CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

GISBH doktrin pengikut dewakan pemimpin, berniaga guna pegangan Aurad Muhamaddiah - KPN

25-9-2024 10:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 29484| Komen: 4

 


KUALA LUMPUR: Kaedah perniagaan rangkaian GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dimudahcara dengan pegangan Aurad Muhammadiah versi mereka sendiri berdasarkan dapatan siasatan terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pegangan rangkaian itu adalah berlandaskan ketaksuban dan mendewakan pemimpin sehingga memutarbelitkan ajaran Islam sebenar.

"Proses ini mirip seperti indoktrinisasi yang mana menjadi nilai kehidupan yang dipercayai dan dianuti sepenuh hati oleh pengikut-pengikutnya.

"Doktrin ini sangat berbahaya kepada keselamatan negara, khususnya ajaran agama Islam di negara ini dan kebajikan serta masa depan bergantung sepenuhnya kepada pemimpin-pemimpin mereka sahaja," katanya kepada BH hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, PDRM mendapati rangkaian GISBH tidak pernah membayar cukai berkaitan perniagaan mereka.


Razarudin berkata, maklumat itu diperoleh berdasarkan kolaborasi antara PDRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"GISBH tidak pernah membayar cukai yang berkaitan dan maklumat itu adalah selari dengan siasatan PDRM yang dijalankan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut sejak bila dan jumlah kutipan cukai gagal dijelaskan oleh GISBH.

Sumber – Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 26-9-2024 07:01 AM
Teruk cara dorg doktrin ni..HP semua kena sekat..pdhl dunia dh maju..blh plak kuarantin2 acah mcm zaman kobid ke apa ni
Quote tenggiripink 26-9-2024 07:57 AM
Makin hari makin banyak yg ter exposed ye seram dgn tahap ketaksuban pengikut deme ni
Quote fanaz82 26-9-2024 03:46 PM
tenggiripink: Makin hari makin banyak yg ter exposed ye seram dgn tahap ketaksuban pengikut deme ni

tula. scary plak

Quote manop 4-10-2024 10:45 AM
Ooo patutlah kayooo.....zakat bayar tak? Kedai Toto pun bayar tau cukai  

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.030092 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top