Sebelum ini hangat diperkatakan apabila pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Alif Teega di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Ogos lalu. Bagaimanapun, di media sosial Alif berkata dia sendiri tidak tahu mengenai isu berkenaan selepas ditanya oleh netizen yang mempersoalkan mengenai perkongsiannya video kemesraannya bersama Aisyah. Menerusi ruangan komen, Alif turut bertanyakan kepada netizen dari mana mereka mendapat cerita berkenaan malah isterinya juga tidak membuat sebarang perkongsian di media sosial mengenai perkara itu. “Dapat dari siapa cerita? Alif takda cakap. Aisyah pun takda post apa-apa,” jawabnya. Terdahulu, Aisyah memaklumkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Alif Teega pada Ogos lalu. Aisyah memohon orang ramai mendoakan agar dipermudahkan urusan kerana ujian dilaluinya kini sangat berat. Sumber – Rotikaya |
ADVERTISEMENT