CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RXZ Members 6.O: JPJ ingatkan penganjur, peserta patuhi syarat

12-9-2024 10:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32311| Komen: 5

 


Shah Alam: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan penganjur dan peserta program RXZ Members 6.0 yang akan berlangsung di Terengganu esok supaya mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan pihak berkuasa, sebagaimana dipersetujui antara kedua-dua pihak sebelum ini.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya juga tidak mempunyai perancangan untuk melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) bagi menjamin kelancaran penganjuran program yang memasuki kali keenam itu.

"Kali ini, JPJ Terengganu bersama Polis Terengganu serta pihak berkuasa lain yang berkaitan mengambil langkah awal dengan mengadakan perbincangan bersama pihak penganjur dan memberikan garis panduan yang jelas berhubung penganjuran program.

"Kita telah memberikan syarat-syarat yang perlu dipatuhi, dan JPJ akan bekerjasama dengan pihak polis bagi memantau perhimpunan itu agar berlangsung sebagaimana diarahkan," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Pejabat JPJ Negeri Selangor di sini hari ini.


Hadir sama Pengarah JPJ Selangor Azrin Borhan.

Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah memastikan penunggang motosikal mempunyai lesen memandu dan cukai jalan, motosikal tidak diubah suai secara fizikal yang menyalahi undang-undang serta plat motosikal mematuhi spesifikasi ditetapkan selain ekzos motosikal tidak diubah suai.

"JPJ bukan sengaja ingin mencari kesalahan, malah kami juga mahu program berjalan lancar namun dalam masa yang sama, kita juga perlu pastikan semua penggguna jalan raya yang lain selamat bukan sahaja mereka yang menyertai himpunan tersebut," katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin dilaporkan berkata pihaknya telah memberi garis panduan yang jelas kepada penganjur menerusi empat siri mesyuarat penyelarasan bersama jabatan lain termasuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), JPJ Terengganu dan Lembaga Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan penganjur perlu mematuhinya jika mahu program itu diteruskan pada tahun hadapan.

Program RXZ Members 6.0 yang akan diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus esok sehingga Sabtu ini dijangka menarik penyertaan 80,000 peserta dari seluruh negara.

Sumber : Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hujanrindu28 14-9-2024 06:37 PM
Semak geng moto ni
Quote airfilterkotor 14-9-2024 07:45 PM
Semoga JPJ memukat lagi macam tahun lepas.
Quote nikaido 14-9-2024 09:01 PM
apa yg rare nya motor rxz ni kalau sampai 80000 pegi event. belum campur yg xpegi
Quote alesandra 14-9-2024 09:50 PM
Aku xtau hayat video yg aku tgk tu.mungkin taun lps.dah 2 video aku tgk konvoi rxz ni accident kejadian siang dan mlm.xtau ada yg melayang nyawa ke idokkk
Quote airfilterkotor 14-9-2024 11:10 PM
Dapat info, dari KL ke Ganu ada yg ride sampai 12jam.
Depa benti dibeberapa tempat dan tunggu, sebab dorang dapat info ada road block.

Tak fighter la camni kalo dok ngelat² road block.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.033618 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top