CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Rasa Macam Diri Tu Mahal” – Netizen Seronok Dengar Kisah Hijrah Nora Danish, Doa Semoga Istiqamah

30-9-2024 10:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 33080| Komen: 53

 


Seperti yang diketahui ramai, pelakon jelita, Nora Danish telah tampil dengan imej berhijab sekitar Jun lalu.

Imej tersebut menyebabkan Nora tidak lagi bersentuhan dengan lelaki atau berpegangan tangan ketika berlakon.

Ujar Nora, dia sangat seronok dan merasakan harga dirinya lebih mahal. Dia gembira keluar rumah bertudung dan apabila berjumpa orang juga dia hanya tunduk tanpa bersalaman.

"Eh seronok tau, perasaan ni betul-betul Nora tak tipu. Selama ini dalam hidup Nora kalau berlakon tak touch tu bukan Nora Danish lah kan. Tapi bila berlakon yang terbaru ni, macam tak perlu sentuh.. dia punya feeling tu lain. Rasa macam mahal."


Dalam pada itu, Nora Danish berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan kebaikan buat dirinya.

Ujar pelakon ini, sebagai selebriti dia sentiasa menerima kecaman dan ada juga yang mendoakan kebaikan.

Nora menganggap doa yang baik-baik telah dimakbulkan Allah SWT sehingga dia terdetik untuk bertudung.

"Nora bukan tiba-tiba nak berhijrah pun, Nora ada fasa yang Nora betul-betul terusik dalam hati. Rasa macam eh sampai bila? Nora pun dah berumur. So Nora mula pergi kelas tadabbur lebih awal, macam dua tahun selepas itu baru macam-macam dugaan menimpa Nora. Bekas husband sakit apa semua, masa itulah Nora betul-betul terbuka hati."

 

Aktres berusia 42 tahun ini tidak dapat memberi nasihat mengenai hijrah tetapi bersyukur Allah SWT menjentik hatinya.

Di ruangan komen, netizen mendoakan semoga Nora Danish kekal beristiqamah menjadi muslimah yang lebih baik.



Sumber – OhMedia


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suri33 30-9-2024 10:35 PM
Awai sgt nk memuji ni. Hihi.
Quote surihatilara 30-9-2024 10:39 PM
Semoga istiqamah. Love sangat dari zaman Puteri. Orang baik deserve pengakhiran yang baik.
Quote Rogue98 30-9-2024 11:02 PM
Tak habis lagi dia punye impress dgn diri dia berhijrah...hehe
Semoga istiqamah dan dapat jodoh dgn lelaki yang baik2 dan membahagiakan dunia akhirat
Quote hokeypokey 30-9-2024 11:06 PM
halah2 nowa, mengada ler ko janda terpaling hijrah
Quote cm_vungtau 30-9-2024 11:46 PM
Tak pakai tudung pun boleh aje takyah sentuh2. Jadah apa rasa diri mahal?
Quote jejaka_hensem 30-9-2024 11:54 PM
"Kerana diriku begitu berharga" - jejaka hensem
Quote QueenGambit 1-10-2024 12:14 AM
Semoga nowa istiqomah. Ustazah yg berdamping dgn mereka pun best. Untung jadi retis.
Quote bottompro 1-10-2024 12:26 AM
Terpaling mahal.
Quote dua_chzy 1-10-2024 12:43 AM
Tu la kau buduh ngat. Menda simple gini pun makan masa berpuluh tahun ka nak sadar? Nama ja lahir Muslim.
Quote rosevelvet 1-10-2024 05:29 AM
Kalau mcm tu aku pun kena rs mahal jugaklah
Quote noor2 1-10-2024 05:59 AM
Mahal yg mcm mana sekarang?...apa maksud sekarang rasa diri mahal?...
Quote sukacactus 1-10-2024 06:18 AM
Terasa mahal skrg sebab dulu diri sdr yg dok belanja sakan
Quote uori 1-10-2024 11:34 AM
maksudnya sebelum ni murah ke macam mana?
Quote babelina 1-10-2024 03:00 PM
hmmmm.. akhirnya.. bckp juga soal hijrah..
Quote Guess_who 1-10-2024 03:03 PM
uori replied at 1-10-2024 11:34 AM
maksudnya sebelum ni murah ke macam mana?

Quote Guess_who 1-10-2024 03:04 PM
noor2 replied at 1-10-2024 05:59 AM
Mahal yg mcm mana sekarang?...apa maksud sekarang rasa diri mahal?...

Dulu pakai baju kurang, belanja tak banyak..skrg pakai baju lebih + tudung dll bnyk belanja..tu yg mahal..
Quote noor2 1-10-2024 03:09 PM
Guess_who replied at 1-10-2024 03:04 PM
Dulu pakai baju kurang, belanja tak banyak..skrg pakai baju lebih + tudung dll bnyk belanja..tu yg ...

Hehe....betul jugak
Quote Joysparta 1-10-2024 05:07 PM
suri33 replied at 30-9-2024 10:35 PM
Awai sgt nk memuji ni. Hihi.

Kan...pjg lagi masa ni...

Takut hangat2 je ni.sbb baru lagi.hahahah
Quote jalfa 1-10-2024 06:42 PM
Kat event beryful tu nowa sorang je yg ranciak lawo baju tak over nak tunjuk kuyus

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.050113 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top