CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Shakilla Khoriri Demam Sampai Berdarah Hidung, Dimasukkan Ke Bilik Sementara ICU

26-9-2024 11:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 41980| Komen: 94

 


Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya, Ameena dimasukkan ke hospital kerana kurang sihat.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram story (IGS), Shakilla atau nama lengkapnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri berkata, Ameena telah mengalami demam sehingga tidak berselera untuk menjamah makanan selama beberapa hari.

 

"Selepas seminggu demam, antibiotik pun tak jalan sampai berdarah hidung. Tak makan dan minum beberapa hari dan akhirnya kita ke sini. Umi yang rasa berpinar."

Namun keadaan kesihatan anak perempuannya itu semakin lemah sehingga Ameena akhirnya terpaksa dibawa ke hospital.


"Semalam subuh dah bangun hantar Ameena sekolah, terus ke kedai sampai petang dengan staf semua tak datang pun sebab sakit. Petang tengok Ameena makin lemah dan kami bawa ke hospital. 2am baru selesai dan baru dapat tidur."

Dalam pada itu, pelakon berusia 35 tahun ini meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami, Fariz Zulkepley yang bertanggungjawab dan banyak membantu mereka dua beranak.

"Berhimpit atas katil ni berdua. Sementara orang lain sedap tidur, umi struggle menguruskan itu dan ini untuk Ameena. Nasib kita ada uncle Fariz yang selalu tolong Umi selesaikan banyak benda."

Untuk info, Shakilla telah mendirikan rumah tangga dengan Fariz Zulkepley 24 Februari lalu.

Sebelum ini, Shakilla pernah bernikah dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.

Sumber:  Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyrara 27-9-2024 12:23 AM
Aik tak paham aku baca, anak tak sihat seminggu pastu semalam hantar ke sekolah?
Quote bintangct 27-9-2024 12:56 AM
org lain sedap tidor tu mengata ex ke
Quote I.K.A888990 27-9-2024 12:58 AM
kiranya masih sakit tu still jugak pergi sekolah?
Quote slyfynx 27-9-2024 01:06 AM
Ni jenis parents yang aku x suke.
Anak demam gigih hantar ke sekolah.
Bawak jangkitan kat budak lain, satu hal.
Siksa anak satu hal.
Quote fattymah 27-9-2024 01:06 AM
Hdu kanak2 mak boleh teman ke..
Quote anony-mous 27-9-2024 01:16 AM
The F woman??? Org lain of course la sedap tido , ko jaki sgt org lain sedap tido kenapa??? Ko rasa nk tido xpayah la peduli ank tu. dgn ank sdri pon nk berkira. Aku rasa marriage dia kalini pon xkn tahan lama lebih dari yg previous sbb hati dia busuk hitam
Quote hujanrindu28 27-9-2024 01:35 AM
Anyways get well soon, anak adalah amanah dari Allah
Quote cha-cha 27-9-2024 04:22 AM
anony-mous replied at 26-9-2024 05:16 PM
The F woman??? Org lain of course la sedap tido , ko jaki sgt org lain sedap tido kenapa??? Ko rasa  ...

It's all about me, me, me dan me......
Quote che-cikL 27-9-2024 05:19 AM
Dia bahasakan suami tu, Uncle Fariz tu dah macam paksedara gitu bukannya bapak (tiri) kpd anaknya.
Nak smash org lain sedap tido tu, nampak nah busuk hati kat ex dia.
Quote sukacactus 27-9-2024 05:51 AM
Dia ni bila up status pasal ank, kalau xsindir ex xsah
Quote rosevelvet 27-9-2024 06:01 AM
Edited by rosevelvet at 27-9-2024 06:03 AM
anony-mous replied at 27-9-2024 01:16 AM
The F woman??? Org lain of course la sedap tido , ko jaki sgt org lain sedap tido kenapa??? Ko rasa  ...


Samada dia jaki kt ex laki or jaki kt acik por yg tgh sedap tido
Quote downiey 27-9-2024 06:51 AM
moga cept sembuh ameena.,.
Quote missyL 27-9-2024 07:24 AM
Kurang kasih syg or org xhappy je yg akn sindir2 ex nie

Berlapang dada je laa
Dah ank ko jgk kn
Kesian bdk tu
Sakit2 pn mak sibok nk amek gmbo up ststus
Serupa budak skolah
Quote syamzana 27-9-2024 08:20 AM
semoga cepat sembuh...

biasa la bila anak2 sakit demam ni, mmg la mak huru hara.
mujur blh berhimpit atas katil ada la jugak tempat nak betul urat
Quote IzzahF 27-9-2024 08:23 AM
mmg la org lain sedap tido, bukan anak org lain, anak ko nyahhhhhh
Quote karipap_sadin 27-9-2024 08:27 AM
Edited by karipap_sadin at 27-9-2024 08:45 AM

iolls x paham. Why dia bitter sgt dgn ex nya. Dh berlaki baru pun kan
Quote Prickford 27-9-2024 08:28 AM
How come eh orang boleh update upload kat sosial media bila anak sakit.
Quote cattiecute 27-9-2024 08:50 AM
bersyukur yada yada yada
dah itu laki ko dan bapak tiri dia
amondo nak bersyukur
ni type2 yang rasa laki kalau basuh baju, masak, mop lantai kat rumah memang gebang kata laki membantu la apa la
umpama laki orang lain tak bantu.
Quote spitsid 27-9-2024 08:59 AM
Toxic nya ayat dia ni. Orang lain kalau anak tak sihat pun manala tidur lena. Itu normal lah. Orang lain sedap tidur sbb anak orang lain sehat. Dah anak tak sihat tu kat rumah kau mesti lah kau tidur tak lena.

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.062339 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top