CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Betulkah saya semakin cantik? - Ira Kazar

25-9-2024 10:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31623| Komen: 44

 


Bekas isteri pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mengakui dirinya berada dalam keadaan baik selepas bercerai pada 5 September lalu.

Bagaimanapun, Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, petang tadi enggan mengulas panjang.

"Alhamdulillah, semuanya okay sahaja," katanya ringkas.

Bertanya lanjut, anak kepada pelakon Kazar Saisi itu berkata, dia sekarang banyak menerima tawaran buat ulasan produk dalam media sosial. Malah, turut menerima tawaran menyanyi.

"Ketika ini, saya ambil 'job' sikit-sikit, pergi penggambaran dan buat ulasan produk. Tawaran berlakon tiada, tapi tawaran menyanyi itu adalah. Insya-Allah, mungkin saya akan keluar single," katanya.

Ketika ditanya mengenai komen netizen yang menyifatkan dirinya makin cantik selepas kembali solo, Ira hanya tersenyum sambil menitipkan ucapan terima kasih.


 

"Betulkah saya semakin cantik? Saya tiada komen. Cuma, terima kasih atas komen baik, Alhamdulillah," katanya.

Terdahulu, Ira hadir bersama dua orang kakaknya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi tuntutan kos kehadiran.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, petang tadi memerintahkan Syamsul membayar kos kehadiran RM200 kepada Ira Kazar.

Perkara itu diputuskan oleh Hakim Maizatul Aliza Chee Din pada prosiding yang berlangsung pada jam 3 petang tadi.

Pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika masih bergelar suami isteri.

Lafaz cerai taklik ialah lafaz cerai yang dilafaz oleh suami dengan meletakkan syarat taklik dan jika isteri melanggar syarat tertentu, maka boleh menyebabkan jatuh talak.

Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib mengesahkan perkara itu selepas Ira selaku plaintif memfailkan lafaz cerai taklik pada 21 Ogos lalu.

Pada 19 Ogos lalu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.

Terdahulu, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Sumber – Berita Harian

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 25-9-2024 10:59 PM
Cantik kalau perangai huduh pun buatpa..samala mulut makihamun tp hati kengkunun baik buatpa..puihh
Quote delia3003 25-9-2024 11:16 PM
TAK

Sekadar baca tajuk je.
Quote makcik_d 25-9-2024 11:20 PM
Baiklah tu sebab dah dapat harta si samdol. Samdol dah tak guna
Quote orkid_amani 26-9-2024 01:29 AM
makcik_d: Baiklah tu sebab dah dapat har ...
makcik_d: Baiklah tu sebab dah dapat har ...

Dapat kebun durian ka yuuu?
Quote L.U.S.M 26-9-2024 07:00 AM
Tak pun..lawa lagi siti saleha..siap menang best asean award lg
Quote sangbara2020 26-9-2024 07:56 AM
sape ckp birah ni cantik?
level2 penyondol mcm dia jua kah?
Quote nisako 26-9-2024 08:09 AM
perasan la
Quote DayangKirana 26-9-2024 08:13 AM
yang cakap dia tu cantik is either cacat penglihatan or IQ rendah bawah paras bahaya..
Quote asma87 26-9-2024 08:15 AM
Ko sama level je muka dgn memek normiang,, muka geng felda,,,
Quote Sendawg 26-9-2024 08:20 AM
makcik_d replied at 25-9-2024 11:20 PM
Baiklah tu sebab dah dapat harta si samdol. Samdol dah tak guna

Dapat harta ke? Aku mula syak sepanjang perkahwinan Sol tak bagi nafkah batin pun. Especially with the rumors yg Ira ni STD ke apa. But of course speculation, I taknak fitnah.
Quote Frangapini 26-9-2024 08:27 AM
Gedik to the max.. Ira kat Mahkamah semalam. True colours nya semua keluar.

Sampai la ni.. hairan sungguh ya dok puji si IK ni classy.
Quote cahayamataku 26-9-2024 08:34 AM
Acikpor dalam ni ramai cantik2 tau
Quote red_velvet 26-9-2024 08:38 AM
Udahlee .. baikla ko cqri kerja yang helok, pakej pun non hado ... isi SPA jadi pembantu am ke, takpun apply jadi makgad hospital ke... Dunia retis bukan untuk ko sebab orang meluat dah . .. jangan lupa pegi pulangkan axia tu.. bibik samdol nak bawak pegi pasar
Quote kikuri 26-9-2024 08:39 AM
hahahahahaha...
Quote Manusiabesa 26-9-2024 08:44 AM
Gila. Stetment berani mati betol budak ni. Nk suh aku jwb ke. Jwpn nya oh no engkau xmakin cntik. Tp muka engkau mcm slipar tandas masjid. Slipar yg AJK masjid gunting sikit kt bhgian dpn.

Tu la tapi.
Kdg2 je nmpk mcm slipar tandas nya.

Byk wktu nmpk muka hg ada iras2 longkang kumbahan.

Bibir2 tu dh mmg spenuhnya kopipes zakar. Kakak hg yg yasmin tu lawa sikit. Mmg geng ceplos bethol. Siap curi laki org, ada hati nk rompak duit org khennn.

Yihhh.
Pencemaran KL betul
Quote cik_ingeniare 26-9-2024 08:45 AM
Cantik celah mana? Satu je nak cakap, perasan!
Quote Manusiabesa 26-9-2024 08:47 AM
red_velvet replied at 26-9-2024 08:38 AM
Udahlee .. baikla ko cqri kerja yang helok, pakej pun non hado ... isi SPA jadi pembantu am ke, takp ...

Mkgad spital ada dh muka mcmni.
Hritu budak tu viral kt tt sbb muka dia sama dgn ik.
So ik xyh la jd mkgad spital.

Dia elok jd makgad pusat pemulihan akhlak.
Pkai unipom putih.... nametag tulis " security "
Dduk nganga dlm pondok pengawal 24jam, bawa nasik.bekal lauk sadin.


Tp aku rasa bestie dia halep sotongkering tu xbiar la dia keja keji2. Abih2 teruk pun jd bini num 2 halep. Adik madu tin shid herherherher
Quote Kerusijati 26-9-2024 08:49 AM
1000331418.jpg

Kentang kalau dimakeupkan pun jadi cantik
Quote Fly_over 26-9-2024 08:50 AM
makin cantik la dr dulu. bukan la jd lg cantik dr org lain biasa org kata lepas menjanda mkin cantik dan laku? betul ke?

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.062402 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top