CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Desakan hantar pulang rakyat Palestin tidak masuk akal – Saifuddin

4-10-2024 10:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 43693| Komen: 45

 


ALOR SETAR – Desakan supaya rakyat Palestin yang sedang menerima rawatan di negara ini dihantar pulang susulan kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiada sesiapa boleh membuat kesimpulan bahawa semua rakyat Palestin bersikap sedemikian.

“Rakyat Palestin itu adalah individu yang tercedera serta ahli keluarga mereka. Kita bawa mereka ke sini dan berikan rawatan sebagai tanda kemanusiaan kita.

“Jadi apabila insiden ini tercetus, rakyat Malaysia tidak harus ada tanggapan umum mengenai sikap mereka dan mendesak supaya dihantar balik. Negara mereka sedang berperang dan hancur.

“Tak masuk akal untuk kita desak hantar mereka balik kerana hanya insiden begini. Apa yang lebih penting adalah kita cari penyelesaian bagaimana undang-undang sedia ada boleh diguna pakai untuk disesuaikan dengan keberadaan mereka di sini,” katanya pada sidang akhbar selepas Sesi Townhall Pelajar bersama Menteri Dalam Negeri sempena Minggu Suai Kenal Semester Pertama Sesi 2024/2025 Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini.


Mengulas lanjut Saifuddin berkata, insiden itu dipercayai berlaku kerana segelintir rakyat Palestin itu tidak berpuas hati disebabkan pergerakan mereka dihadkan setelah lama tinggal di pusat transit.

“Di pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), pas dikeluarkan kepada mereka untuk tinggal di sini adalah khas untuk menerima rawatan. Jadi secara logiknya, takkan kita nak biarkan mereka tinggal merata-rata?

“Tetapi mungkin kerana sudah terlalu lama mereka di sini, mereka rasa tak betah untuk berada di satu tempat dan berhasrat supaya dibenarkan untuk bergerak di kawasan lebih luas,” ujarnya.

Sebagai jalan penyelesaian katanya, KDN telah mengadakan perbincangan untuk menilai semula pengeluaran pas bersesuaian, mengikut undang-undang sedia ada.

“Di peringkat KDN, kita telah berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan pada masa depan. Di bawah Akta Imigresen, ada pelbagai pas dengan kita turut membenarkan sejumlah rakyat Syria datang ke sini ketika kemuncak perang di negara itu dulu.

“Rakyat Syria itu berada di sini untuk tempoh tiga atau empat tahun dan hingga kini, masih ada yang tinggal di sini. Jadi kita akan lihat pas yang bersesuaian untuk tujuan itu,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manop 5-10-2024 03:24 AM
dah tolong masih tunjuk perangai...halau je...contoh rohingya
Quote clueless_gamer 5-10-2024 06:03 AM

Quote bottombikini 5-10-2024 06:47 AM
apa yg tak masuk akalnye
anto skali si pudin balik sana nun
Quote mejaputih 5-10-2024 07:02 AM
Suh letak kat rumah dia aci tak?
Quote Dwdrum 5-10-2024 07:26 AM
Kann...... Busuk busuk pun sek sek kito jugo
Quote Barebow77 5-10-2024 07:59 AM
Yolah..setakat mengamuk pecah pasu bunga tu apalah sangat kan..nanti hangkut la ramai2 mai sini..alangkan rohingya pon boleh niaga kat sini..inikan pulak keturunan pak yerab..belah2 nabi sana..barokah tanah air ku..
Quote rykall 5-10-2024 08:01 AM
Persoalannya dah rawat kan. Hantarlah semula. Jangan tunggu2 lagi. Di Malaysia ni pelik sikit ambil pandai hantar nanti tak buat sampai beranak pinak dan jadi Warganegara Malaysia. Nasib baik keturunan elok juga Palestin bukan Rohingya.

Malaysia ni terlalu baik jangan sampai kena pijak. Pada saya kita memang prihatin dan simpati tetapi tak perlu sampai nak bawa ke sini pun. Negara lain pun tak buat pun macam ni. Dah terlalu ramai PATI kat Malaysia ni.
Quote lotusteratai 5-10-2024 08:12 AM
perjanjian bawa masuk mereka hanya utk rawatan je kan? lpstu memang akan dihantar pulang jd apa masalahnya dgn desakan rakyat suruh hantar pulang
Quote lotusteratai 5-10-2024 08:14 AM
kat video tu nmpk makcik2 dgn bdk2 tu alhamdulillah sihatttttttttt so yg nak hold diorg lama2 utk apa
Quote booty 5-10-2024 08:22 AM
Edited by booty at 5-10-2024 08:25 AM

Senang2 je ambik bawa datang sini. Sekarang nak hntr balik mcm² alasan plak dibagi.
Quote shida81 5-10-2024 08:38 AM
Alang2 nk htr blk.. Htr sekali ngn rohingya
Quote Kuin-Kepam 5-10-2024 08:42 AM
ramai lagi rakyat sendiri yg miskin perlukan rawatan...buat baik berpada-pada
Quote noor2 5-10-2024 08:50 AM
Bawak tinggal kat rumah hang lah
Quote ladybugz 5-10-2024 08:56 AM
mmg geram tgk video perempuan2 tu. ada jgk i kenal one palestinian. ckp mcm2 pasal org malaysia. kata kita ni asik ikut mufti la apa la. kondem sgt2. pelik la. nk kata ptsd mcm pelik pulak. dah la dia kutuk i ambil anak angkat. mcm2 lg la.
Quote misc 5-10-2024 09:10 AM
Apa yg tak masuk akal. Dah sembuh balik la.
Quote Decaffeinated 5-10-2024 09:11 AM
Walaupun aku tak pernah sokong tindakan angkut palestine ni datang sini for whatever reasons tapi aku setuju point menteri ni. Yang bawa lumpur ni dia ekor kerbau ja how nak hantar balik? It's a knee jerk reaction. Nak siapkan kapal pengangkut tudm lagi sekali lepas tu air drop kat gurun negev? Sekali  bodoh cukuplah. Tak perlu tutup dgn satu lagi kebodohan.
Quote kucingitam 5-10-2024 09:12 AM
lebih baik jaga rakyat sendiri..
Quote mejaputih 5-10-2024 09:18 AM
booty replied at 5-10-2024 08:22 AM
Senang2 je ambik bawa datang sini. Sekarang nak hntr balik mcm² alasan plak dibagi.

Rasanya malaysia x buat plan utk pulangkan semula. Iols rasa la...
Quote ekselen 5-10-2024 09:56 AM
Edited by ekselen at 5-10-2024 10:05 AM

hantar rmh kau la baru masuk akal

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.036967 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top