CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kilafairy Rujuk Ustazah, Risau Arwah Ibu ‘Disoal’ Kerana Masih Simpan Baju – ‘Saya Pakai & Ada Sedekahkan’

26-9-2024 11:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35975| Komen: 5

 


Pelakon Kilafairy mengubat kerinduan terhadap ibunya iaitu Allahyarhamah Rohana Jalil dengan memakai pakaian milik arwah.

Menerusi temu bual bersama Nona, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan yang hadir ke sebuah acara memilih untuk menyarung busana arwah ibunya iaitu rekaan pereka fesyen terkenal Shanell Harun.


"Ini adalah baju arwah mama. Saya kata pada Shanell untuk pakai baju ini. Baju ini adalah baju yang terakhir yang dibuat untuk mama untuk sebuah majlis di Brunei sebelum dia meninggal.

"Shanell kata pada saya, ‘pakailah baju mama, jadi aku rasa macam dua-dua ada dekat situ’."

Dalam pada itu, pelakon filem Karak tersebut turut merujuk kepada seorang ustazah berikutan arwah penyanyi era 1980-an tersebut memiliki pakaian yang banyak.


"Mama memang banyak baju, kalau boleh saya pun tak mahu simpan. Tapi saya dah bertanya pada ustazah, adakah arwah mama akan ‘disoal’ kalau saya masih simpan baju-bajunya.

"Ustazah kata tidak, sebab mama ada anak yang akan pakai. Saya pilih yang mana saya boleh pakai, yang lain-lain saya akan sedekah kepada kawan-kawan seperjuangan mama."

Dalam perkembangan lain, aktres berusia 32 tahun itu kini sudah bersedia untuk kembali menerima tawaran lakonan selepas setahun melalui fasa berduka kerana pemergian arwah Rohana.

"Sekarang saya dah terbuka untuk mengikuti mana-mana tawaran lakonan.

"Kalau dulu ada yang beri tawaran semasa mama baru sahaja meninggal dan kebanyakan penggambaran iaitu 90% di dalam hospital. Jadi ianya agak sukar.

"Tapi sekarang saya rasa kalau perlu masuk ke set penggambaran di hospital, ianya akan lebih ‘memberi’ rasa."

"Mama selalu kata saya kena profesional dan jangan campur kerja dengan hal peribadi."

Imbas kembali, Allahyarham Dara Abdul Jalil atau Rohana Jalil telah meninggal dunia pada 20 Jun tahun lalu ketika berusia 68 tahun akibat kebocoran pada usus perut.

Sumber: TikTok Nona, OhBUlan
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hujanrindu28 27-9-2024 01:36 AM
Segak anak beranak
Quote zuriey 27-9-2024 04:34 PM
Baju tu dah di kira harta pusaka
Kena minta persetujuan semua waris kalau nak bt apa2..
last week i kemas baju2 arwah mak nak sedekah memang inform adik beradik bila semua dah setuju baru berani nak sedekah..
Quote nagaijau 30-9-2024 10:02 AM
zuriey: Baju tu dah di kira harta pusakaKena minta persetujuan semua waris kalau nak bt apa2.. last week i kemas baju2 arwah mak nak sedekah memang inform adi ...


anak sorg tu jerrr...

Quote iolss 30-9-2024 01:44 PM
if kes cani xleh ke simpan untuk kenangan n pakai sindiri? maaf bertanya.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.044685 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top