CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masih khayal kesan ubat bius, pergerakan Sharifah Zarina seakan sedang bertawaf

2-10-2024 08:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12201| Komen: 23

 


Pergerakan Sharifah Zarina seakan sedang tawaf sewaktu masih lagi dibawah sedar susulan kesan ubat bius sewaktu di hospital.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri anak kepada penyanyi lagu Langit Ketujuh itu, Athalia apabila memuat naik momen ibunya yang masih lagi belum sedar sepenuhnya di wad selepas menjalani pembedahan.


Anak tak sangka dapat rakam pergerakan Sharifah Zarina yang sedang ‘mamai’

Dalam video yang dikongsi, Athalia memaklumkan tidak menyangka dapat merakam momen berharga tersebut apabila ibunya mengucapkan bacaan sewaktu sedang bertawaf.

Dia juga seolah-olah sedang solat apabila membuat beberapa pergerakan seperti sedang melakukan ibadah tersebut walaupun berada dalam keadaan terbaring serta mata tertutup.


 

Pergerakan Sharifah Zarina seperti tawaf & solat selepas selesai operation

Walaupun anak kepada penyanyi itu tidak menyatakan sakit yang dihidapi ibunya, namun menerusi TikTok Sharifah Zarina, ia ada memberitahu yang dia melakukan pembedahan membuang batu karang di buah pinggang sebelah kanan.

Difahamkan, proses pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan dia juga dalam keadaan sihat.


Dekat dengan Allah, sakit pun akan ingat Allah

Perkongsian yang dibuat Athalia telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet dimana rata-rata berasa kagum dengan apa yang berlaku.

Masing-masing berasa penyanyi tersebut cukup beruntung kerana berada dalam keadaan separa sedar namun seperti sedang ada di Tanah Haram.

 
Mereka yang pernah alami situasi tersebut pasti faham perasaan khayal atau mamai memandangkan kesan ubat bius masih ada.

Walau bagaimanapun, situasi tersebut hanya sementara dan mereka yang berada dalam keadaan tersebut akan kembali seperti biasa setelah sedar nanti.

Sumber: TikTok Athalia, Sharifah Zarina, Oh My Media 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote surihatilara 2-10-2024 11:29 AM
Quote supernaturalee 2-10-2024 12:19 PM
1 hit wonder


tp sheols pnh ke ajl kategori irama msia ye
tewas dgn dayang

Quote mehmet 2-10-2024 05:16 PM
Dia dah cerai ke ?
Quote sleepandream 2-10-2024 05:27 PM
mesti sheols rindu suasana kat sana...
Quote LembingDayanti 2-10-2024 05:40 PM
makcik paling annoying
Quote mawardia 2-10-2024 05:53 PM
She is annoying but I rasa this is genuine. Maybe Sh. Zarina ni jenis yg bangun malam dan rajin buat solat sunat etc. Sorang lagi yg rajin tahajjud ni Tinshid. Ni bukan dari mulut dia tau. Ada close friend dia yg ckp Tinshid tu memang rajin solat and tahajjud. i percaya je.
Quote awex^returns 2-10-2024 05:54 PM
kenapa hati hitam aku kata ni cuma content je
sorry Makcik Zarina
Quote emera 2-10-2024 06:08 PM
Mamai lps bedah sbb bius tu bukan benda luar biasa ponnnnn.
Quote AmandaRollins 2-10-2024 06:59 PM
Benda cmni pun nk rakam n bangga ke?anak ngn mak sama je ignorant n attention seeker…
Quote punchup 2-10-2024 09:48 PM
mawardia replied at 2-10-2024 05:53 PM
She is annoying but I rasa this is genuine. Maybe Sh. Zarina ni jenis yg bangun malam dan rajin buat ...

Tinshid siapa
Quote mawardia 2-10-2024 10:20 PM
punchup replied at 2-10-2024 09:48 PM
Tinshid siapa

DHerbs
Quote CiliPadiSedap 2-10-2024 10:21 PM
pernah kena bius,. xboleh makan or minum 8 jam sebelum masuk surgery room.. horror.. masa tu dh wasiat password cariforum..
Quote becir 2-10-2024 11:14 PM
awex^returns replied at 2-10-2024 05:54 PM
kenapa hati hitam aku kata ni cuma content je
sorry Makcik Zarina


i pun rasa content je..i penah 4x operation kena full bius bila sedar je doc or nurse akan terus tanya kita ok ke tak and cakap semua dah settled. tak penahnya i mamai2 cakap merapu
Quote likilu 2-10-2024 11:54 PM
Cantik mak ko walopun ko buh sarung bantal.as tudung hahaha

Anyway benda macam ni tak tahu la patut kongsi ke tak

Kalau dia ada kelebihan sekalipun mohon hormat hak n maruah ibu sebelum sebar gini kat social media.

Nanti kantoi berlakon untuk konten karang mula nak menangis keluar air mata hingus semua cakap sorry karang.
Quote likilu 2-10-2024 11:56 PM
becir replied at 2-10-2024 11:14 PM
i pun rasa content je..i penah 4x operation kena full bius bila sedar je doc or nurse akan terus t ...

Ummah evropa pun pelik kan kenapa ubat bius us je yg selalu cakap merapu ni, cabut gigi pun ko meracau

Benua lain semua jenis tido je kalau dah under tu.

Dia ni je la special dose lol
Quote becir 3-10-2024 12:08 AM
likilu replied at 2-10-2024 11:56 PM
Ummah evropa pun pelik kan kenapa ubat bius us je yg selalu cakap merapu ni, cabut gigi pun ko mer ...

aternya last procedure i, lepas keluar ot tu diaorg letak i kat waiting room sebelum masuk wad. same time ada nyonya ni pun baru keluar ot..nyonya ni sedar2 je terus complain sakit2..nurse kata ada butang tu picit, dia akan release morfin..ha gitu sekali sakit takdenya mamai nyonya tu
Quote fattymah 3-10-2024 12:20 AM
Content semata untuk cover bilik vvip
Quote mrsLucky 3-10-2024 01:14 AM
I selalu look forward bila buat operation under general anesthesia. Last year o buat baria..bila i sedar dari bius...i mengeluh..alaaa apasal i masih hidup nih..
Quote starcity 3-10-2024 07:02 AM
Zaman skrg mmg segala benda org nk ambik video kan. Kadang aku tgk mak bapak tengah nazak or koma pn dorg nk post kt media sosial. Smbil2 nangis tu sempat ambik video

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.059780 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top