CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tahniah! Siti Saleha dinobat Bintang Asia Terbaik - Malaysia di Seoul

25-9-2024 10:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31789| Komen: 33

 


Aktres Siti Saleha mengharumkan nama negara apabila diumumkan sebagai pemenang trofi Bintang Asia Terbaik - Malaysia pada Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan, hari ini.

Dengan kemenangan itu, Siti Saleha atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd Baharum, 34, berjaya mengenepikan pesaing dari negara Asia lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina termasuk negara tuan rumah, Korea Selatan.

Mengulas kemenangannya, Siti Saleha berharap ia bukan sahaja dapat membuka mata banyak pihak mengenai bakat besar dimiliki pelakon dari Malaysia, malah menjadi tiket mengembangkan sayap ke peringkat antarabangsa.

"Anugerah ini sangat istimewa buat saya. Siapa tak nak terima anugerah di pentas global dan nama dicalonkan bersama aktor dan aktres terkemuka Asia.

"Saya amat bangga kerana bukan sahaja mewakili Malaysia, tetapi ia juga peluang buktikan ada ramai bakat dari Malaysia yang boleh kembangkan bakat ke luar negara.


"Saya harap dengan platform ini boleh buktikan anak Malaysia ada banyak yang boleh berikan.

"Anugerah ini ibarat satu permulaan untuk raih kejayaan lebih besar," katanya kepada BH Online.

 

Ditanya adakah sudah bersedia berhijrah demi menggapai impiannya, calon kategori Aktres TV Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 itu mengakui, dia akan melakukannya jika keadaan memerlukan.

"Kalau ikutkan, saya memang selesa di sini, tapi sudah tentu saya tak menolak jika berpeluang bekerja dengan karyawan antarabangsa.

"Secara kebetulan saya juga minat melancong. Tapi, bukanlah saya nak berhijrah selama-lamanya kerana Malaysia tetap di hati," ungkap Siti Saleha.


Terdahulu, nama Siti Saleha dicalonkan dalam acara anugerah itu menerusi drama Tonton Original Series berjudul SeOfis yang ditayangkan di platform digital itu pada Januari lalu.

Drama arahan Faizul Jai itu menyaksikan pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu membawakan watak pereka hiasan dalaman bernama Samirah atau Sam yang menyimpan hasrat namanya tersenarai dalam Forbes 40 Under 40.



Sumber – Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 26-9-2024 01:57 AM
Huduh nya baju yg terjojol di perut Leha tuu..dah nampak mcm perut mak2 yg melebeh lepas beranak..berayun2 masa berjalan.. nasib baik Leha yg cantik pakai apa pun tetap gojes
Quote pocongkiutss 26-9-2024 02:43 AM
orkid_amani replied at 26-9-2024 01:57 AM
Huduh nya baju yg terjojol di perut Leha tuu..dah nampak mcm perut mak2 yg melebeh lepas beranak..be ...

Ha ah la..baju tu..adei .fail gilos

Seb baik leha lawo..kalau rupa mcm leha anuar bank negara tu mmg pitam le tgk dgn fashiun begitu
Quote jambatannetizen 26-9-2024 06:17 AM
My abang suka dia ini. Haha. Boleh lah nak jodohkan dgn dia.
Quote syamzana 26-9-2024 06:29 AM
iols makin suka dia ni lepas byk tgk series lakonan dia dlm viu. cerita2 pun menarik lakonan dia pun best.
tahniah saleha
Quote L.U.S.M 26-9-2024 07:03 AM
Dia ni laki xelok..tp xde plak dia burukkan suaminya dulu..dh cerai cerai laa..now makin lawa makin berjaya



[tiktok]7418587547909066002[/tiktok]
Quote orkid_amani 26-9-2024 07:10 AM
pocongkiutss replied at 26-9-2024 02:43 AM
Ha ah la..baju tu..adei .fail gilos

Seb baik leha lawo..kalau rupa mcm leha anuar bank negara tu  ...

Kan..hudoh gila design baju kt perut gitu.xkn Leha tak fitting baju dulu sebelum pakai yaa dak.. kalau buat fit V shaped kat perut tuu cantik laa jugak..ini gelebeh gitu adddoiiii malu laa nasib baik perut Leha xmuncit
Quote Shahman86 26-9-2024 07:25 AM
pocongkiutss replied at 26-9-2024 02:43 AM
Ha ah la..baju tu..adei .fail gilos

Seb baik leha lawo..kalau rupa mcm leha anuar bank negara tu  ...

Kann..kata bf pakar dlm fesyen.takkan taste hauk
Quote nisako 26-9-2024 08:10 AM
wow tahniah
Quote Sendawg 26-9-2024 08:43 AM
jambatannetizen replied at 26-9-2024 06:17 AM
My abang suka dia ini. Haha. Boleh lah nak jodohkan dgn dia.

Amin~ Walaupun I tak kenal abang you I support haha
Quote kikuri 26-9-2024 08:48 AM
makin cantik dek leha....tahniohhhh
Quote apedehal 26-9-2024 08:51 AM
Tahniah cantik..but awat terjojoi baju kat perut tu. Fly high Leha
Quote red_velvet 26-9-2024 08:52 AM
Canteknya mia adriana... Kemain terlondeh bahu dibiarkan aja, maklumla kat seol.. kalau attend ABP kat malaysia teruk dikecam berjemaah
Quote fazila17 26-9-2024 10:23 AM
jambatannetizen replied at 26-9-2024 06:17 AM
My abang suka dia ini. Haha. Boleh lah nak jodohkan dgn dia.

Semoga berjaya menjadi sister in law Saleha
Quote fazila17 26-9-2024 10:24 AM
Congrats Saleha! Terus terbang tinggi ya
Quote IzzahF 26-9-2024 10:27 AM
design baju kat perut tu tak boleh dibaiki ke?
Quote hayrin86 26-9-2024 10:30 AM
Tak terkesan langsung.. Kalau dunia sukan, pendidikan/akademik dan sejagat (bukan dunia artis/komedi/peragaan) barulah terkesan..
Quote Tinot7 26-9-2024 10:31 AM
L.U.S.M replied at 26-9-2024 07:03 AM
Dia ni laki xelok..tp xde plak dia burukkan suaminya dulu..dh cerai cerai laa..now makin lawa makin  ...

Tahniah Leha..
Sapa laki dia sblm ni? Iols ketinggalan tren
Quote fanaz82 26-9-2024 10:46 AM
congrates sally. xtgk lg drama seOfis tu. best ke?
Quote gorjeous 26-9-2024 11:22 AM
Tahniah!!!

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.047562 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top