CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lawyers for Liberty (LFL) bandingkan kes pemandu OKU dengan mata lebam Anwar Ibrahim

24-9-2024 08:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 34358| Komen: 16|Original author: EJALTI

 

 

 

Kumpulan peguam  Lawyers for Liberty (LFL) mengingatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap insiden mata lebamnya pada 1998.

Peringatan itu dibuat bagi menuntut keadilan terhadap kes seorang pengawal pengiring polis yang didakwa memukul seorang pemandu orang kurang (OKU) upaya di Kuala Lumpur.

“Persamaannya jelas,” kata Pengarah LFL Zaid Malek yang membandingkan kes Ong Ing Keong.

Zaid berkata, jika kes itu tidak selesai, ia boleh menjejaskan legasi Anwar yang dibina berasaskan prinsip keadilan dan reformasi.

 


“Pada 1998, orang ramai dikejutkan dengan penderitaan Anwar terhadap serangan keras oleh ketua polis negara ketika itu Abdul Rahim Noor.

“Hari ini negara ini terkejut dan jijik dengan serangan tidak berperikemanusiaan terhadap Ong, OKU yang bekerja keras untuk menyara hidup.

“Tetapi Anwar sekarang perdana menteri. Dia berada dalam kedudukan untuk memastikan wujudnya keadilan.

“Namun masih tiada keadilan untuk Ong selepas hampir empat bulan selepas kejadian,” katanya kepada Malaysiakini.

Mengesyaki mungkin terdapat usaha menutup kes itu, Zaid membandingkan perkara itu dengan reaksi perdana menteri Mahathir Mohamad pada 1998 yang mendakwa Anwar memukul diri sendiri.

“Bagaimanapun, dalam kes rumit seperti mata lebam Anwar, terdapat cubaan jelas pihak atasan polis, termasuk IGP,  untuk menutup kes, suruhanjaya siasatan diraja dimulakan hanya lima bulan lepas serangan itu.

“Tetapi dalam kes (Ong) yang straightforward apabila terhadap bukti video yang jelas dan identiti penyerang polis itu, Ong masih gagal mendapat keadilan,” katanya.

Pemandu Grab berumur 48 tahun itu ditumbuk ketika menunggu pelanggan dalam kereta pada 28 Mei.

Dia mendakwa ditumbuk oleh polis pengiring pemangku sultan Johor Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Tunku Mahkota Ismail yang lebih dikenali sebagai TMJ sendiri bertitah tidak merestui tindakan yang menyalahi undang-undang dan meminta siasatan menyeluruh dibuat.


Sumber ; Malaysiakini


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 24-9-2024 06:00 PM
cuba kalau situasinya diterbalikkan, oku tu yang tumbuk muka pengiring topui. Rasa-rasa kes ni drag sampai 4 bulan juga kah? gichewww...faham2 je lah sis
Quote MissVixen 24-9-2024 06:25 PM
Lamanyaaa. Masih bebas kehulu kehilir lepas tumbuk orang.
Quote Straya 24-9-2024 06:41 PM
Allah kesian tengok uncle ni nangis. I pernah tengking polis pengiring sorang,tak tau vip mana dia iring. Ada ke time traffic jam kat klcc,nak suruh kita ketepi. I jerit ke tepi mana? Patut tmj bagi la sikit saguhati kat uncle ni.
Quote Buritan 24-9-2024 07:36 PM
Sian cina oku nii..
Quote SalenaGomez 24-9-2024 07:43 PM
Loyer ni lupa nak banding kan juga dgn sorang janda perthlis tu
Quote Orix 24-9-2024 07:49 PM
Auchhh... Reformasiiiiii
Quote monsterwife 24-9-2024 08:48 PM
Kejap polis kejap bodyguard
Yang mana satu lah tapi yg penting bukan pakai uniforms ms tumbuk mangsa ni
Kesian betul dekat mangsa
Quote TOPwind 24-9-2024 10:30 PM
kes Adib  
apa macam?


Quote sleepandream 24-9-2024 11:16 PM
ada rakaman dashcam... cuba bayangkan marhein lain yg jd mangsa takde saksi takde video...

pulak tu dulu IGP kata suspek dah didisiplinkan... hahahhaha..
Quote Solokkk 25-9-2024 07:32 AM
Panataik2 reforbasi aka reforbati: jgn bandingkan dgn madanon kami aka ‘berhala’ kami. Madanon kami punyai darjat terpaling di Malaysia. Dia ‘Bekas Banduan Terhormat’ okay.
Quote nisako 25-9-2024 08:41 AM
mmg senyap la kes ni kalu libat org tu
Quote Orix 25-9-2024 11:50 AM
skrg paham kan knp atok lucutkan 'kekebalan' diorg suatu ketika dulu???
Quote nutcrack8 25-9-2024 11:56 AM
Simpati ke atas mangsa. Harap dpt diselesaikan.
Bende boleh settle cara baik, napela di tumbuknye
Quote tripleid 25-9-2024 04:24 PM
Oku kena pukul pmx jugak ke yg kena setell??
Quote lostnfaun 25-9-2024 10:36 PM
Kes simple tapi ambil masa lama kenapa? Yg vvip cakap suruh polis siasat & ambil tindakan.

Last sekali polis pening kat tengah².
Quote grouper 25-9-2024 10:50 PM
Klau dalam filem Tamil x dapat keadilan sebab ditindas vvvip biasa bakar diri je

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.038914 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top