CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ratu menangis! 30 tahun baru Noraniza Idris dapat buat konsert

29-9-2024 10:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31433| Komen: 63

 


Suasana gamat di konsert sulung Noraniza Idris, Konsert Qalam yang berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka di sini, malam tadi bertukar hiba selepas Ratu Irama Malaysia itu menitiskan air mata di atas pentas ketika memberikan penghargaan kepada komposer terkenal, Allahyarham Pak Ngah.

Wanita yang lebih mesra dibahasakan Kak Ani itu berkongsi perjalanan berliku diharunginya bersama Allahyarham Pak Ngah atau nama Datuk Suhaimi Mohd. Zain yang berhasrat mengadakan konsert sejak album Ala Dondang dikeluarkan pada 28 Julai 1997 lagi.

Setelah tiga dekad dalam industri dan enam tahun pemergian Pak Ngah, akhirnya janji yang pernah dibuat bersama suatu ketika dahulu dapat ditunaikan dengan sokongan pelbagai pihak yang masih tidak melupakan irama tradisional.

“Kak Ani telah berjanji dengan Pak Ngah sejak tahun pertama nak buat konsert bersama, daripada Konsert Ala Dondang, nama tu pun daripada album (kemudian) tukar Konsert Mahsyur, tukar (lagi) Konsert Seri Balas mengikut album.


“Sepanjang tahun bertukar dan bertukar, sebab masalah penaja, memang daripada dulu sampai sekarang susah nak cari penaja walaupun (bergiat aktif) bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR),” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas usai hari kedua Konsert Qalam yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu.

Konsert Qalam itu merupakan sebuah persembahan berkonsepkan pertandingan tarian tradisional dalam konsert di mana Noraniza Idris menyanyikan 28 buah lagu hits yang dibahagikan kepada 12 segmen.

Antara lagu-lagu popular didendangkan kepada peminat adalah Awallah Dondang, Hatinya Tak Tahan, Tinting, Ngajat Tampi, Hala Timur, Dikir Puteri dan Joget Dondang Sayang.

Ditanya mengenai sokongan diterimanya daripada rakan artis yang lain, Kak Ani mengakui setakat ini dia masih belum mempelawa mana-mana penggiat popular untuk terlibat sama dalam perjuangan tersebut kerana bimbang dengan persepsi diberikan terhadap genre muzik berkenaan.

“Penglibatan selama 30 tahun ini Kak Ani tak buka kepada artis yang lain, Kak Ani tak tahu macam mana dia orang punya persepsi lah terhadap program yang macam ini. Mungkin lain orang lain cara.


“Macam artis Kak Ani, mereka memang ikhlas berkarya sampaikan kalau kita buat program mereka akan utamakan dulu Kak Ani nak buat apa dan mereka datang membantu, sebab kalau nak buat konsert melibatkan artis-artis yang popular selitkan dengan Irama Malaysia ini pun susah.

“Mereka pun ada kadar bayaran yang kita sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak mampu tampung, sebab tu Kak Ani ke depan berkorban segala-galanya pasti setiap tahun dapat anjurkan program CSR, cuma tahun ini dia berjaya jadi konsert,” jelasnya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 29-9-2024 10:25 PM
Iols tengok jugak video kat stories kawan kawan. Nampak nyanyi suara masih okay walaupun turun key sikit. Nampak jugak effort dia menari nari. Tapi kostumnya sgt lah tak lawa.
Quote Orix 29-9-2024 11:00 PM
dh tgok dekat ig story sheols... ok jah sheols nyanyi, sedap jah....
Quote manop 29-9-2024 11:06 PM
berjaya jugak ko setelah kes tipu2
Quote lovelytouch 29-9-2024 11:10 PM
Akaq salute yacch dgn semangat sheols. Bg akaq sheols layak mendiva sbb berada dlm kelas tersendiri so peduli apa org lain cakap negetif, nek ani tetap berusaha
Quote Orix 29-9-2024 11:22 PM
ok done tgok video2 konsert sheols.... dengan ini, iols boleh cakap sheols layak buat konsert kt istana budaya.... kalau sheols buat kt IB iols pergi.... IB dh siap reno ka ???
Quote kukukatablog 30-9-2024 12:12 AM
aku rasa dia ni lagi banyak hits dari Liza Hanim, Siti Nordiana...
tapi kenapa orang susah support concert dia ya...
Quote hyie 30-9-2024 12:40 AM
acik porem ada yang pegi kan? rasa ada sapa entah yang mengaku dah beli tix haritu...kerlas kau maria
Quote annadonna 30-9-2024 12:43 AM
kukukatablog replied at 30-9-2024 12:12 AM
aku rasa dia ni lagi banyak hits dari Liza Hanim, Siti Nordiana...
tapi kenapa orang susah s ...

