CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5086|Reply: 1

[Jenayah] Jom berkumpul di Sogo, dik!

[Copy link]
Post time 25-9-2024 10:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 26-9-2024 03:22 AM

KUALA LUMPUR: Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati rangkaian GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) tidak pernah membayar cukai berkaitan perniagaan mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata maklumat itu diperoleh berdasarkan kerjasama antara PDRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"GISBH tidak pernah membayar cukai yang berkaitan dan maklumat itu adalah selari dengan siasatan PDRM yang dijalankan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967," katanya kepada BH hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut sejak bila dan jumlah kutipan cukai gagal dijelaskan oleh GISBH.

Terdahulu, tempoh tahanan reman 24 individu termasuk Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri disambung empat hari lagi.

Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali membenarkan permohonan polis untuk menyambung reman semua suspek berusia antara 25 hingga 65 tahun sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan lanjut berhubung tindakan eksploitasi dan pemerdagangan kanak-kanak.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2024 11:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-9-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.033174 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list