CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hubungan Dengan Isteri Pertama Suami Saya Baik-Baik Saja - Adira

29-12-2015 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 41533| Komen: 213


Oleh : Dean BZ


Penyanyi Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, yang telah berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu minggu lalu di Songkhla, Thailand, menjelaskan dia kini lebih tabah selepas berumah tangga.

Walaupun bermacam tomahan diterima, Adira menerima dengan hati terbuka dan menganggap itu hanyalah ujian yang perlu ditempuhi.

Foto : Rotikaya


“Mungkin dengan kontroversi ini, reputasi saya akan tergugat sedikit tapi mungkin ia hanya berlaku sekejap saja.

“Apa yang penting, niat saya tidak mahu menipu dan tidak mahu menyembunyikan perkara ini terlalu lama”

“Bagi saya berterus-terang adalah jalan terbaik,” jelasnya kepada Harian Metro.

Adira turut memberitahu bahawa hubungan dengan isteri pertama suaminya itu tidak menghadapi sebarang masalah dan baik-baik sahaja.

Semoga Adira terus tabah menerima tomahan dan sentiasa kekal bahagia. - CARI Infonet.


18

Bagus
21

Marah
25

Terkejut
18

Sedih
21

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluehedgehog 22-12-2015 12:46 PM
btg secondhand pun mau...
Quote mikasa 22-12-2015 12:47 PM
secondhand lagi berharga tsu
Quote jazaa100 22-12-2015 12:47 PM
Edited by jazaa100 at 22-12-2015 12:49 PM

@spiderman80

Ifan dengki dgn adira sbb tak jadi andartu...
Quote ifanonline 22-12-2015 12:50 PM
nak bagi galakan kpd andartu2 menjadi bini no.2..
Quote ifanonline 22-12-2015 12:52 PM
Biodata Datuk Seri Adnan Abu Suami Adira AF Sudah Kahwin Published Monday, December 21, 2015 By melvister. Under dunia hiburan tempatan   

   
Biodata Datuk Seri Adnan Abu suami sah Adira AF. Dunia hiburan sekali lagi digemparkan dengan pengumuman Adira sudah berkahwin dengan suami orang pada Khamis 3 Disember 2015. Menerusi kenyataan Adira, dia mengakui sudah menjadi isteri kedua kepada salah seorang ahli perniagaan. Semua dibongkar sendiri oleh isteri pertama Datuk Seri Adnan Abu yang dikenali sebagai “Datin Red”.
Biodata Datuk Seri Adnan Abu Suami Adira AF
Nama Penuh: Datuk Seri Adnan Abu
Umur: 30-an
Gelaran: Dato
Pekerjaan: Ahli Perniagaan
Nama Isteri Pertama: Syarifah Norshafila Binti Hassim (Datin Red)
Bilangan Anak: 3 Orang
Facebook Datin Red: https://www.facebook.com/syarifahnorshafila.shassim



Quote ifanonline 22-12-2015 12:53 PM
Gambar Isteri Pertama Datuk Seri Adnan Abu



Quote bluehedgehog 22-12-2015 12:56 PM
miang dan gatal btul laki ni
Quote ifanonline 22-12-2015 12:58 PM
bini pertama dier pun cantik...bini kedua pun cantik...beruntung dato sri ni
Quote ifanonline 22-12-2015 01:01 PM
                                        Adira Nikah Datuk Seri Adnan Abu Rela Bermadu                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               
Penyanyi Adira memberitahu dia membuat keputusan bernikah dan sedia bermadu selepas tiga minggu berkenalan menerusi telefon dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, berkata, biarpun perkenalan mereka singkat namun dia bersetuju dengan lamaran tersebut kerana yakin dengan keikhlasan lelaki itu untuk memperisterikannya.

“Terus terang perkenalan kami sebenarnya sangat singat dalam tiga minggu sahaja sebelum dia melamar saya untuk menjadikan saya isterinya.

“Sepanjang tempoh itu juga saya hanya berjumpa dengannya sebanyak dua kali sebelum dia menyatakan hasratnya hanya menerusi panggilan telefon.

“Saya terima kerana keikhlasannya dan menganggap apa yang berlaku itu adalah jodoh saya,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.
Adira (kiri) bersama madunya dikenali Datin Red. Foto dari Instagram Adira.

Terdahulu, gosip mengatakan Adira sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan tersebar luas sejak Khamis lalu.

Gosip tersebut bertambah kuat apabila isteri pertama Adnan yang dikenali sebagai ‘Datin Red’ mendedahkan di ruang komen Instagram menerusi gambar dimuatnaiknya dengan menyatakan bahawa dia dan Adira kini berkongsi suami.

