View: 33368|Reply: 83
|
Ratu menangis! 30 tahun baru Noraniza Idris dapat buat konsert
[Copy link]
|
|
Suasana gamat di konsert sulung Noraniza Idris, Konsert Qalam yang berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka di sini, malam tadi bertukar hiba selepas Ratu Irama Malaysia itu menitiskan air mata di atas pentas ketika memberikan penghargaan kepada komposer terkenal, Allahyarham Pak Ngah.
Wanita yang lebih mesra dibahasakan Kak Ani itu berkongsi perjalanan berliku diharunginya bersama Allahyarham Pak Ngah atau nama Datuk Suhaimi Mohd. Zain yang berhasrat mengadakan konsert sejak album Ala Dondang dikeluarkan pada 28 Julai 1997 lagi.
Setelah tiga dekad dalam industri dan enam tahun pemergian Pak Ngah, akhirnya janji yang pernah dibuat bersama suatu ketika dahulu dapat ditunaikan dengan sokongan pelbagai pihak yang masih tidak melupakan irama tradisional.
“Kak Ani telah berjanji dengan Pak Ngah sejak tahun pertama nak buat konsert bersama, daripada Konsert Ala Dondang, nama tu pun daripada album (kemudian) tukar Konsert Mahsyur, tukar (lagi) Konsert Seri Balas mengikut album.
“Sepanjang tahun bertukar dan bertukar, sebab masalah penaja, memang daripada dulu sampai sekarang susah nak cari penaja walaupun (bergiat aktif) bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR),” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas usai hari kedua Konsert Qalam yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu.
Konsert Qalam itu merupakan sebuah persembahan berkonsepkan pertandingan tarian tradisional dalam konsert di mana Noraniza Idris menyanyikan 28 buah lagu hits yang dibahagikan kepada 12 segmen.
Antara lagu-lagu popular didendangkan kepada peminat adalah Awallah Dondang, Hatinya Tak Tahan, Tinting, Ngajat Tampi, Hala Timur, Dikir Puteri dan Joget Dondang Sayang.
Ditanya mengenai sokongan diterimanya daripada rakan artis yang lain, Kak Ani mengakui setakat ini dia masih belum mempelawa mana-mana penggiat popular untuk terlibat sama dalam perjuangan tersebut kerana bimbang dengan persepsi diberikan terhadap genre muzik berkenaan.
“Penglibatan selama 30 tahun ini Kak Ani tak buka kepada artis yang lain, Kak Ani tak tahu macam mana dia orang punya persepsi lah terhadap program yang macam ini. Mungkin lain orang lain cara.
“Macam artis Kak Ani, mereka memang ikhlas berkarya sampaikan kalau kita buat program mereka akan utamakan dulu Kak Ani nak buat apa dan mereka datang membantu, sebab kalau nak buat konsert melibatkan artis-artis yang popular selitkan dengan Irama Malaysia ini pun susah.
“Mereka pun ada kadar bayaran yang kita sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak mampu tampung, sebab tu Kak Ani ke depan berkorban segala-galanya pasti setiap tahun dapat anjurkan program CSR, cuma tahun ini dia berjaya jadi konsert,” jelasnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols tengok jugak video kat stories kawan kawan. Nampak nyanyi suara masih okay walaupun turun key sikit. Nampak jugak effort dia menari nari. Tapi kostumnya sgt lah tak lawa. |
|
|
|
|
|
|
|
dh tgok dekat ig story sheols... ok jah sheols nyanyi, sedap jah.... |
|
|
|
|
|
|
|
berjaya jugak ko setelah kes tipu2 |
|
|
|
|
|
|
|
Akaq salute yacch dgn semangat sheols. Bg akaq sheols layak mendiva sbb berada dlm kelas tersendiri so peduli apa org lain cakap negetif, nek ani tetap berusaha |
|
|
|
|
|
|
|
ok done tgok video2 konsert sheols.... dengan ini, iols boleh cakap sheols layak buat konsert kt istana budaya.... kalau sheols buat kt IB iols pergi.... IB dh siap reno ka ??? |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dia ni lagi banyak hits dari Liza Hanim, Siti Nordiana...
tapi kenapa orang susah support concert dia ya...
|
|
|
|
|
|
|
|
acik porem ada yang pegi kan? rasa ada sapa entah yang mengaku dah beli tix haritu...kerlas kau maria |
|
|
|
|
|
|
|
kukukatablog replied at 30-9-2024 12:12 AM
aku rasa dia ni lagi banyak hits dari Liza Hanim, Siti Nordiana...
tapi kenapa orang susah s ...
Maybe attitude jugak main peranan. Especially dia pernah ada isu dgn tokti. Kat malaysia ni nak karier ko terbenam senang je. Pergilah kacau tokti the untouchable |
|
|
|
|
|
|
|
Laaa ada juga yang beli tiket nek enjut ni. Mesti kategori warga emas la kan para peminat nenek ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Olumis: Laaa ada juga yang beli tiket ...
Bagila dia chance merasa buat konserttttt |
|
|
|
|
|
|
|
kukukatablog replied at 30-9-2024 12:12 AM
aku rasa dia ni lagi banyak hits dari Liza Hanim, Siti Nordiana...
tapi kenapa orang susah s ...
Tu la iols tgok video2 nya td pun eh byak pulak lagu2 sheols best2 yg iols tahu… tp dlm byak2 lagu sheols Tinting plg best.. meriahhh kalau psg kt kenduri kawen |
|
|
|
|
|
|
|
Mana ada orang nak buat kerja free Nek Ani oiii.... ko punya tiket konsert pun harga level2 Tokti jugak..walaupun gebang ada penaja.. Janji janji pun ngan arwah Pak Ngah tapi dok buat gaduh masam muka memang tak dapat la kau nak berkonsert nek oii... btw, konsert pakai minus one & backup track pre-recorded je pun... ingat nyanyi live full circle.. hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa kecik2 aku suka dgr lagu mengemis rindu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada isu sikit dari pihak ibu bapa psl konsert ni.. aku baca luahan org tu dlm live Melaka Daily... katenya last minit disuruh tukar step & penari ikut kan... lps tu bila tibe turn group tarian yg libatkan ank dia, kak ani tak keluar smpai habis.. katenya dorang da latih ank2 smpai tgh mlm setiap hari utk jayakan konsert ni tp bile masanya kak ani takde... minta maaf pun tidak...
dan yg terlibat tu bukan org melaka, datang dari tmpt yg jauh2..
|
|
|
|
|
|
|
|
oh berjaya lah jugak eh nekani buat konsert
ingatkan tak jadi jgk
|
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya..ada konsert..cayalah |
|
|
|
|
|
|
|
dah tgk bbrp klip konsert... mmg layak kak ani ratu etnik irama tradisional malaysia...x rugi sheols gigih buat lagu masa zaman muda2 dulu dan x dinafikan lagu2 etnik dia another level dari segi komposisi, variasi dan message... harap ada rezeki kak ani buat konsert skala lagi besar... |
|
|
|
|
|
|
| |
|