Menerusi satu sesi siaran langsung di media sosial, Jofliam memberi penjelasan dan jawapan selepas diasak soalan mengapa dia tidak memecat wanita yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengannya bernama Dewi itu. Kata Jofliam, dia tidak mempunyai sebab untuk memecat Dewi kerana dia seorang pekerja yang rajin dan tekun. Selain itu, Jofliam turut mengasihani Dewi yang dikatakan menerima nasib yang sama sepertinya iaitu rumah tangga berantakan serta difitnah orang ramai. "Rumah tangga dia hancur disebabkan fitnah empat bulan ni. Seingat sayalah, rumah tangga saya pun hancur. Jadi situasi dia sama dengan situasi saya. Betul tak?" Jelas Jofliam lagi, fitnah yang dilalui oleh Dewi ketika ini sama situasinya seperti dia jadi dia menganggap dengan melindungi Dewi, dia juga melindungi dirinya sendiri. Tambahnya, meskipun ramai orang akan gembira jika Dewi dipecat namun dia tidak kerana berasa seolah-olah dia aniaya dirinya sendiri. "Orang tanya kenapa tak pecat dia? Kalau saya pecat dia, seolah-olah saya pecat diri saya sebab situasi sama. Jadi bila saya protect dia, seakan-akan saya protect diri saya. Itu pendapat saya. Kalau saya pecat dia, orang lain happy tapi saya tak happy. Kenapa nak pecat dia? Kalau dia buat satu kesalahan yang nyata, ye saya boleh pecat. Kenapa kita nak pecat pekerja yang bagus kalau dia tak buat salah." Sumber – Beautifulnara |
pocongkiutss replied at 5-10-2024 09:06 AM
Awam gila muka tak filter tu
Gila narcissist dia ni..tekun bekerja konon..pekerja yg jantan ko tak ...
ADVERTISEMENT