Baru-baru ini, tular berita mengenai seramai 430,000 individu culas membayar semula wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir memaklumkan sebanyak RM6 bilion wang pinjaman yang masih belum dibayar oleh individu yang meminjam. Bahkan, ada antara mereka yang sudah menamatkan pengajian berpuluh tahun tetapi masih belum pernah membayar semula pinjaman itu dan jumlah tersebut sentiasa meningkat saban hari. Difahamkan dari laporan Kosmo, kebanyakan netizen meluahkan rasa kecewa dengan segelintir individu yang culas membayar wang yang sudah dipinjam "Jangan malas sangat bayar hutang PTPTN RM50 sebulan pun cukup. Kesian pada peminjam baharu. Hutang tetap hutang, jangan culas. Beli (kereta) Honda boleh, bayar PTPTN tak boleh."
Malah, rata-rata netizen berpendapat tindakan mereka culas membayar pinjaman itu akan membuatkan peluang generasi akan datang untuk pinjam susah. Sumber – Beautifulnara |
gigahertz replied at 26-9-2024 04:56 PM
sistem pendidikan malaysia ni mengajar pinjam dan berhutang sampai mati.
nusaraya replied at 26-9-2024 06:58 PM
Ihklaskanlah pinjaman itu .. X perlu ditagih ke penerima PTPTN itu semua mengingat majority penerim ...
Skuau replied at 26-9-2024 07:09 PM
negara tertangga iri.
negara tertangga ketar ketir.
-kohona
Skuau replied at 26-9-2024 09:28 AM
lebih sesuai...bila 'hasil' ilmu tu datang daripada 'hutang'(yg tidak dibayar)...apa yg lebih para ...
nusaraya replied at 26-9-2024 07:25 PM
Iri ...
Saya malahan KASIHAN melihat anda semua ... level pendidikan yang tinggi seharusnya ...
ADVERTISEMENT