CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Acik Forum Ke? Fazura Saman 5 Individu Memfitnah Di Media Sosial

26-9-2024 11:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 55716| Komen: 1338|Original author: maklukpenggoda

 
 

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Nur Fazura bakal mengambil tindakan terhadap lima individu yang sudah dikenal pasti didakwa memfitnah pelakon itu berhubung kes perceraian dengan suami, Fattah Amin.

Sehubungan itu, peguam syarie yang mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, pihaknya bakal menghantar surat tuntutan (Letter Of Demand) kepada individu berkenaan dalam masa terdekat ini.

"Pihak pengurusan Fazura terkilan dengan kenyataan dirasakan sudah memfitnah Fazura. Perkara yang diperkatakan itu tidak benar.


"Saman melalui prosiding mahkamah juga akan dibuat terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan fitnah sepanjang kes perceraiannya mula diperkatakan sehingga sekarang," katanya selepas prosiding kes perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, pagi tadi.

Pada 19 September lalu, media melaporkan pengurus aktres itu, Iman Tang menafikan Fazura pernah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung butiran permohonan cerai terhadap Fattah termasuk berkongsi tarikh prosiding seperti yang tular dalam media sosial.

Tang berkata, syarikat pengurusan termasuk peguam dilantik tidak terbabit dengan apa yang didakwa kenyataan rasmi berhubung permohonan cerai secara baik Fazura terhadap Fattah.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini, hari ini menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti berkenaan ke tarikh baharu pada 7 Oktober ini.

Sumber : Berita Harian 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 26-9-2024 08:49 AM
Kisah retis mahu divorce... Netizen gossiping  boleh kena saman...what a loser
Quote IzzahF 26-9-2024 08:57 AM
zaman loyar carik duit guna socmed nyah....celah mana boleh kaut dia kaut. 24 jam agaknya loyar berjaga ngadap socmed
Quote ezacbee 26-9-2024 09:02 AM
Rezeki loyar

Wang besar.. wang besar...

Quote maklukpenggoda 26-9-2024 09:21 AM
Edited by maklukpenggoda at 27-9-2024 03:23 AM

[tiktok]7418928016492858631[/tiktok]

[twitter]https://twitter.com/zatyll/status/1838907671157600563?s=61[/twitter]
Quote Nnasda53 26-9-2024 09:30 AM
Tak sabar nak tgk muka pemfitnah.
Quote Freezies 26-9-2024 09:38 AM
Siap la berangkut pc memasing.
Quote mehmet 26-9-2024 09:44 AM
Sumber dari mana ? Mana dtg ? Pokok mana angin goncang2.
Quote ultra78 26-9-2024 09:45 AM
Tunggu acik bod gossip
Quote Tinot7 26-9-2024 09:54 AM
Deme tgk kat bodgos ka apa?
Smlm baru iols jenguk
Quote syamzana 26-9-2024 10:00 AM
Tinot7 replied at 26-9-2024 09:54 AM
Deme tgk kat bodgos ka apa?
Smlm baru iols jenguk

confirm acik forum ke??
bkn byk bergasak sesama forumer je ke dlm tu?
Quote Tinot7 26-9-2024 10:02 AM
syamzana replied at 26-9-2024 10:00 AM
confirm acik forum ke??
bkn byk bergasak sesama forumer je ke dlm tu?

Ntah, ada poremer habaq poremer manatah pi SS pastu hantaq ke peguam mekjura.. apa yg kena SS pun tatau
Quote alesandra 26-9-2024 10:27 AM
Acik porem kebanyakan mencerca je bukan menfitnah.over na penyembah missfake  nak tgk acik porem kena angkut segala bagai.dasar bangang membaca artikel yg serius pun pemalas.
Quote syamzana 26-9-2024 10:48 AM
Tinot7 replied at 26-9-2024 10:02 AM
Ntah, ada poremer habaq poremer manatah pi SS pastu hantaq ke peguam mekjura.. apa yg kena SS pun  ...

perghhh...ada kaki report plak
Quote gorjeous 26-9-2024 11:01 AM
Yang kaya Loyer.
Quote Nurdianah 26-9-2024 11:05 AM
Acik @pooh~key kew?
Quote lightheaded67 26-9-2024 11:07 AM
acík retis yg spill kena kah
Quote Tinot7 26-9-2024 11:09 AM
syamzana replied at 26-9-2024 10:48 AM
perghhh...ada kaki report plak

Lepaih tu baru kluaq citer mekjura nak saman 5 org.. sapa 5 org tu, tatau la
Quote rainbowrainz 26-9-2024 11:12 AM
Adan ukeee..rasainlah
Quote SedihPedih 26-9-2024 11:14 AM
Kalau sheols tak main drama kt media, xde siapa nk speku. Ramai je yg senyaaapp aja, tiba2 dh settle aja. Banyak jalan yg boleh dipilih sebenarnya.

Lihat semua komen(1338)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.170320 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top