Maybe attitude jugak main peranan. Especially dia pernah ada isu dgn tokti. Kat malaysia ni nak karier ko terbenam senang je. Pergilah kacau tokti the untouchable
Quote Olumis 30-9-2024 12:52 AM
Laaa ada juga yang beli tiket nek enjut ni. Mesti kategori warga emas la kan para peminat nenek ni.
Quote matbad 30-9-2024 12:58 AM
Olumis: Laaa ada juga yang beli tiket  ...

Bagila dia chance merasa buat konserttttt
Quote Orix 30-9-2024 01:01 AM
kukukatablog replied at 30-9-2024 12:12 AM
aku rasa dia ni lagi banyak hits dari Liza Hanim, Siti Nordiana...
tapi kenapa orang susah s ...

Tu la iols tgok video2 nya td pun eh byak pulak lagu2 sheols best2 yg iols tahu… tp dlm byak2 lagu sheols Tinting plg best.. meriahhh kalau psg kt kenduri kawen
Quote prince_marhaen 30-9-2024 10:22 AM
Mana ada orang nak buat kerja free Nek Ani oiii.... ko punya tiket konsert pun harga level2 Tokti jugak..walaupun gebang ada penaja.. Janji janji pun ngan arwah Pak Ngah tapi dok buat gaduh masam muka memang tak dapat la kau nak berkonsert nek oii... btw, konsert pakai minus one & backup track pre-recorded je pun... ingat nyanyi live full circle.. hehe..
Quote ezacbee 30-9-2024 10:39 AM
Masa kecik2 aku suka dgr lagu mengemis rindu..
Quote BungaKencana 30-9-2024 10:39 AM
ada isu sikit dari pihak ibu bapa psl konsert ni.. aku baca luahan org tu dlm live Melaka Daily... katenya last minit disuruh tukar step & penari ikut kan... lps tu bila tibe turn group tarian yg libatkan ank dia, kak ani tak keluar smpai habis.. katenya dorang da latih ank2 smpai tgh mlm setiap hari utk jayakan konsert ni tp bile masanya kak ani takde... minta maaf pun tidak...
dan yg terlibat tu bukan org melaka, datang dari tmpt yg jauh2..
Quote I.K.A888990 30-9-2024 11:21 AM
oh berjaya lah jugak eh nekani buat konsert
ingatkan tak jadi jgk
Quote acepark 30-9-2024 11:25 AM
akhirnya..ada konsert..cayalah
Quote Rhyno 30-9-2024 12:23 PM
Edited by Rhyno at 30-9-2024 12:24 PM

https://www.tonton.com.my/muzikmuzik/index.html

Undi lagu Penawar Kita di carta MM39 uolssssss. kita nak Kak Ani beraksi di pentas AJL39.
Quote refleCtion 30-9-2024 12:28 PM
dah tgk bbrp klip konsert... mmg layak kak ani ratu etnik irama tradisional malaysia...x rugi sheols gigih buat lagu masa zaman muda2 dulu dan x dinafikan lagu2 etnik dia another level dari segi komposisi, variasi dan message... harap ada rezeki kak ani buat konsert skala lagi besar...
Quote Rhyno 30-9-2024 12:30 PM
refleCtion replied at 30-9-2024 12:28 PM
dah tgk bbrp klip konsert... mmg layak kak ani ratu etnik irama tradisional malaysia...x rugi sheols ...

https://www.tonton.com.my/muzikmuzik/index.html

undi lagu Penawar Kita di carta MM39 uolssssssss!!!

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.089626 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top