Pemain bola sepak, Zaquan Adha naik angin apabila ada individu memberi komen jelik atas hantaran mengenai ibunya di Instagram Story. Dalam hantaran itu, individu itu bertanyakan mengenai sama ada Zaquan ingin membawa ibu untuk berjumpa anak-anak hasil perkahwinan abangnya, Aidil Zafuan bersama Rita Rudaini. Kata individu itu lagi, tindakan ibu Zaquan yang enggan berjumpa dengan cucunya itu telah membuatkan kakak iparnya banyak memendam rasa. "Mak tak nak tengok cucu dari Rita ke? Kesian Rita banyak memendam rasa. Semoga ada keajaiban untuk mak awak." Berikutan itu, Zaquan tampil membidas hantaran mesej tersebut dan meminta agar individu itu untuk menghormati hal peribadi orang lain. "Boleh tak kau tolong hormat hal peribadi orang? Tak tahu apa-apa jangan sibuk masuk campur. Jaga rumah tangga kau ja sudah." "Kau didik anak-anak kau supaya tak sibuk hal orang.Kalau tak tahu cerita tak payah sedap mulut nak cakap. Jangan bila kau sakit nak mati nanti ada orang cakap benda bukan-bukan pasal kau." Sekadar info, abang kepada Zaquan, Aidil Zafuan telah mendirikan rumah tangga bersama Rita Rudaini pada tahun 2008 sebelum bercerai pada tahun 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Sumber – Beautifulnara |
penmerah replied at 24-9-2024 09:45 PM
Tehtap lah aku menyampah dgn ko jantan oiii
Semoga anak2 rita ni menjadi anak2 berguna dunia akhirat ...
AWEKSAMURAI replied at 24-9-2024 09:51 PM
Dia kalau nk berguna dunia akhirat dorang kena taat kat ibu dan bapa tak kisah lah ibu tak bela ke ...
ADVERTISEMENT