CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gagal 100 kali, saya bangkit 101 kali - Sufian Suhaimi

17-9-2024 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12032| Komen: 18

 


BUAT kebanyakan manusia, hidup berpasang-pasangan menjadi impian terbesar yang dikejar dalam kehidupan.

Kendatipun, bukan semua daripada kita dipertemukan rezeki untuk disatukan dengan belahan jiwa masing-masing di dunia ini. Jika tidak disatukan di atas bumi yang fana, mungkin suatu hari nanti di syurgawi. Itu satu kepastian buat mereka yang beriman.

Buat Sufian Suhaimi, 32, dia juga seperti orang lain yang memasang impian untuk memulakan perjalanan hidup berkeluarga sendiri namun berkali-berkali mencuba, dia hanya menemui kegagalan. Semua itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat jiwanya untuk bergelar seorang suami.

Katanya, meskipun sudah dua kali percubaan untuk mendirikan rumah tangga terkandas di tengah jalan, tiada siapa dapat menduga apa yang akan berlaku hari ini, esok dan hari-hari mendatang.

Inilah kehidupan agaknya. Kita semua ada chapter (bahagian) masing-masing dan Allah dah letakkan chapter hidup saya sebegini.


“Kita reda sahaja, saya tak nampak benda ini perkara menjatuhkan siapa-siapa. Secara peribadi, apa yang terjadi (kegagalan bercinta) adalah normal.

Berlaku kepada semua orang dan kebetulan saya orang yang dikenali, mudah untuk orang bercakap tentang apa dialami saya,” katanya kepada HibGlam, baru-baru ini.

Ditemui usai sidang media program realiti, The Chosen One, pelantun lagu Terakhir itu menyangkal khabar angin mengenai hubungannya bersama bekas kekasih, Rania Al-Sadat dikatakan kembali bertaut semula.

“Apa yang kalian semua lihat adalah video lama. Apa yang pernah saya kongsikan kali terakhir, jawapannya tetap sama.

Cumanya, saya dan dia (Rania) okey sahaja tiada sebarang drama. Kami (masih menjalin hubungan) baik.

“Masih kawan dan kalau ada urusan yang perlu kami bincangkan, we are there for each other (kami ada untuk diri masing-masing),” jelas pemenang trofi Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) itu.

Sekitar 1 April, Sufian mendedahkan hubungan istimewa antara mereka sudah berakhir. Situasi tersebut berlaku enam bulan selepas dia menghantar rombongan merisik pada Oktober tahun lalu.

Sumber : Hibglam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hujanrindu28 17-9-2024 12:56 PM
[em:24:]
Quote dolemitecarey 17-9-2024 12:59 PM
Sama ada dia ni terlalu memilih ataupun secretly dalam almari
Quote laksmanabentan 17-9-2024 01:06 PM
botina????
Quote L.U.S.M 17-9-2024 04:53 PM
So now FWB?ONS?HTS?

Haaaa....ape status kawan tuuu
Quote kakikuDibibirmu 17-9-2024 04:55 PM
Who are yusss?
Quote I.K.A888990 17-9-2024 05:00 PM
oh ingatkan dah kawen
Quote lanacondor 17-9-2024 05:55 PM
Cari duit byk2 jela dik. Kos hidup skg tgi. Kumpul beli aset dlo
Quote sleepandream 17-9-2024 07:24 PM
lone ranger pun takpe... chuols ada ambik anak angkat tak?
Quote bottombikini 17-9-2024 08:04 PM
lahhh...kandas since April ke
iols ketinggalan bas
Quote hokeypokey 17-9-2024 10:27 PM
ingatkan cerita pasal kerja, hujung2 baca rupanya pasal pompuan, eh dari dulu mmg kalau muka kau mesti cerita ko nk berumah tangga.. ko ni macam zizan dolu2, tiap tahun cerita nk kawen ujung2 nan hado
Quote Purplehaz 17-9-2024 11:58 PM
Carilah terima yg biasa biasa cam kerani, guru tadika, sales girl ker.. kebarangkalian nak putus tu rendah ...mau tak mau jer??
Quote ninja boy 18-9-2024 12:35 AM
Cerita perempuan perempuan aja
Quote MisXoXo 18-9-2024 07:37 AM
Mana datang nya handsome..kurus sekeping adalah.l
Quote JunkMail 18-9-2024 07:40 AM
sleepandream replied at 17-9-2024 07:24 PM
lone ranger pun takpe... chuols ada ambik anak angkat tak?


Ada nokkkk... Red flag sangat..menunjuk ciri ciri jerangkung dalam almari
Quote Kurex 18-9-2024 07:44 AM
kan senang kalau keluar lemari.. buat apa sorok lagi
Quote noor2 18-9-2024 08:15 AM
Bagus.
Quote manop 20-9-2024 07:25 AM
Pian ade kerja tetap ka?
Quote sangbara2020 20-9-2024 07:45 AM
ni mesti jenis nk nikah lelewat sbb bajet dpt yg kebaboom drp segi rupa kerjaya..boleh la eksen kat acikF

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.257268 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top