CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tolong Kak, Saya Kantoi Mencuri, Perlukan RM8,500’ - Orang Tak Dikenali Minta Duit Dengan Janna Nick

28-9-2024 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15152| Komen: 13

 
 

 

Seorang individu tidak dikenali berani mati meminta pertolongan dalam bentuk wang daripada pelakon sensasi, Janna Nick selepas ditangkap melakukan kesalahan mencuri.

Menerusi hantaran dalam Instagram Story, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 29, memuat naik tangkap layar memaparkan mesej diterima daripada inidividu tersebut yang mahu meminjam wang berjumlah RM8,500.

“Tolong saya kak, saya kantoi mencuri. Saya memerlukan duit untuk bayar balik tapi saya tiada duit.

“Saya harap sangat akak dapat bantu saya dalam RM8,500. Saya tiada sesiapa. Mereka nak hari (duit) ini juga,” tulis individu tersebut.

Enggan berasa simpati mahupun memberi pertolongan, pelakon filem Jemputan Ke Neraka itu sebaliknya meminta individu terbabit untuk bertaubat dan menyesali perbuatan kejinya itu.


“Orang penat kerja, menyimpan, dia senang je mencuri lepas itu kantoi. Minta orang lain bayar. Bertaubatlah dik.

“Hari ini kita curi, tipu orang, esok Allah balas berkali-kali ganda lebih teruk dari nilai yang kita curi tu. Maaf saya benci orang malas,” balasnya.

Rata-rata netizen senada dengan Janna dan berpendapat orang seperti itu tidak kayak diberi muka, bimbang akan selesa hidup dengan terus meminta.

“Amboi senangnya hidup, kau yang mencuri, kau yang meminta tolong dengan orang, masa buat ada fikir tak,” komen seorang netizen.

“Jangan buat baik dengan orang macam ini, dia akan rasa senang hati dan akan ulangi perbuatan tersebut lagi, malulah sikit jadi manusia,” demikian komen seorang netizen.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 28-9-2024 12:09 PM
Jgn percayalah.  Tu semua modus operandi skammer. Ko mecuri, ko terkantoi, bertenanglah dlm pejara. Makan tidor, ditanggung beres.
Quote Thunderclouds 28-9-2024 12:44 PM
Ya auloohhhh.. Gosip hapa nehhhhhhh... Sampahhhhhhhhhhhhh
Quote MatDeghem 28-9-2024 01:03 PM
nolya replied at 28-9-2024 12:09 PM
Jgn percayalah.  Tu semua modus operandi skammer. Ko mecuri, ko terkantoi, bertenanglah dlm pejara.  ...

yang mintak tu bang mat lah....saja nak testing testing jannah nick

tak sangka jadi berita utama perdana
Quote nolya 28-9-2024 04:09 PM
MatDeghem replied at 28-9-2024 01:03 PM
yang mintak tu bang mat lah....saja nak testing testing jannah nick

tak sangka jadi berita  ...

Sape pun dn atas maksud apa pun, nak test saja ke atau sekadar pranking, hari ini semua jgn cepat percaya.  Bila tak dpt, cakaplah saja nak test.  Kalau dpt, Alhamdulillah la ye?  Jerat dah mengena kan?

Hari ini, saya nak bersedeqah/menderma online pun saya curiga, amat2 curiga.  Penipuan bergentayang sana sini, semua atas nama derma anak yatimlah, surau/masjid, palestin, dll. semua penipu belaka. Dah banyak pembohongan/penipuan terbongkar.  Lebih baik serah sendiri puas hati.

Quote habisnamadahni 29-9-2024 07:57 PM
mcm ifluenza yg slalu buat sosial experiment tu..aku terpikir kalau ada yg jenis amik kesempatan..konon² susah nk pinjam duit la..
Quote green~tea 29-9-2024 08:09 PM
Mencuri?? Sbb takde duit???


Ko masuk jel je lah.. dpt makanan & tempat tinggal free.. takyah susah2
Quote royaldanish 29-9-2024 09:47 PM
benda ni pun nak buat benang
Quote suri33 29-9-2024 11:30 PM
Dah mencuri kantoi senang je suruh org settlekan. Hidup utk apa org begini.
Quote DeLuna85 30-9-2024 01:30 AM
Tak payah layan pun msg mcmtu. Apatah lagi SS masuk story bagai.
Quote bambimo 30-9-2024 02:17 AM
Aku ingt lagi baca kat mana tah, lupa dh
Walau sedih mana citer nya..jgn la korbankan duit simpanan sendiri..

Kalo bagi pun, bagi yg ikhlas yg Kita Rasa pejam Mata xkan dpt balik
Quote ezacbee 30-9-2024 10:10 AM
8.5k cam nilai 8.50 je. Main mintak bayarkan.

Quote seri_mawr 30-9-2024 10:35 AM
bambimo replied at 30-9-2024 02:17 AM
Aku ingt lagi baca kat mana tah, lupa dh
Walau sedih mana citer nya..jgn la korbankan duit simpanan  ...

betul....lepas bg tu..jgn harap di pulangkan...
klu pulang kan itu rezeki.....

huhuhuhuu

klu tak jgn bagi terus.....
Quote mrsLucky 30-9-2024 12:38 PM
minta bantuan nak beli susu anak, nak duit beli makan, rumah dah tak ada apa2..dah 2 bulan tak kerja..
Semoga kebaikan kalian di balas berlipat ganda
Maybank ......

contoh di atas i selalu nampak

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.036344 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top