CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Dapat anugerah luar negara baru orang Malaysia nak claim’ - Scha Alyahya

4-10-2024 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12537| Komen: 88

 


Pelakon dan pengacara Scha Alyahya menyelar sikap segelintir pihak yang memandang rendah impian pelakon muda yang bercita-cita melakar nama sehingga ke peringkat antarabangsa.

Menurut Scha, 41, kejayaan pelakon, Siti Saleha, yang meraih Anugerah Bintang Asia Terbaik di Korea Selatan baru-baru ini, membuktikan Malaysia sejak dari dahulu mempunyai bakat-bakat artis yang bermutu setanding dengan negara luar.

Mengambil contoh, aktor Henry Golding telah berjaya di Hollywood sedangkan sebelum itu dia tidak begitu dihargai oleh masyarakat dan industri seni di sini.


“Sebelum ini, semasa dia berada di Malaysia hanya jadi pengacara program, orang buat tidak nampak sahaja bakat yang dia ada.

“Sebab itu, apabila ada anak muda yang cakap dia bercita-cita nak menang anugerah di luar negara, Oscar contohnya, kita jangan perlekehkan. Kita kena sokong dan percaya dia mampu buktikan.

“Saya tengok orang kita ini suka pandang golongan selebriti tempatan pada kasta rendah. Mereka panggil artis pun dengan panggilan ‘retis’. Itulah persepsi dan perspektif mereka terhadap selebriti tempatan,” ujar Scha.

Sambung Scha, penghargaan dan sokongan wajar diberikan kepada bakat-bakat seni tempatan kerana secara tidak langsung, golongan anak seni juga membantu membawa nama negara ke peringkat antarabangsa.

“Sebab itu saya percaya, pelakon baharu lebih berani dan agresif. Merekalah yang akan membawa gelombang baharu dalam industri seni ini. Sudah tiba masa kita bawa nama, bakat dan jenama diri hingga ke luar negara,” katanya.

Sungguhpun begitu, kata Scha, kehebatan dan kualiti yang ada pada artis tempatan jarang dipandang atau diangkat oleh masyarakat kita sendiri sehinggalah ada pihak luar yang berbuat demikian.

“Itulah budaya orang kita, bila pihak luar julang bakat anak-anak seni tempatan, barulah hendak sokong. Bagi saya, siapa lagi yang nak sokong bakat anak tempatan kalau bukan orang kita sendiri? Cukup susah untuk buka mata orang kita hargai bakat tempatan sedangkan ramai yang bagus-bagus.

“Saya faham, kita kekurangan platform tetapi kita sedang berkembang maju juga. Banyak filem yang dihasilkan sekarang bukan sahaja untuk tayangan penonton tempatan, tetapi juga orang luar.

“Ini adalah inisiatif produksi dan tenaga kreatif yang sedang cuba mengetengahkan bakat serta karya anak seni kita. Sokongan orang tempatan terhadap bakat tempatan penting, jangan sudah raih anugerah di luar negara baru kita nak ‘claim’ (akui),” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Expo kecantikan dan ksihatan, Beautopia oleh Watson di Pavilion Bukit Jalil, semalam.

Terdahulu, pelakon muda popular Meerqeen meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak memperkecilkan impiannya untuk menggenggam anugerah Oscar. 



Sumber – KOSMO ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote monsterwife 4-10-2024 03:16 PM
Kenapa tak boleh panggil retis?
Kamus dewan ada mention retis bermaksud kasta rendah ke?
Quote Kurex 4-10-2024 03:18 PM
halah halahhhhh kau sendiri taknak sokong pereka pesyen baru yg nak mencipta nama. kau taknak pun pakai baju deols. lepas tu kau nak cerita bakat baru gelombang baru apa ke lancau semua tu! btw, netizen tak pernah memandang rendah pelakon & penyanyi tempatan. tapi netizen tak suka retis poyo macam kau laki bini!
Quote Nt-ViruS 4-10-2024 03:29 PM
yg menang tak cakap pape, ko plak yg lebih2. rasanya siti saleha tu memang disukai ramai sebelum dia menang anugerah tu lagi.
Quote Sendawg 4-10-2024 03:40 PM
Difference is, Siti Saleha mmg successful and lakonan dia bermutu. If say like, Meershit and Amir Ahnaf, diorang tu BBNU, most of their success is because of fucking clout. And rakyat Malaysia, biasalah. Dulu Michelle Yeoh orang tak heran pun but menang Oscar je terus claim bangganya sebagai rakyat Malaysia.