Dalam pada itu, ditanya mengenai tarikh sebenar dia bernikah dengan Adnan, Adira bagaimanapun enggan mendedahkan perkara itu.

Malah kata Adira, sebelum ini dia enggan mengesahkannya kerana perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarga madunya.

“Maaf saya tidak dapat memberitahu perincian berhubung perkahwinan kami dan seelok-eloknya biarlah ia datang daripada pihak lelaki sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai Adnan, Adira berkata, perkenalan mereka menerusi kakaknya yang juga kenalan ahli perniagaan berkenaan.

Kata Adira, dia tertarik dengan Adnan kerana sikapnya yang merendah diri berhubung latar belakangnya dan tidak bercakap buruk mengenai isteri pertama.
“Alhamdulillah perjalanan saya untuk berkahwin dipermudahkan dan saya senang menerimanya kerana sikap jujur dan tidak terlalu berusaha untuk menyakinkan saya.

“Saya kagum dengannya yang tidak menjadikan isteri pertama sebagai alasan untuk berkahwin dan tidak pernah dia memburuk-burukkan wanita itu kepada saya.

“Selebihnya biarlah saya simpan untuk pengetahuan diri saya sahaja,” ujarnya.

Jelas Adira keluarganya juga merestui hubungan mereka berdua malah diterima baik oleh isteri pertama Adnan.

“Alhamdulillah seperti saya katakan tadi semuanya berjalan lancar walaupun semuanya berlaku dalam masa singkat.

“Biarpun kami tidak sempat bercinta tetapi Insya-Allah berkasih sayang selepas berkahwin lebih baik,” ujarnya.

Ditanya adakah keputusannya berkahwin secara tergesa-gesa kerana kecewa selepas putus tunang sebelum ini, Adira menjawab ringkas : “Ia tidak ada kena-mengena”.

Adira sebelum ini pernah bertunang dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin pada 22 Disember tahun lalu namun ikatan berkenaan putus pada pertengahan April lalu.

Sumber: Mstar Online

Quote ifanonline 22-12-2015 01:02 PM
“Terus terang perkenalan kami sebenarnya sangat singat dalam tiga minggu sahaja sebelum dia melamar saya untuk menjadikan saya isterinya.


andartu mampu kawin dlm masa 3 minggu?
Quote putehkundor 22-12-2015 01:03 PM
Kak teh lebih rela jadi andartu forever dari jadi bini no 2....kosser lah nak share2 ciknek
Quote Simunggu 22-12-2015 01:04 PM
ifanonline replied at 22-12-2015 12:52 PM
Biodata Datuk Seri Adnan Abu Suami Adira AF Sudah Kahwin Published Monday, December 21, 2015 By melv ...

cinabeng....muda muda dah Datuk Seri...
Quote bluehedgehog 22-12-2015 01:05 PM
Adnan ni umur muda je da dua bini.smpai umur 40 mesti tambah lg 2.  
Quote noor2 22-12-2015 01:06 PM
ifanonline replied at 22-12-2015 01:02 PM
andartu mampu kawin dlm masa 3 minggu?

Kalau org tu takat engineer gaji 6k....setahun pun dia pikir 100 kali nk jadi bini kedua...


Ni jutawan....x payah 3 minggu....seminggu pun terima. ..
Quote ifanonline 22-12-2015 01:06 PM
Simunggu replied at 22-12-2015 01:04 PM
cinabeng....muda muda dah Datuk Seri...

dato sri beli tu...

Quote ifanonline 22-12-2015 01:07 PM
noor2 replied at 22-12-2015 01:06 PM
Kalau org tu takat engineer gaji 6k....setahun pun dia pikir 100 kali nk jadi bini kedua...

yup...setuju...everybody has their price...brape sen nilai maruah anda...

Quote ifanonline 22-12-2015 01:08 PM
putehkundor replied at 22-12-2015 01:03 PM
Kak teh lebih rela jadi andartu forever dari jadi bini no 2....kosser lah nak share2 ciknek

bukan ciknek proton ni...ni ciknek bmw...

tak kan kak teh taknak ciknek bmw...
Quote noor2 22-12-2015 01:08 PM
ifanonline replied at 22-12-2015 01:07 PM
yup...setuju...everybody has their price...brape sen nilai maruah anda...

Alasan kerana keihklasan tu...mcm x boleh terima pakai je.......

Alasan...
Quote ifanonline 22-12-2015 01:11 PM
noor2 replied at 22-12-2015 01:08 PM
Alasan kerana keihklasan tu...mcm x boleh terima pakai je.......

Alasan...

as i said before, semua orang boleh di beli...baik lelaki mahupun wanita

Lihat semua komen(213)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.251965 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top