Pelakon Rita Rudaini sebelum ini ada berkongsi luahan apabila terpaksa menanggung kos rawatan anaknya, Rayyan di hospital selepas mengalami patah tangan. Rita memaklumkan Rayyan tidak menggunakan perlindungan insuran kerana polisi sudah tamat hampir 13 tahun di mana pembayar berhenti bayar dan tidak mahu memberi kerjasama untuk menutup akaun itu walaupun hanya perlukan tandatangan. Ini menyukarkan pihak Rita untuk mengambil perlindungan insuran yang baharu untuk Rayyan. Terbaru seorang netizen ada meninggalkan komen berhubung perkara yang dikongsi pelakon itu lalu menyuruhnya hantar Rayyan ke hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan.
Komen itu mendapat perhatian Rita yang seakan berang dengan cadangan yang dinyatakan itu. Kesimpulannya, biar lah pelakon itu hantar anaknya ke mana-mana sekalipun untuk dapatkan rawatan. Beliau tahu apa yang terbaik kerana berbelas tahun membesarkan dua anak secara bersendirian.
|
orkid_amani replied at 7-10-2024 01:56 AM
Ambik jaa la insurance company lain..dah knp nk kena sama jugak dgn company 1family kalau boleh ambi ...
epal21 replied at 7-10-2024 10:10 AM
Ntahnya. Amik je lah drp company lain. Tak faham betul, nak juga mengarang esei ibu tunggal terpal ...
ADVERTISEMENT