CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Insurans Tu Dah Lapsed 13 Tahun” – Rita Rudaini Tanggung Sendiri Rawatan Anaknya Di Hospital Swasta

7-10-2024 07:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19784| Komen: 87

 


Terbaru, melalui Instagram pelakon jelita, Rita Rudaini, dia meluahkan rasa syukur selepas anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin selamat menjalani rawatan di hospital disebabkan kecederaan di bahagian tangan.

Kata Rita di dalam kapsyen hantaran yang dimuat naik, hampir seminggu dia ‘berkampung’ di hospital dan berterima kasih kepada orang terdekat yang banyak membantu dalam menghulurkan bantuan.


Rita memaklumkan, segala kos bermula dari patah tangan hingga ke pembedahan ditanggung sendiri oleh dirinya, susulan Rayyan tidak dapat menggunakan perlindungan insurans kerana polisi rupa-rupanya sudah tamat hampir 13 tahun lalu kerana ‘si pembayar’ berhenti bayar.

Luah aktres itu lagi, sebelum ini dia ada mengambil insurans untuk Rayyan tetapi lapsed semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Lepas tu mommy decide nak buat baru tapi dengan syarat acc yang lapsed 13 tahun tu kena close dulu. Malangnya manusia yang bukak acc tu tak nak bagi kerjasama untuk sign close acc walaupon ‘tandatangan itu PERCUMA’ (walaupon ajen dah explain dan nasihat manusia terbabit)."

Biarpun diperlakukan sedemikian, Rita percaya Allah Maha Kaya dan dia akan mengambil perlindungan insurans lain buat anaknya serta berusaha yang terbaik buat kedua-dua anak lelaki kesayangannya.

 

Sumber  –  Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 7-10-2024 07:37 AM
Habislaa ko edel.. ape laa buat anak mcm tuu
Quote jlo 7-10-2024 07:44 AM
alahai kesian nye buat naya ke anak je
takpe la rita..u can do it ..moga Allah murah rezeki rita ..
Quote babynina30 7-10-2024 07:44 AM
Patah tgn n warded pcmc min 8k i rasa + xray etc
Mmg sng kalau ambik semua 1fmly under 1 co & agent

Tp dh manusia tu x nak sign, sheols bleh proceed utk co lain punya kan?
Quote Minami2013 7-10-2024 07:47 AM
Macam mana la relationship dua org ni sebenarnya. Kesian kat anak2 je la.
Quote MeowPARSI 7-10-2024 07:48 AM
Xpe laa Rita,, bayar je sendiri,, sat lagi media buat cite macam kata claim itu ini,, kita plak yg panas,,, alang2 bapak nya dah busuk,, bapak nya pun mmg malas nak amik pot,,
Quote Ai_kiu 7-10-2024 08:13 AM
Memula iols baca komen netz ramai jugak maki ritrud benda senang saja buat leceh (insurans dah lapsed considered closed, so xyah sign2 pon kalau nk buat insurans baru).
Skali aiols duk baca full ig seperti yg ditepek di porem baru la paham.
Takde isu pon. Ritrud dah selamat sign new insurans policy. Cuma yg dia nk highlight adalah si edel bayo insurans anak dia last 13tahun yg lalu
Quote noor2 7-10-2024 08:15 AM
Aidil mmg x ambil berat dgn anak2 first wife..noktah...xpela.. anak2 nampak sapa yg syg mereka...
Quote imransulaiman 7-10-2024 08:15 AM
Kesian juga. Insurance ni sebenarnya memudahkan.. Rasanya boleh je Rita ambil polisi insurance company lain.


OT - nanti mesti ada ejen yang guna kisah anak dia ni untuk iklan
Quote selipar_hijau 7-10-2024 08:15 AM
kesian rita. bukan kesian sebab tak mampu tapi kesian sbb pening kepala nak uruskan itu ini bila libatkan belah sana. takyah cakap insurans, sekecik2 benda isi borang pun klu dh melibatkan pihak lain memang sakit kepala wei. ni kan pulak dah hal masuk hspital
Quote Lampuled 7-10-2024 08:20 AM
Maksudnya mmg takde contributions yer drp site apaknya? Camne lah kan perasaan setiap kali isi form nak kena tulis sekali bin anaknya tu.
Quote emera 7-10-2024 08:21 AM
Dia nak kabo edel byr laat 13 thn dulu je kan? Kalu dah lapsed, kira x laku & dh x wujud la kan? Bukan ke boleh sign up je yg baru? Knp nk kena signature si bapak gaya mcm nk menikahkan anak je?
Quote ketambangkang 7-10-2024 09:04 AM
alangkah bagusnya kalau edel bersikap sama rata ngn semua anak2...rayyan & juna bole main bola sama2 ngn adik2..gi holiday sama2..tp tu lah
Quote IzzahF 7-10-2024 09:19 AM
Ai_kiu replied at 7-10-2024 08:13 AM
Memula iols baca komen netz ramai jugak maki ritrud benda senang saja buat leceh (insurans dah lapse ...

iya, pastu org suruh dia pg gomen. tak tau apa pasal la nk kena komen mcm tu
Quote syamzana 7-10-2024 09:19 AM
bapaknya pun dah mampu bayar je la insurans anak2 tu ke dia tapau skali dlm nafkah anak2 kot
lainkali masa bergasak kat court tuntut nafkah anak2 tu senaraikan segalanya terutamanya hal2 pendidikan+perubatan.

kalau acc dah luput mmg kene sign pelbagai ya utk bukak acc baru under comp yg sama?
Quote Fazzbulous 7-10-2024 09:22 AM
syamzana replied at 7-10-2024 09:19 AM
bapaknya pun dah mampu bayar je la insurans anak2 tu ke dia tapau skali dlm nafkah anak2 kot
laink ...

i rasa mcm takyah..sbb i pun ada 1 acc fmly plan..tp dah lapsed..so i amik plan baru individual..okay je..
Quote IzzahF 7-10-2024 09:23 AM
tu pasal macik ni bising masa si bapak claim income tax tu 100% bahagian anak2 berdua ni. dah tu maknya yg spent lg byk nk claim celah mana pulak?
Quote adeqbun 7-10-2024 09:23 AM
babynina30 replied at 7-10-2024 07:44 AM
Patah tgn n warded pcmc min 8k i rasa + xray etc
Mmg sng kalau ambik semua 1fmly under 1 co & agent ...

itulah..pttnye boleh je sign polisi ngan co lain..ape mslhnye..
Quote adeqbun 7-10-2024 09:25 AM
ketambangkang replied at 7-10-2024 09:04 AM
alangkah bagusnya kalau edel bersikap sama rata ngn semua anak2...rayyan & juna bole main bola sama2 ...

tp tu lah..ritrut bg ke anak2 die main ngan anak2 belah sana..hahahahahaa
Quote scarflicious 7-10-2024 09:33 AM
Aku faham je feeling ritrud. Masa kecik2 dia mmg kata nak tgk anak sekali dgn dia. Sbb maybe takut anak tu di bawa lari. Pernah jadi kat kawan aku. Satu kerja kena libatkan polis.

Aku tgk.logik je ritrud nak marah pasal bapak bebudak ni. Udahlah income tax dia kacau, agaknya bagi basic nafkah je.

Serupa jadik mcm ac rizal kan. At the end, anak2 kahwin pun dia blh tak dtg. Anak pun tak mengharap ada bapal mcm ni.

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.040014 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top