CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanusi Mohon Ampun Pada Sultan Selangor

25-9-2024 10:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 36509| Komen: 30|Original author: EJALTI

 
 


Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor membuat permohonan maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah atas kenyataan yang dibuatnya semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Julai tahun lalu.

Sanusi, yang didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 ekoran kenyataan itu, membuat permohonan maaf tersebut dalam sidang media hari ini.

“Patik dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah memohon keampunan Sultan Sharafuddin Idris Shah, di atas kenyataan patik pada 11 Julai 2023 di Gombak, Selangor.

“Patik sedari kata-kata patik telah menimbulkan rasa tidak selesa dan telah mengguris hati dan perasaan tuanku,” katanya.

Sanusi berkata dia kesal dengan kesan negatif yang timbul daripada kenyataan itu dan dia tidak berniat untuk mempersenda Sultan Sharafuddin yang amat dihormati dan disanjunginya.

Pada Julai lalu, Sanusi yang juga pengarah pilihan raya PN dalam satu ceramah mendakwa seseorang sultan yang "hebat" tidak akan melantik orang seperti Amirudin Shari sebagai menteri besar Selangor.

Ia mendorong pelbagai pihak termasuk ahli Dewan Diraja Selangor membuat laporan polis dan menggesa tindakan diambil ke atas Sanusi.

Susulan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam sidang media hari ini, Sanusi berkata dia tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata yang “tidak beradab, menghina dan tidak sopan” walaupun di tengah kehangatan kempen pilihan raya “di negeri orang”.

“Dengan penuh rasa insaf dan rendah diri, patik memohon beribu keampunan kepada tuanku Sultan Selangor, menteri besar Selangor dan rakyat Selangor atas keterlanjuran kata-kata patik.

“Patik berjanji akan lebih berhati-hati membuat kenyataan pada masa akan datang dan akan memastikan setiap ucapan patik selaras dengan adab sopan dan budaya Melayu kita, yang sentiasa menjunjung tinggi raja-raja Melayu dan institusi raja,” katanya lagi.

Sumber : Malaysiakini


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nikaido 25-9-2024 07:02 PM
tahun lepas walaun kata mana ada hina sultan. siap suruh pihak istana tunjuk ayat mana yg dikatakan menghina tu
Quote tumpanglalu74 25-9-2024 07:20 PM
[youtube]sYhLKbE7oUc?si=lEGYAGBkAf3-_E9b[/youtube]
https://youtu.be/sYhLKbE7oUc?si=lEGYAGBkAf3-_E9b
Quote kakikuDibibirmu 25-9-2024 07:26 PM
Sanusibat tersenyum sinis

[youtube]sRk-I7RbmJ0[/youtube]

Nak cari kayu, nak cari kayu

[youtube]tBpFg6KMzcI[/youtube]
Quote Decaffeinated 25-9-2024 08:06 PM
Selepas setahun baru minta maaf.

Timing tu pun ikut kalendar politik juga.
Quote kakikuDibibirmu 25-9-2024 08:09 PM
Belia Benci Fazura (BBF)
Quote alesandra 25-9-2024 09:02 PM
aikkk ...ingatkan kental gengster sgt
Quote nolya 25-9-2024 09:18 PM
Bolehkah dicatatkan dlm catatan papan sejarah MB yg dua kali mohon maaf kpd Sultan S'ngor?
Quote Apoo 25-9-2024 10:21 PM
Wow, mana pemuja2 sanusi? No comment ka?
Quote airfilterkotor 25-9-2024 10:24 PM
Sembang tak tumbang.
Quote manop 25-9-2024 10:58 PM

Quote grouper 25-9-2024 11:06 PM
Untung la jadi mb..x yah masuk mahkamah kena dakwa bagai..rakyat marhaen mmg kena dakwa mahkamah dah
Quote MissYouSayang 26-9-2024 12:56 AM
Even x salah pun tetap minta maaf. Tak mcm BT, dah toron pungkuk org tetap bukan salah dia tp salah mangsa plk
Quote nisako 26-9-2024 08:09 AM
hahaaaaaaa
Quote mat_arof 26-9-2024 08:32 AM
jangan layan nusibat ni...minta maaf konon...x leh pakai lebai ni.

Quote fanaz82 26-9-2024 03:44 PM
Quote Sanitizer 26-9-2024 04:03 PM
panglima mintak maaf dah....
Quote Abahmung 26-9-2024 04:11 PM
Sultan Selangor ampunkan Sanusi
Diterbitkan:  Sep 26, 2024 3:29 PM



Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengampunkan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa mempertikaikan kebijaksanaan baginda melantik pemimpin negeri.

Baginda berkata umat Islam hendaklah sentiasa memaafkan sekiranya yang memohon maaf itu ikhlas.

Baginda bagaimanapun menasihati Sanusi menjaga tutur kata, tatasusila serta jangan terlalu beremosi dan menggunakan perkataan tidak baik ketika bersyarah, terutama di Selangor.

“Beta tidak mahu rakyat khususnya di negeri Selangor terpengaruh dan terbiasa mendengar kata-kata yang kesat dan tohmahan yang tidak berasas terutama sekali daripada golongan pemimpin.

“Kelakuan dan tutur kata yang baik ini amatlah penting untuk masa depan karier politik Datuk Seri,” titah baginda.


Dua menteri besar—Sanusi dan Amirudin


Keputusan baginda itu disampaikan melalui warkah balasan kepada Sanusi yang dikongsi di media sosial Pejabat Diraja Selangor sebentar tadi.

Sanusi semalam memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin kerana berkata seseorang sultan yang "hebat" tidak akan melantik orang seperti Amirudin Shari sebagai menteri besar Selangor.

Kenyataan pemimpin PAS itu dibuat semasa kempen pilihan raya negeri (PRN) pada  11 Julai 2023 di Gombak, Selangor.

Sanusi berkata dia kesal dengan kesan negatif akibat kenyataannya tetapi menjelaskan tidak berniat mempersenda Sultan Sharafuddin yang amat dihormatinya..

Kenyataan itu membuatkan dia diheret ke mahkamah susulan pertuduhan bawah Akta Hasutan 1948.


Quote tripleid 26-9-2024 05:13 PM
Mujur skrg dah moden..kalau zaman dulu dah lama Nusibat ni arwah kena hukum sula..mulut cam cibaii
Quote begg 26-9-2024 09:48 PM
kakikuDibibirmu replied at 25-9-2024 07:26 PM
Sanusibat tersenyum sinis {:m ...

1000022322.jpg

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.063814 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top