CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Jaga Bujibu Chempel Baik-Baik’ - Netizen Pesan Kepada Hairul Azreen Dan Hanis Zalikha, Jaga Kesihatan Kucing Yang Punyai 1.5 Juta Follower Di IG

7-10-2024 08:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13333| Komen: 0

 

BARU-BARU ini pelakon Nabila Huda kongsi kisah duka apabila kehilangan haiwan kesayangan iaitu kucing peliharaan bernama Aoki.

Seluruh warga pencipta kucing turut berduka dengan berita ‘pemergian’ Aoki yang menghidap sakit buah pinggang tahap empat.

Trending dalam aplikasi X, ramai yang mendoakan Nabila sekeluarga tabah meneruskan kehidupan tanpa kehadiran Aoki apatah lagi lebih 15 tahun ditatang bagai minyak yang penuh.

Sewaktu berita duka itu, ada juga yang sempat menitipkan pesan kepada pelakon Hairul Azreen dan isteri, Hanis Zalikha agar menjaga kesihatan kucing mereka, Bujibu Chempel atau mesra dipanggil Bujibu dengan baik.


Dianggap sebagai anak sulung dalam keluarga, Bujibu yang memiliki 1.5 juta pengikut Instagram itu tentu sahaja menjadi buah hati kepada semua penggemar kucing.


Selain menyediakan kemudahan dan penjagaan terbaik buat kucing mereka, rata-rata warga maya mengharapkan agar pasangan suami isteri itu tetap memberi tumpuan terhadap kesihatan Bujibu yang kini sudah memasuki umur sembilan tahun.


Sumber  –  Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.038732 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top