CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Apa yang berlaku kepada Syamsul, Ira bukan kemenangan saya’ - Puteri Sarah Liyana

11-9-2024 11:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30771| Komen: 62

 


“Saya tidak anggap apa yang berlaku dalam perkahwinan Syamsul dan bekas isterinya adalah satu kemenangan untuk saya.”

Itu respons pelakon sensasi, Puteri Sarah tentang dakwaan netizen bahawa dia telah menang dalam kemelut yang melanda antara dirinya bersama Syamsul dan Ira Kazar.

Menurut Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, dia menganggap apa yang berlaku dalam hidup mereka bertiga adalah takdir yang tertulis.

“Ini semua adalah takdir. Saya tidak pernah anggap ini satu kemenangan. Itu hanyalah tanggapan netizen.

“Saya sudah tidak ada kena mengena lagi dalam cerita ini. Saya dah lama ‘move on’.


“Jadi saya kalau boleh tidak mahu komen sangat tentang perkara yang melibatkan mereka yang sudah tiada mengena dengan saya lagi,” katanya ketika ditemui pada sidang media Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 di sini, hari ini.

Tambah pelakon drama Polis Peronda itu lagi, dia memohon agar netizen tidak lagi mengaitkan dirinya setiap kali ada cerita tentang bekas suaminya.


“Saya tak faham kenapa saya selalu dicari setiap kali ada isu tentang mereka.

“Berbadan dua cari saya, bercerai cari saya. Kasihan saya.

“Mereka punya masalah saya kena temu bual, Datuk Yusuf Haslam kena temu bual , Datin Patimah pun kena temu bual. Kalau boleh saya nak ‘enjoy’ sahaja,” katanya sambil ketawa.

Dalam perkembangan lain, Sarah bakal menyertai pertandingan Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 bersama kumpulan Gebu yang turut dianggotai oleh Mamak Puteh dan Ilham Abata.

Terdahulu, Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 29,
sah bercerai talak satu pada 5 September lalu selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga. 

Sumber -KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Enola 11-9-2024 11:52 PM
Jawapan matang dari PS. I loike.
Quote oggy 12-9-2024 12:50 AM
Cantik dia kalau tak mekap tebal2 dan pose mulut nganga
Quote noor2 12-9-2024 06:35 AM
Kalau ko kawin balik Sol yg jahat dan x bertanggungjawab tu...maka kemenangan buat ko pada pandangan sesetengah org...tp hakikatnya satu kesilapan memilih lelaki yg mungkin akan mengulangi perangai lama...
Quote orkid_amani 12-9-2024 07:25 AM
noor2: Kalau ko kawin balik Sol yg ja ...
ada rumours bertiup kaa yg SY nk get back dgn PSL kaka? Kan PSL skg dok teman tapi mesra dgn AA.. jaaaaaauuuuuuuuh kn la jodoh PSL & SY..nti kena dok rumah balik tak boleh mendunia
Quote SherryZass 12-9-2024 08:16 AM
Jawapan dari orang yg dah move on. Class yachhh
Quote nisako 12-9-2024 08:24 AM
bagus jwpn PS tu ..ape ke hal nak tanya PS lagi
Quote zuriey 12-9-2024 08:43 AM
Kemenangan buat netizen
Quote edayildiz 12-9-2024 08:47 AM
jgn la ps ngn soley balik...kalau dorg get back mmg pasni xyah nk support dh kalau gaduh
Quote Chrating 12-9-2024 08:57 AM
Jawapan konsisten macam ni biasa nya dah ada pengganti dan menjaga hati org tersayang.
Quote lasagna 12-9-2024 09:09 AM
tgk gaya dia dah mula hati kering..
unless sol yg pujuk2 nk get back ntah laa kan.
life goes on PSL
Quote sangbara2020 12-9-2024 09:36 AM
Well..kalau soley nk balik dgn psl..patut buatkan beberapa syarat...
cth: kot dia buat lagi perangai,semua harta kekayaan soley akan diberi free2 ke psl...ni cth...
Quote jangantiru 12-9-2024 09:50 AM
orkid_amani replied at 12-9-2024 07:25 AM
ada rumours bertiup kaa yg SY nk get back dgn PSL kaka? Kan PSL skg dok teman tapi mesra dgn AA.. j ...

aku ada bc 1 komen kat TT Gempak yg video interview sarah kat luar mahkamah lps kes wiwi tu, katanya sol tgh brusaha pujuk PS.
Katanya sol pun slalu tdo rmh mertuanya (parents sarah) utk jg anak2 dia.komen ni reply satu komen yg kata mcmla sol nk sarah blk. rsnya sol mmg baik dgn parents ps sbb datin pun ada komen mana ntah sblm ni ckp parents sarah msih blh terima sol wlupun setelah apa yg sol bt kat sarah. xtaula btul ke idak komen kat TT gempak tu kan.
Quote Kurex 12-9-2024 10:00 AM
halah halah... padahal hati kau bersorak kepuasan kan sundel
Quote marchikobonzo 12-9-2024 10:55 AM
Jawapan bagus..memang kena setepek kat reporter yg bodoh dok cari psl, tinmah, toksop tiap kali hal sol & birah
Quote zehra2 12-9-2024 11:02 AM
Tin Patimah.. sila amik maklum.. redho je lah sarah tu dah move on..
Quote ctnorenjoy 12-9-2024 11:09 AM
kemenangan sebenar PS lepas sol ceraikan dia. teringat interview dia & sol lepas kes cerai tu. PS nampak hepi sangat. tak stop senyum lebar. silap2 masuk je kereta, berjoget dia.
Quote lazim 12-9-2024 11:14 AM
Sarah dh move on. Takut datin plk yg tak move on
Quote pocongkiutss 12-9-2024 11:20 AM
Kalaulah apa yg terjadi 4-5 taun sudah ni boleh di delete..tp benda dh terjadi..toksahler..makan hati nanti..solhanat tu iols rasa dh mmg dgn curly pung kan .kena la tunjuk baik kt anak2..demi menjaga imej depan bakal pak mertua (apak curly)

Hrp apak curly tak terpedaya..si solhanat ni iols rasa sesuai jd mcm jejai jah mcm acik porem kt thread sebelah ckp
Quote akuMNdia 12-9-2024 11:21 AM
bertahun2 teruk mental PS kena hadap kerenah sol & IK sebelum bercerai..takkan la PS nak terima si sol tu semula kecuali PS tak serik.

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.232062 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top