CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28904|Reply: 2

“Beli Honda Boleh, Bayar Hutang Tak Boleh?” – 430,000 Individu Peminjam PTPTN Belum Bayar RM6 Bilion

[Copy link]
Post time 24-9-2024 08:29 PM | Show all posts |Read mode





Baru-baru ini, tular berita mengenai seramai 430,000 individu culas membayar semula wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir memaklumkan sebanyak RM6 bilion wang pinjaman yang masih belum dibayar oleh individu yang meminjam.


Bahkan, ada antara mereka yang sudah menamatkan pengajian berpuluh tahun tetapi masih belum pernah membayar semula pinjaman itu dan jumlah tersebut sentiasa meningkat saban hari.


Difahamkan dari laporan Kosmo, kebanyakan netizen meluahkan rasa kecewa dengan segelintir individu yang culas membayar wang yang sudah dipinjam


"Jangan malas sangat bayar hutang PTPTN RM50 sebulan pun cukup. Kesian pada peminjam baharu. Hutang tetap hutang, jangan culas. Beli (kereta) Honda boleh, bayar PTPTN tak boleh."


Malah, rata-rata netizen berpendapat tindakan mereka culas membayar pinjaman itu akan membuatkan peluang generasi akan datang untuk pinjam susah.







Sumber – Beautifulnara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2024 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
HONDA CUP jer pon..dia dh 'jerit'....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng Civic Ketam ler ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.061072 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list