View: 41093|Reply: 43
|
Ibu Bersyukur Anak Angkat Dapat Kerakyatan Malaysia - "Selagi Dia Tiada Dokumen Kerakyatan, Hati Saya Tak Tenang"
[Copy link]
|
|
Manjung: Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang ibu apabila anak angkat yang dijaga sejak lahir mendapat sijil warganegara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Lee Nguik Kiew, 55, yang menetap di Kampung Koh, Sitiawan, di sini berkata, dia bersyukur kerana sudah tujuh tahun berulang-alik ke pejabat JPN dan mengharapkan anak angkatnya, Ting Shi Er She, 12, memperoleh kerakyatan Malaysia.
Menurutnya, sepanjang tempoh itu, dia menggunakan perkhidmatan ejen dan sudah mengeluarkan banyak wang, namun usaha itu tidak membuahkan hasil.
"Selagi dia tiada dokumen kerakyatan, hati saya tak tenang kerana bimbang dengan usianya yang semakin meningkat, pasti dia susah hendak sambung belajar dan pekerjaan.
"Walaupun Ting anak angkat, tapi saya sayang dia macam anak sendiri," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Parlimen Beruas di Ayer Tawar, di sini, semalam.
Buntu dengan keadaan itu, Lee meminta bantuan semakan dan permohonan semula melalui Pusat Khidmat Parlimen Beruas pada Julai lalu.
"Hanya dalam tempoh dua bulan menunggu, akhirnya saya bersyukur hari ini anak angkat saya peroleh kad pengenalan (MyKad)," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, menerusi bantuan pejabatnya, seramai 28 pemohon berusia antara 12 hingga 77 tahun berjaya memperoleh dokumen pengenalan diri yang sah.
Bagaimanapun, daripada jumlah itu, tiga dewasa tidak sempat mendapat MyKad kerana meninggal dunia, baru-baru ini.
"Ada antara mereka yang membuat permohonan sejak 2008, namun terhalang atas beberapa faktor termasuk kelewatan proses.
"Justeru itu, saya ingin berterima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri yang diterajui Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kerana berusaha kuat menyelesaikan permohonan meluluskan permohonan kewarganegaraan ini mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara," katanya.
Sumber :– Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
"...berusaha kuat menyelesaikan permohonan meluluskan permohonan kewarganegaraan ini mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara"
ikut undang2.
Tahniah Nek! Nak mati pun hati dah senang. Raise anak tu sbg warga yang berguna.
|
|
|
|
|
|
|
|
'Pelik tetapi benar'.....IC Msia jugak tetap jadi pujaan.....mmmmm....... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 29-9-2024 01:17 AM
Salah PN la ni..masa dorg jadi kjaan dulu senang2 bagi ic kat cinapek.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kg Koh Sitiawan ni la, kawan aku kata cina kat sana mmg tak reti cakap melayu katanya ???????? wallahualam mungkin org manjung bleh sahkan kot |
|
|
|
|
|
|
|
Penang pun baaanyaaak yg ada ic biru ni..tapi haram cakap Melayu xreti..koser aii nk melayan depa ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh nyanyi lagu Negaraku ke dik?
|
|
|
|
|
|
|
|
Yb cina tolong orang cina. Yb melayu, berlagak taknak bantu melayu. Hahaha lepastu kau salahkan DAP pulak. Melayu bebal |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa C kalau dah dpt migrate ke overseas, terus kutuk2 Malaysia? Ckp Malaysia racist etc? Tak sedar diri langsung. Bersepah org2 camni kat Quora |
|
|
|
|
|
|
|
orkid_amani replied at 25-9-2024 08:48 PM
Penang pun baaanyaaak yg ada ic biru ni..tapi haram cakap Melayu xreti..koser aii nk melayan depa ni ...
Cakap je melayu kuat2 kat Dorang. Lantaklah. |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 26-9-2024 01:11 AM
Cakap je melayu kuat2 kat Dorang. Lantaklah.
Biasa panggil kelig Cina settle kan..malas nak layan keli Cina pun mmg menyampah dgn china Mainland sana..mcm cakap ayam dgn itik dia kata |
|
|
|
|
|
|
|
Anak angkat nye asal dari mana? Macam mana boleh ambil anak angkat dari luar (kalau ikut nama macam mainland)
Lepas tu memang ada peruntukan u dang undang bagi kerakyatan utk ank angkat warganegara ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ye mmg ada
iol pnh keje sana
mid 2000s
|
|
|
|
|
|
|
|
imthegirl replied at 26-9-2024 06:55 AM
Anak angkat nye asal dari mana? Macam mana boleh ambil anak angkat dari luar (kalau ikut nama macam ...
Surname Ting, Ding, Ling tu memang Sitiawan totok. Macam orang cina Sibu juga. Berketurunan foochow. Contohnya bekas menteri perumahan Tan Sri Ting Chew Peh. Tun Ling Liong Sik pun orang foochow juga. Nama given names macam ejaan PRC ni trend di kalangan ibu bapa zaman sekarang bagi nama macam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ikut sejarah, dulu dasar kerajaan China, 1 anak 1 keluarga, lepas tu, tukar ke 2 anak 1 keluarga, mana2 keluarga ada 3 anak, anak bongsu akan di jual/dihantar kepada ke luar negara....camtu....Malaysia patut ada bank DNA |
|
|
|
|
|
|
|
pastu depa tercrett lebih, terberanak pastu hantar ke malaysia...malaysia pun kutip
|
|
|
|
|
|
|
|
confirm tak reti cakap melayu |
|
|
|
|
|
|
|
leluhur parasit paling hina dan terkutuk di atas muka bumi |
|
|
|
|
|
|
|
tu le kawan aku penah cakap, org situ tak reti cakap melayu. mcm pelik gak sbb tmpt tu bukan ulu sangat pun, dekat dgn lumut kot
|
|
|
|
|
|
|
| |
|