CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Treler terbabas, 42 tan minyak sawit tumpah ke sungai di Lipis

1-10-2024 11:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21962| Komen: 4

 


LIPIS – Sebuah treler yang sarat dengan muatan minyak sawit hilang kawalan dan terbabas ke dalam anak sungai Lubuk Gayong, Benta, di sini hari ini.

Kejadian tersebut menyebabkan muatan minyak sawit seberat 42 tan mengalir ke dalam anak sungai berkenaan selepas tangkinya pecah.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika treler berkenaan dalam perjalanan dari Kilang Sawit Felcra Jaya Putra di Jerantut menuju ke Semenyih, Selangor.

“Treler dipandu lelaki berumur 36 tahun itu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyebabkan tangki treler itu tergolek masuk ke dalam anak sungai,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ismail, pemandu treler yang berasal dari Felda Jengka 11, Jerantut yang cedera telah dihantar ke Klinik Kesihatan Benta untuk rawatan lanjut. 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 2-10-2024 12:36 AM
Edited by white_musk at 2-10-2024 12:38 AM

Mcm mana nk makann ikan patin?
Quote nisako 2-10-2024 08:15 AM
habis sungai
Quote kucim 2-10-2024 08:38 AM
Habis berminyak sungai sampai ke muara
Quote ultra78 2-10-2024 08:43 AM
Minyak sawit 42 tan. Habis mati ikan dalam sungai

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.027019 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top