KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang dikurniakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam satu majlis di Istana Negeri di Kubang Kerian, di sini hari ini. Darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk itu dikurniakan kepada Anwar sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang Ke-55 pada Ahad lalu. Hadir sama, Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Kosmo! sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului senarai 763 penerima darjah kebesaran bintang, pingat dan surat kepujian sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar, di sini. Anwar dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) membawa gelaran Datuk. Sumber– KOSMO! ONLINE
|
ADVERTISEMENT