CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat 2,052 di 11 PPS

18-9-2024 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14423| Komen: 5

 


ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 2,052 orang daripada 345 keluarga sehingga pukul 11.30 malam ini.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa itu ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah terjejas melibatkan daerah Kota Setar, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pendang, Kuala Muda dan Kulim.

Jumlah mangsa banjir paling ramai adalah di PPS Maahad Tarbiah Islamiyah Derang di daerah Pokok Sena iaitu seramai 718 orang, diikuti PPS Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah di daerah Pendang membabitkan 678 mangsa.

Seterusnya PPS SK Bukit Hijau di daerah Pokok Sena (230 orang), Dewan PPK Lubuk Batu di daerah Kubang Pasu (92 orang) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun (90 orang). 


Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 18-9-2024 05:21 PM
its that time of the year again boiiss

yang mana ada kemampuan untuk membantu, silakan
Quote misszazaz 19-9-2024 02:23 PM
semoga dipermudahkan urusan yg terlibat banjir
Quote tripleid 19-9-2024 02:52 PM
Cashhh ke ujiann???
Quote Neno90 19-9-2024 07:58 PM
Moga dipermudahkan urusan semua di sana
Quote testly 19-9-2024 08:06 PM
Hujan lama kan puncanya..non stop

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.138507 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top