated replied at 7-10-2024 11:11 AM
BM ni masih low level. Bila PMX cuba guna BM setaraf BI selalu kena nganjeng. Sebut tatakelola pun k ...

Aku respek PMX pasal mertabatkan Bahasa Melayu dari zaman dia jadi TPM lagi, zaman 'canggih' & 'anggun'.
Tapi kadang2 dia terlebih berkiblatkan Indon, macam 'meluncurkan', 'ketimbang',
Untuk borak2 dengan member ke, selalu presiden PKR ke tak apa.
Tapi sebagai PM yang mewakili negara, patut guna BM standard Malaysia je takyah lebih2 nak nampak fancy.
Quote snowflakes 7-10-2024 04:10 PM
Ingat lagi zaman sekolah dulu guna bahasa baku. Berita pun sama.
Quote cruz2 7-10-2024 04:12 PM
Acik pertama kali dengar perkataan 'reruai' masa teman anak2 ke pesta buku antarabangsa tahun ni.
Lps tu baru lah kerap dengar kat tv cth iklan jom heboh 'temui kami di reruai.....'
Quote Decaffeinated 7-10-2024 04:22 PM
BeskotCekelat replied at 7-10-2024 01:52 PM
Aku respek PMX pasal mertabatkan Bahasa Melayu dari zaman dia jadi TPM lagi, zaman 'canggih' & 'an ...

Like it or not Indonesia lebih berupaya mengembangkan bahasa melayu dan menjadikan ia relevan sementara Malaysia menurut sahaja di belakang. Jika tidak, akan sampai satu masa kedua2 bahasa ini akan berpisah arah sehingga penutur kedua2nya sudah tidak saling memahami. Tanda2 sudah ada.

Quote ninja boy 7-10-2024 06:23 PM
Don wori, bm digunapakai ramai org termasuk warga asing bangla nepal vetnam, bangla comunicate dgn vetnam pakai bm
Quote redz85 7-10-2024 06:30 PM
snowflakes replied at 7-10-2024 04:10 PM
Ingat lagi zaman sekolah dulu guna bahasa baku. Berita pun sama.

bukan bahasa baku, tapi sebutan baku

sendiri cakap sendiri rasa, apsal aku sound so fake..
Quote Meghina 7-10-2024 06:43 PM




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan mengingatkan bahawa kejayaan tidak hanya bergantung kepada penguasaan bahasa Inggeris. Sama seperti dalam permainan Traffic Rider, di mana fokus dan strategi yang seimbang diperlukan untuk mencapai tahap tertinggi, dalam kehidupan juga, penguasaan kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris adalah penting untuk memastikan kemajuan tanpa melupakan akar budaya kita.







Quote nusaraya 7-10-2024 07:00 PM
Decaffeinated replied at 7-10-2024 11:11 AM
BM ni masih low level. Bila PMX cuba guna BM setaraf BI selalu kena nganjeng. Sebut tatakelola pun k ...

Saran saya sebagai teman ...Mengapa anda X gunakan Bahasa Inggris atau Rojak sebagai penganti bhasa melayu ...

Mengingat keadaan dan kondisi masyarakat moden Malaysia saat kini .....Memang realistik jika Bahasa Inggris dan Bahasa Melayu Rojak dipilih menjadi bahasa rasmi atau kebangsaan Malaysia saat ini ....Menjadi Bahasa perpaduan semua kaum ... Bahasa yang paling mampu mewujudkan  Satu Malaysia ... Mewujudkan Unity in Diversity... mampu mempercepat mewujudkan malaysia sebagai negra maju dan superpower dunia....

Apakah anda sokong idea smart dan sangat genius  dari negara jiran kita ini ?


