View: 34413|Reply: 16
|
[Tempatan]
Lawyers for Liberty (LFL) bandingkan kes pemandu OKU dengan mata lebam Anwar Ibrahim
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 24-9-2024 09:25 AM
LFL bandingkan kes pemandu OKU dengan mata lebam Anwar
https://www.malaysiakini.com/news/720344
Diterbitkan: Sep 24, 2024 4:47 PM
Dikemaskini: 4:48 PM
Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) mengingatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap insiden mata lebamnya pada 1998.
Peringatan itu dibuat bagi menuntut keadilan terhadap kes seorang pengawal pengiring polis yang didakwa memukul seorang pemandu orang kurang (OKU) upaya di Kuala Lumpur.
“Persamaannya jelas,” kata Pengarah LFL Zaid Malek yang membandingkan kes Ong Ing Keong.
Zaid berkata, jika kes itu tidak selesai, ia boleh menjejaskan legasi Anwar yang dibina berasaskan prinsip keadilan dan reformasi.
Zaid Malek
“Pada 1998, orang ramai dikejutkan dengan penderitaan Anwar terhadap serangan keras oleh ketua polis negara ketika itu Abdul Rahim Noor.
“Hari ini negara ini terkejut dan jijik dengan serangan tidak berperikemanusiaan terhadap Ong, OKU yang bekerja keras untuk menyara hidup.
“Tetapi Anwar sekarang perdana menteri. Dia berada dalam kedudukan untuk memastikan wujudnya keadilan.
“Namun masih tiada keadilan untuk Ong selepas hampir empat bulan selepas kejadian,” katanya kepada Malaysiakini.
Mengesyaki mungkin terdapat usaha menutup kes itu, Zaid membandingkan perkara itu dengan reaksi perdana menteri Mahathir Mohamad pada 1998 yang mendakwa Anwar memukul diri sendiri.
“Bagaimanapun, dalam kes rumit seperti mata lebam Anwar, terdapat cubaan jelas pihak atasan polis, termasuk IGP, untuk menutup kes, suruhanjaya siasatan diraja dimulakan hanya lima bulan lepas serangan itu.
“Tetapi dalam kes (Ong) yang straightforward apabila terhadap bukti video yang jelas dan identiti penyerang polis itu, Ong masih gagal mendapat keadilan,” katanya.
Pemandu Grab berumur 48 tahun itu ditumbuk ketika menunggu pelanggan dalam kereta pada 28 Mei.
Dia mendakwa ditumbuk oleh polis pengiring pemangku sultan Johor Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
Tunku Mahkota Ismail yang lebih dikenali sebagai TMJ sendiri bertitah tidak merestui tindakan yang menyalahi undang-undang dan meminta siasatan menyeluruh dibuat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cuba kalau situasinya diterbalikkan, oku tu yang tumbuk muka pengiring topui. Rasa-rasa kes ni drag sampai 4 bulan juga kah? gichewww...faham2 je lah sis |
|
|
|
|
|
|
|
Lamanyaaa. Masih bebas kehulu kehilir lepas tumbuk orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Allah kesian tengok uncle ni nangis. I pernah tengking polis pengiring sorang,tak tau vip mana dia iring. Ada ke time traffic jam kat klcc,nak suruh kita ketepi. I jerit ke tepi mana? Patut tmj bagi la sikit saguhati kat uncle ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Loyer ni lupa nak banding kan juga dgn sorang janda perthlis tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kejap polis kejap bodyguard
Yang mana satu lah tapi yg penting bukan pakai uniforms ms tumbuk mangsa ni
Kesian betul dekat mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
ada rakaman dashcam... cuba bayangkan marhein lain yg jd mangsa takde saksi takde video...
pulak tu dulu IGP kata suspek dah didisiplinkan... hahahhaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Panataik2 reforbasi aka reforbati: jgn bandingkan dgn madanon kami aka ‘berhala’ kami. Madanon kami punyai darjat terpaling di Malaysia. Dia ‘Bekas Banduan Terhormat’ okay.
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg senyap la kes ni kalu libat org tu |
|
|
|
|
|
|
|
skrg paham kan knp atok lucutkan 'kekebalan' diorg suatu ketika dulu??? |
|
|
|
|
|
|
|
Simpati ke atas mangsa. Harap dpt diselesaikan.
Bende boleh settle cara baik, napela di tumbuknye |
|
|
|
|
|
|
|
Oku kena pukul pmx jugak ke yg kena setell?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kes simple tapi ambil masa lama kenapa? Yg vvip cakap suruh polis siasat & ambil tindakan.
Last sekali polis pening kat tengah². |
|
|
|
|
|
|
|
Klau dalam filem Tamil x dapat keadilan sebab ditindas vvvip biasa bakar diri je |
|
|
|
|
|
|
| |
|