CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan satu tapi tujuh ular bersarang dalam ‘aircon’

1-10-2024 11:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22403| Komen: 8

 

BANGKOK – Seorang wanita di Thailand terkejut apabila mendapati terdapat tujuh ekor ular bersembunyi di dalam alat penyaman udara di rumahnya, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Menurut wanita tersebut, penemuan ular-ular itu merungkai misteri bunyi-bunyian aneh yang sering didengarinya dari dalam alat tersebut.

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman TikTok, wanita tersebut berkata, sudah berbulan-bulan dia mendengar bunyi aneh tersebut.

Namun, dia tidak terfikir untuk memeriksa keadaan di dalam penyaman udara itu kerana alat tersebut hanya digunakan ketika dia tidur.

Bagaimanapun, dia akhirnya membuat keputusan untuk memanggil juruteknik bagi memeriksa penyaman udara itu untuk mengenal pasti punca bunyi-bunyian tersebut.

Bagaimanapun, wanita tersebut terkejut apabila mendapati terdapat tujuh ekor ular melingkar di dalam alat itu.


Tidak dinyatakan jenis-jenis ular tersebut, namun juruteknik dengan segera mengeluarkannya dan membersihkan pendingin hawa itu.

Menurut wanita berkenaan, dia berasa trauma dengan kejadian itu dan turut mengingatkan pengguna media sosial agar kerap melakukan pemeriksaan penyaman udara di rumah. – AGENSI  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 2-10-2024 01:15 AM
tak pernah cuci ke filter

Iols setiap sebulan, dua bulan mesti panjat, bersihkan filter tu. habuk tak banyak pun

sekarang kita pulak yang takut tengok aircond sendiri. lagi2 musim hujan ni
Quote nisako 2-10-2024 08:17 AM
mak aiiiiiiiiiiiiiiii
Quote BoongaKertas 2-10-2024 09:08 AM
mcm mana ular2 tu boleh masuk situ? ngerinya nak fikir.
Quote supernaturalee 2-10-2024 10:24 AM
meremang plk rasa
smpi berhabitat die kat situ




ular dalam bilik tido
mmm bahaya

Quote Jitu 2-10-2024 10:07 PM
mcm mana blh ada ular duduk kat situ
pelik jugak ye
Quote Jitu 2-10-2024 10:08 PM
PULANGKAN replied at 2-10-2024 01:15 AM
tak pernah cuci ke filter

Iols setiap sebulan, dua bulan mesti panjat, bersihkan filter tu.  ...

rajinnya
iols dah dekat setahun tak cuci filter tu malas nak buka

Quote PULANGKAN 3-10-2024 02:47 AM
Jitu replied at 2-10-2024 10:08 PM
rajinnya
iols dah dekat setahun tak cuci filter tu malas nak buka

haruss sisturr

maklum le family member ada semput dan resdung. lagi2 mak ayah dah tua, sangat la sensitif
Quote A-Are 3-10-2024 08:33 AM
musim2 panas ni haiwan berbisa mmg akan masuk rumah, sbb sejuk...lagi2 pasang aircond pulak...dulu2 rumah banyak lubang batu kat bhgn atas dinding, selalunya dari situla haiwan ni masuk...tp zmn sekarnag rumah byk xda lubang dinding tu lg..so haiwan byk masuk ikut ceiling pula, especially ceiling yg jenis petak2 tu..& of cource aircond pon akan ada lubang juga utk sambungkan dgn compressor dia..i olls syak dr situla binatang masuk...kalau jenis buat kerja xclean mmg lubang tu tak di tutup penuh kadang

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.041372 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top