[youtube]AcTfkZprt78[/youtube]

Quote mojarean_X 7-10-2024 08:25 PM
[youtube]S4ENEImtPxE?si=vt4FgjP4Jk0MakRX[/youtube]
Quote nusaraya 7-10-2024 08:45 PM

Banyak orang melayu sendiri sekarang sedar bahwa kosa kata bahasa rojak ternyata lebih kaya dari bahasa melayu sendiri ... bahkan dinilai lebih mampu dan handal  menjadi bahasa komunikasi  (lingua franca) antar berbagai kaum di Malaysia ...,

Bayangkan begitu cerah prospeknya . Banyak ahli atau pakar bahasa (linguistik) di Malaysia dan luar Malaysia  meramalkan bahwa paling lama 10 tahun di hadapan .. jumlah atau kekayaan kosa kata yang akan dimiliki oleh bahasa rojak akan berpuluh-puluh kali atau bahkan beratus-ratus kali  lebih banyak dibandingkan jumlah kosa kata bahasa rojak sekaang ini ...


Mengapa hal itu boleh terjadi ?

Itu kerana bahasa rojak bukan saja menyerap banyak kosa kata bahasa melayu dan bahasa inggris ...tetapi juga banyak  menyerap kosa kata yang berasal dari bahasa china atau mandarin.  bahasa india (tamil) + ditambah lagi berbagai bahasa asing lainya serta juga dari usaha untok menambah kosa kata dari bahasa-bahasa daerah yang ada di Sarawak dan Sabah serta  juga dari wilayah alam melayu nusantara lainnya...

Dan jika terwujud...  pastilah bahasa rojak  X akan kalah dengan bahasa-bahasa utama dunia lainnya  ... menjadi bahasa ilmu dan sains   ... diakui sebagai bahasa rasmi  di PBB .... dan akan  dipelajari  secara meluas oleh banyak warga dunia kerana dinilai sebagai bahasa penting dan bernilai ekonomi  tinggi .. Jadi untuk menyongsiong masa hadapan yang  cerah dan gilang gemilang  itu ... maka segeralah ubah nama bahasa rojak itu menjadi "bahasa malaysia"  .. sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan......bahasa persatuan dan perpaduan  semua kaum ...

Kelak di masa hadapan .. kami warga negara dan pihak pemerintah  Indonesia  yang saat kini menggunakan bahasa  indonesia .... .pastilah akan mengadopsi dan menciplak "bahasa malaysia" anda yang sudah mendonia itu sebagai rujukan utama dalam usaha kami memperkaya kosa kata dan prestige  bahasa indonesia   ...

Bukankah impian anda untuk menjadikan Bahasa Malaysia Rojak sebagai bahasa dunia akan terwujud lebih cepat ....

Quote nusaraya 7-10-2024 09:12 PM
Edited by nusaraya at 7-10-2024 09:37 PM

Don't waste your money and time to do this again .... Aktiviti DBP: Sana Sini - Hebahan Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 .......



[youtube]i_b_5DCyD7k[/youtube]





Quote kakikuDibibirmu 7-10-2024 09:45 PM
Can you speak English?

[youtube]GlUcn2Tmnqk[/youtube]
Quote gideoncross 7-10-2024 09:52 PM
cruz2 replied at 7-10-2024 04:12 PM
Acik pertama kali dengar perkataan 'reruai' masa teman anak2 ke pesta buku antarabangsa tahun ni.
Lp ...

Aiol pula first time dngar prktaan "belebas" msa tngok kat TV2 dulu
Quote gideoncross 7-10-2024 09:53 PM
hyie replied at 7-10-2024 10:39 AM
iols lebih rela dengar diorang cakap BI daripada cakap BM yang tunggang langgang pastu apa pun aku t ...

Aiol lagi layan BI, BM ntah apa2 je
Quote akido_kido 7-10-2024 11:33 PM
Tengok saja golongan vip la sama2 depa pun speaking..ngan media pun kadang banyak rojak.alangkah bestnya kalau ada pemimpin yg tegas bab bahasa kebangsaan baru la atleast kita jadi macam indonesia jepun korea semua
Quote grouper 7-10-2024 11:44 PM
Klau cakap bm dalam ai automatic diorg balas indon

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.038509 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top