At the same time, you Scha are one of the worst artists in Malaysia. Not even artist, you are the very definition of celebrity, sell out bila kareer sendu dgn jual life peribadi and anak2. But still sendu jugak.
Quote monsterwife 4-10-2024 04:17 PM
Apa lakonan dia yg bermutu ye?
Husband I kenal sbb melodi
Then jual kisah anak2 kat media social utk kekal relevant
Quote surihatilara 4-10-2024 04:20 PM
monsterwife replied at 4-10-2024 03:16 PM
Kenapa tak boleh panggil retis?
Kamus dewan ada mention retis bermaksud kasta rendah ke?

I ingat lagi husbaby she marah kat Melodi ke mana tah masa he hosting, "Apa retis² ni" looool i yang muda remaja masa tu cam, eh "retis" tu kan lebih senang disebut berbanding "artis", bukan sebab engko hina ke hapa. Apooooo diorang ni sampai sekarang i geram
Quote CikHasanah 4-10-2024 04:33 PM
Ada tak retis Malaysia yang menyembah Freemason?
Quote OsHiN_hOnEy 4-10-2024 04:34 PM
dah sememangnya dia tu taraf retis jer pun
btw knp muka dia teruk gitu
dah tak pakai la mer ker?
Quote hashashes 4-10-2024 04:46 PM
Ada lagi sorang yang anti sgt kalau di panggil retis
Sape eh lupa aku
Quote alesandra 4-10-2024 04:50 PM
Ko an artist ke masalahnya?? Oh bitch please.
Quote sleepandream 4-10-2024 04:56 PM
sheols mengata nek ogy ke?
ntahler kalau iols panggil retis tu tak anggap pun tu istilah downgrade ke apa...
Quote akuHavocczz 4-10-2024 04:58 PM
Lol.. artis itu sendiri adalah hamba kepada orang ramai. You dibayar untuk hibur kan orang ramai. Sejak bila taraf artis tu tinggi sangat..?
Quote akuHavocczz 4-10-2024 04:59 PM
hashashes replied at 4-10-2024 04:46 PM
Ada lagi sorang yang anti sgt kalau di panggil retis
Sape eh lupa aku

Syapie.. sebenarnya golongan retis ramai yang sakit hati dengar orang guna istilah retis.
Quote L.U.S.M 4-10-2024 05:00 PM
Tp Yuna sendurina je..hujung2 blk msia haha
Quote nadie90 4-10-2024 05:24 PM
Edited by nadie90 at 4-10-2024 09:35 AM

Yang tu pun sentap smpai ada yg backup?....bukan jadi artis kena kental dengan komen2 puaka netizen ka lol

Bakat HG x di hargai? hanya jadi pengacara program ja kt sini?

Ok...komen lagi stgi org lain plak yg sentap lol
Quote fanaz82 4-10-2024 05:27 PM
memang perangai manusia macam tu
Quote luc 4-10-2024 05:29 PM
Segolongan kelompok memang layak dipanggil retis pun.

Tapi takde nye kita nak panggil Siti Nurhaliza tu retis.

Kalau kau dipanggil retis tu, faham2 je la tahap kau di dalam industri. Dan bekerja keras untuk jadi berkualiti.
Quote Sazreena 4-10-2024 05:30 PM
Motif ko komen on behalf? Ko pun berlakon ceta tah pape...harapkan awan dania tu je la buat modal. Pastu jadi muse/jual muka. Tu je la persembahan. Harapkan anak, program seketul tu je la. Sally tu consistent ok. Dia berlakon helok, muka pun bonus.
Quote Lula2 4-10-2024 05:35 PM
monsterwife replied at 4-10-2024 03:16 PM
Kenapa tak boleh panggil retis?
Kamus dewan ada mention retis bermaksud kasta rendah ke?

I rasa sebab asalnya retis tu mcm slang untuk kutukan.

Sama macam ‘meleis’. Org guna meleis kalau nak mengutuk perangai sesetengah melayu. Kita tak guna meleis utk semua org walaupun I nampak ada je yg guna meleis out of context.

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.080191 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top