CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bersyukur Anak Angkat Dapat Kerakyatan Malaysia - "Selagi Dia Tiada Dokumen Kerakyatan, Hati Saya Tak Tenang"

25-9-2024 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 41063| Komen: 43

 

Manjung: Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang ibu apabila anak angkat yang dijaga sejak lahir mendapat sijil warganegara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Lee Nguik Kiew, 55, yang menetap di Kampung Koh, Sitiawan, di sini berkata, dia bersyukur kerana sudah tujuh tahun berulang-alik ke pejabat JPN dan mengharapkan anak angkatnya, Ting Shi Er She, 12, memperoleh kerakyatan Malaysia.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, dia menggunakan perkhidmatan ejen dan sudah mengeluarkan banyak wang, namun usaha itu tidak membuahkan hasil.

"Selagi dia tiada dokumen kerakyatan, hati saya tak tenang kerana bimbang dengan usianya yang semakin meningkat, pasti dia susah hendak sambung belajar dan pekerjaan.

"Walaupun Ting anak angkat, tapi saya sayang dia macam anak sendiri," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Parlimen Beruas di Ayer Tawar, di sini, semalam.


Buntu dengan keadaan itu, Lee meminta bantuan semakan dan permohonan semula melalui Pusat Khidmat Parlimen Beruas pada Julai lalu.

"Hanya dalam tempoh dua bulan menunggu, akhirnya saya bersyukur hari ini anak angkat saya peroleh kad pengenalan (MyKad)," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, menerusi bantuan pejabatnya, seramai 28 pemohon berusia antara 12 hingga 77 tahun berjaya memperoleh dokumen pengenalan diri yang sah.

Bagaimanapun, daripada jumlah itu, tiga dewasa tidak sempat mendapat MyKad kerana meninggal dunia, baru-baru ini.

"Ada antara mereka yang membuat permohonan sejak 2008, namun terhalang atas beberapa faktor termasuk kelewatan proses.

"Justeru itu, saya ingin berterima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri yang diterajui Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kerana berusaha kuat menyelesaikan permohonan meluluskan permohonan kewarganegaraan ini mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara," katanya.


Sumber :– Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote s@s@ 25-9-2024 03:06 PM
hmmmm....
Quote Decaffeinated 25-9-2024 03:07 PM
"...berusaha kuat menyelesaikan permohonan meluluskan permohonan kewarganegaraan ini mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara"

ikut undang2.

Tahniah Nek! Nak mati pun hati dah senang. Raise anak tu sbg warga yang berguna.


Quote Skuau 25-9-2024 03:07 PM
'Pelik tetapi benar'.....IC Msia jugak tetap jadi pujaan.....mmmmm.......
Quote tripleid 25-9-2024 03:08 PM
Edited by tripleid at 29-9-2024 01:17 AM

Salah PN la ni..masa dorg jadi kjaan dulu senang2  bagi ic kat cinapek.


IMG_20240925_151013.jpg
Quote annehuda 25-9-2024 08:26 PM
Kg Koh Sitiawan ni la, kawan aku kata cina kat sana mmg tak reti cakap melayu katanya ???????? wallahualam mungkin org manjung bleh sahkan kot
Quote orkid_amani 25-9-2024 08:48 PM
Penang pun baaanyaaak yg ada ic biru ni..tapi haram cakap Melayu xreti..koser aii nk melayan depa ni.
Quote sharlenetexas 25-9-2024 10:13 PM
Boleh nyanyi lagu Negaraku ke dik?

Quote amyfaha 25-9-2024 10:56 PM
Yb cina tolong orang cina. Yb melayu, berlagak taknak bantu melayu. Hahaha lepastu kau salahkan DAP pulak. Melayu bebal
Quote tungkai 25-9-2024 11:16 PM
Kenapa C kalau dah dpt migrate ke overseas, terus kutuk2 Malaysia? Ckp Malaysia racist etc? Tak sedar diri langsung. Bersepah org2 camni kat Quora
Quote naina 26-9-2024 01:11 AM
orkid_amani replied at 25-9-2024 08:48 PM
Penang pun baaanyaaak yg ada ic biru ni..tapi haram cakap Melayu xreti..koser aii nk melayan depa ni ...

Cakap je melayu kuat2 kat Dorang. Lantaklah.
Quote orkid_amani 26-9-2024 01:25 AM
naina replied at 26-9-2024 01:11 AM
Cakap je melayu kuat2 kat Dorang. Lantaklah.

Biasa panggil kelig Cina settle kan..malas nak layan keli Cina pun mmg menyampah dgn china Mainland sana..mcm cakap ayam dgn itik dia kata
Quote imthegirl 26-9-2024 06:55 AM
Anak angkat nye asal dari mana? Macam mana boleh ambil anak angkat dari luar (kalau ikut nama macam mainland)

Lepas tu memang ada peruntukan u dang undang bagi kerakyatan utk ank angkat warganegara ke?
Quote supernaturalee 26-9-2024 07:38 AM
annehuda replied at 25-9-2024 08:26 PM
Kg Koh Sitiawan ni la, kawan aku kata cina kat sana mmg tak reti cakap melayu katanya ???????? walla ...

ye mmg ada
iol pnh keje sana
mid 2000s


Quote cmf_almondpecan 26-9-2024 07:52 AM
imthegirl replied at 26-9-2024 06:55 AM
Anak angkat nye asal dari mana? Macam mana boleh ambil anak angkat dari luar (kalau ikut nama macam  ...

Surname Ting, Ding, Ling tu memang Sitiawan totok. Macam orang cina Sibu juga. Berketurunan foochow. Contohnya bekas menteri perumahan Tan Sri Ting Chew Peh. Tun Ling Liong Sik pun orang foochow juga. Nama given names macam ejaan PRC ni trend di kalangan ibu bapa zaman sekarang bagi nama macam tu.
Quote shamsadis 26-9-2024 08:14 AM
ikut sejarah, dulu dasar kerajaan China, 1 anak 1 keluarga, lepas tu, tukar ke 2 anak 1 keluarga, mana2 keluarga ada 3 anak, anak bongsu akan di jual/dihantar kepada ke luar negara....camtu....Malaysia patut ada bank DNA
Quote IzzahF 26-9-2024 08:48 AM
shamsadis replied at 26-9-2024 08:14 AM
ikut sejarah, dulu dasar kerajaan China, 1 anak 1 keluarga, lepas tu, tukar ke 2 anak 1 keluarga, ma ...

pastu depa tercrett lebih, terberanak pastu hantar ke malaysia...malaysia pun kutip
Quote bottombikini 26-9-2024 10:45 AM
confirm tak reti cakap melayu
Quote Kurex 26-9-2024 02:50 PM
leluhur parasit paling hina dan terkutuk di atas muka bumi
Quote annehuda 26-9-2024 03:13 PM
bottombikini replied at 26-9-2024 10:45 AM
confirm tak reti cakap melayu

tu le kawan aku penah cakap, org situ tak reti cakap melayu.  mcm pelik gak sbb tmpt tu bukan ulu sangat pun, dekat dgn lumut kot

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.067248 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top