Dilaporkan seorang warga emas di Thailand mengambil kesempatan untuk menonton video lucah menggunakan WIFI percuma di sebuah kafe yang terletak di Lopburi. Video yang dikongsi oleh seorang pengguna media sosial menunjukkan lelaki tersebut sedang menonton video lucah dan menghabiskan masanya di situ tanpa membeli apa-apa. "Lelaki ini datang ke kafe setiap hari untuk menggunakan WiFi percuma untuk jangka masa lama dan tidak pernah membeli apa-apa. "Saya dah beri teguran berhubung perbuatannya." Lelaki itu akhirnya diberikan teguran supaya tidak mengulangi perbuatannya lagi walaupun memberi alasan tidak berniat menonton di khalayak ramai dan secara tidak sengaja terjumpa video tersebut. Sumber : Oh Media |
ADVERTISEMENT